Kebaikan dan Kelebihan Susu Ibu | semua orang wajib tahu!

9/19/2014


Macam dah lama saya tidak bercerita mengenai breastfeeding dan susu ibu, yang juga merupakan one of my passion. Alhamdulillah saya juga merupakan ibu yang breastfed anak pertama saya dan masih lagi breastfeeding anak saya yang kedua, umurnya dah menjangkau setahun 7 bulan (19 bulan). Masih berbaki 5 bulan untuk saya teruskan misi menyusukan anak saya, Khairunnas Syahmi sehingga umurnya menjangkau 2 tahun. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.


EBM - expressed breast milk

Menyusukan bayi secara sepenuhnya boleh menjadi perkara yang mudah, namun demikian, sekiranya tidak cukup semangat dan ilmu penyusuan, memang akan terasa payah juga bagi sesetengah ibu. Faktor yang paling penting dalam misi penyusuan bayi ni bukan terletak kepada pengambilan supplemen semata-mata, tetapi bergantung kepada keinginan dan kemahuan ibu itu sendiri. 


Jom saya nak kongsikan apakah kebaikan dan kelebihan menyusukan bayi dengan susu ibu. 

sudah banyak kajian yang membuktikan kebaikan menyusu susu ibu

Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi anda
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233, firman Allah SWT yang bermaksud, 

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.
Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Jom, sertai saya meneruskan misi menyusukan anak selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Sekiranya anda memerlukan pandangan atau perkongsian pengalaman, boleh hubungi saya, atau mungkin juga anda teringin untuk mendapatkan produk Shaklee untuk penyusuan susu ibu. Boleh juga hubungi saya:


Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

You Might Also Like

0 comments