Pindah masuk rumah baru. Apa wish list saya? :)


hai.. kali ni saja nak keluar kejap daripada topik berkenaan kesihatan dan Shaklee. kali ni saya nak bercerita mengenai rumah pula. Saya rasa topik mengenai rumah ni memang ramai yang suka baca, mungkin ada yang tengah nak survey rumah ke nak survey berkenaan renovation rumah ke.. kan? samalah macam saya, sedang survey untuk renovate rumah. 

Alkisahnya dulu saya pernah postkan mengenai rumah baru kami dekat entry ini. Lama dah sejak tahun 2012 lagi. Saya beli rumah ni pun dah lama, sejak tahun 2011. Alhamdulillah...dah siap dah pun sejak Januari last year, tapi saya tak berkesempatan lagi nak duduk sini sebab masih kerja dekat Kuala Lumpur. Jauh kut nak ulang alik setiap hari.... tapi saya memang bercadang untuk duduk sini, dalam masa terdekat, paling lewat dalam pertengahan tahun hadapan. 

Alkisahnya lagi, sebelum nak pindah masuk, saya ada bermacam idea nak buat untuk rumah ni, ada bermacam agenda dalam wish list, kejap lagi saya nak senaraikan supaya nanti di masa akan datang saya tidak lupa pada perancangan yang saya nak buat ni. Cuma tunggu bajet mencukupi....


First thing first, saya sebenarnya nak cantikkan lagi struktur dan design rumah ni dan saya nak sambung dulu dapur ke belakang sebab kecil benar dapurnya. Agaknya mereka fikir orang zaman sekarang dah tak masak lagi agaknya. Rasa berserabut kut kalau masuk rumah tanpa panjangkan dulu struktur dekat dapur. Dapur yang selesa memang sangat mempengaruhi mood kita nak masak, kan? setuju tak cakap saya.. hehehe... :)

Buat masa ini saya dah fikirkan design yang saya akan pilih untuk kitchen kabinet, tetapi, buat permulaan saya nak setelkan dulu struktur asas dapur ni bagi dia dah siap-siap disambung dan berganti tiles dapur sebelum saya pindah masuk. So untuk kitchen kabinet boleh buat lepas dah masuk pun tak apa, sambil-sambil kumpul bajet. Apa yang ada dalam wish list saya? Jom saya kongsikan: 


1) Extend kitchen area. 

Rumah ni dapurnya sempit dan saya nak pisahkan dry kitchen dan wet kitchen. Supaya lebih terurus, supaya minyak tak berkecah di seluruh perkakasan rumah. Saya ada buat lakaran design, cuma tak lengkap sebab tak ada ukuran saiz luas dapur, tapi dah boleh nampak rasanya kalau saya tunjukkan kepada kontraktor apa yang perlu dibuat. Memang amatur lukisannya sebab saya bukan budak seni, hahaha memang tak ada darah seni agaknya. :)

mula-mula rasa nak buat macam ni, tapi lepas survey-survey semula,
dapat idea untuk buat design no,2 di bawah ni

Rasanya design ni lebih kemas.

Saya rasa design no.2 lebih kemas sebab saya boleh letakkan fridge lebih dekat dengan wet area. kalau tengok pada lukisan tak semenggah saya tu, dinding asal akan dibuang dan akan dianjak ke belakang sikit. tak luas mana pun, dalam 5 kaki je belakang tu. tapi disebabkan rumah saya ni corner lot, so pintu dia tu lebih cantik diletakkan ke belah kiri rumah. 

Kalau perasan juga, rumah asal memang ada tingkap di sebelah kiri rumah, kalau tengok design no.1 yang saya buat, tingkap tu jadi tak berfungsi sangat, cuma sekadar untuk terangkan rumah. Tapi, boleh nampak bagaimana tingkap tu akan berfungsi kalau saya buat design no.2 kan? saya bercadang nak letakkan meja yang dipasang sekali dengan kabinet, cukup untuk 2-3 orang makan dan boleh anak-anak saya duduk juga, sambil lepak-lepak tengok tv masa temankan saya masak. chewwaahh... 

Plan saya, saya taknak letakkan tv di ruang living hall rumah tu, living hall biarlah cuma ada sofa dan meja makan untuk tetamu, saya taknak kecahkan ruang bawah ni. So TV satu saya plan nak pasang dekat dapur dan lagi satu dekat family hall dekat tingkat atas. Kebetulan rumah saya ni corner lot yang ada balkoninya di ruang family hall dekat atas, bukan balkoni dkt master bedroom. So, lebih praktikal, saya membayangkan ada satu sofa di situ dan kami sekeluarga boleh lepak tengok tv dekat tingkat atas tu juga. Kecahkan ruang atas sahaja. Lebih senang nak jaga dan kemas semula rasanya. 

Contoh design untuk dry kitchen: 

saya suka sangat design ni... huhu



Design untuk wet kitchen: 


mungkin pilih macam ni

Tapi dia dekat satu ruangan dapur yang sama, cuma terpisah kabinetnya tu. Tengah fikir cantik ke kalau saya combine solid wood dengan 4d/3d glass?... hmmm bab kitchen kabinet ni kena fikir lagi, cuma struktur ruangan tu dah confirm macam nak buat seperti design no.2 lakaran saya di atas tu. Nanti nak contact Artak Kitchen (IntechKitchen.com) untuk quotation dan pandangan, tapi tunggu struktur dah siap dulu... 


2) Extend ruangan garaj dan porch kereta

Kalau tengok gambar rumah saya ni, ruangan porch kereta sangat kecil, cukup-cukup untuk sebuah kereta sahaja, dan kalau tengok sliding door depan tu, boleh basah kalau terkena tempias hujan. Saya bercadang untuk lebarkan porch kereta ni, dan alihkan kotak tong sampah tu ke tepi sikit, atau mungkin pindahkan terus ke sebelah kanan ke... Kotak tong sampah tu pun sebenarnya agak besar juga.... 

porch hanya muat untuk satu kereta

saya mungkin akan pertimbangkan design ni, tp cukup batu bata je bukan besi-besi pagar tu,
ini kut-kut next time saya nak extend bilik master bedroom ke.. 

atau design macam ni, nampak lebih kemas, cuma kalau kata nak extend ke
depan bilik tu nanti kena buang semua atap (sumber: google)

3) Buat pagar batu

Ini pun satu hal juga nak kena fikir. Buat masa ni, rumah saya tu memang dibekalkan dengan pagar dawai tu je, mungkin developer nak turunkan harga rumah, so dia guna yang paling asas yang mungkin, cumanya rumah saya ni jadi mahal sikit sebab tanahnya agak luas. boleh bina lagi satu rumah jugak la dekat belah tepi tu (boleh sambung nanti next time). 

Saya suka design yang simple, macam ini pun dah okey dah. Gambar ni saya ambil drp google. 

pagar design macam ni, quite simple tapi menarik juga. mungkin akan buat design macam ni

4) Last sekali, tanam rumput mutiara 

Untuk tanah yang agak besar di belah kiri rumah tu, saya bercadang untuk tanam rumput mutiara. Sebenarnya ada banyak jenis rumput, tapi daripada pembacaan saya, ramai yang suggest supaya tanam rumput mutiara berbanding rumput carpet. Sebabnya rumput karpet lebih susah untuk dijaga walaupun sedap untuk dipijak, dan selalu akan mudah keluar lalang / rumput lain kalau tak dijaga betul-betul. Serangga juga suka duduk dalam rumput karpet ni. Jom kita tengok apa bezanya rumput yang selalu orang guna. 


jenis-jenis rumput. (sumber gambar: google)

rumput mutiara

Setakat ni, hanya 4 perkara ni yang terlebih dahulu penting untuk dibuat segera, selain daripada pasang grill dan tambah perkakasan lampu kipas. Harap-harapnya saya dapat temui kontraktor yang boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu saya. Anda ada tak perkongsian nak kongsi dengan saya? Kut-kut nak rekemen kontraktor binaan yang bagus ke... sangat-sangat dialu-alukan sangat. Memang saya perlukan quotation harga untuk 3 perkara di atas tu yang paling utama. 

Jommmm kongsi.... Thankss ya... 



Oh ya, nak dapatkan produk Shaklee? 

Boleh hubungi saya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

3 comments

kalau udah pompuan ni, tak sah tak renovate dapur. hehe.

Reply

hehehe the heart of a house adalah di dapur kuttt... dan makanan yang sedap biasanya datang daripada dapur yang cantik. hahaha boleh gitu? :)

Reply

Best lah ni..
terima kasih informasinya

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!