Kenapa wanita hamil TIDAK BOLEH makan SUSHI?

9/01/2014


Nyum, nyum.. sedap kan sushi? 

Anda sedang mengandung dan merupakan peminat sushi? 

Kenapa pengambilan makanan mentah atau yang separa masak seperti telur masak separuh perlu dielakkan ketika mengandung ya? ya, anda tidak silap baca, telur separuh masak juga perlu dielakkan, malahan semua makanan mentah dan yang dimasak secara separa masak juga perlu dielakkan, termasuklah juga salad dan sayuran mentah.



Makanan mentah seperti sushi dan separa masak seperti telur separuh masak perlu dielakkan ketika mengandung supaya dapat mencegah daripada kesan sampingan. Tunggu selepas habis berpantang nanti barulah makan ya kalau teringin. 

Makanan sebegini boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti berikut: 


  • Toxoplasmosis - Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat dalam daging mentah dan sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan sempurna. Ia boleh menyebabkan jangkitan pada intrauterine yang serius pada bayi. Parasit toxoplasma ini juga boleh menyebabkan keguguran, kecacatan bayi dan kerosakan otak
  • Cirit-birit - Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera. 
  • Jangkitan cacing - Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi
  • Keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan - Salah satu penyebabnya berpunca daripada bakteria Listeria yang banyak terkandung dalam daging mentah, sayuran mentah dan susu serta keju yang tidak dipasteur dengan baik kerana bakteria ini boleh merebak ke sistem saraf dan alirah darah. 
  • Oleh itu, kalau teringin sangat nak makan sushi, kena bersabar dan tunggu lepas bersalin ya. Jaga kandungan dan bayi kita. :)
  • You Might Also Like

    0 comments