Cara merawat dan mengurangkan JERAWAT di kalangan REMAJA dari dalam | dijamin berkesan!

9/15/2014


"Aduhhh...stresssnyaaa...jerawat muncul lagi! bukan sebiji dua, tetapi penuh di muka..." 

Ini biasa sangat terjadi kepada golongan remaja kan? Lebih-lebih lagi remaja perempuan, yang berumur dalam lingkungan 14 tahun hingga 19 tahun biasanya. Mari saya kongsikan sedikit info mengenai jerawat dan apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk elakkannya menjadi lebih serius. 

ramai remaja yang mengalami masalah jerawat sebegini
ada juga kulitnya sebegini - jerawat halus
Bagaimana jerawat terjadi?

Kelenjar-kelenjar dalam lapisan kulit akan mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Bintik-bintik putih (white heads) pula merupakan bintik putih pada liang kulit (pori-pori kulit) yang terhasil daripada pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit. Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran dan berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mengalami pengoksidaan dan bertukar menjadi bintik hitam (black heads).

Bintik-bintik hitam (black heads) pula mengandungi sumbatan sebum dan kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar.

Apabila kandungan sebum di bawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat, disebabkan bakteria dan kotoran mudah terperangkap di situ.

Hah tu dia ceritanya macam mana terjadinya jerawat, white heads dan black heads.


Kenapa jerawat lebih banyak terjadi kepada golongan remaja?

Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormon yang agak agresif di saat mencapai akil baligh. 

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgenHormon androgen ini sebenarnya terdiri daripada kumpulan hormon testesteron dan androstenedione. Sekiranya hormon ini berlebihan, ianya akan mengakibatkan terjadinya jerawat dan badan seorang remaja wanita akan lebih berbulu - ada bulu kaki, bulu misai, bulu di pipi dan sebagainya. 

kelenjar sebaceous ini akan menghasilkan sebum

Sekiranya sebum banyak dihasilkan oleh kelenjar sebaceous, pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes akan berkembang dengan lebih banyak dan akan menyebabkan masalah jerawat akan menjadi lebih serius. Bakteria Propionibacterium acnes ini berada di bawah liang kulit dan mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran, mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. 

Adik-adik semua boleh nampak jelas kan apa kaitannya di antara remaja --> hormon androgen berlebihan --> kelenjar sebaceous berkembang dan lebih banyak sebum dihasilkan --> mengakibatkan pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes dan jerawat menjadi lebih teruk? Kalau tak jelas, boleh tanya. Hari ini akak Adila bercerita mengenai biokimia dalam badan. hehe :)

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan apabila usia remaja semakin bertambah. Sebab itu, bila usia makin meningkat, jerawat mulai hilang, namun kesannya adalah parut-parut jerawat dan pori yang besar dan luas, yang menyebabkan warna dan tona kulit tidak sekata.


Tips-tips mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Berikut adalah tips-tips amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah seperti:

  • Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Lakukan pencucian kulit dengan air tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Paling mudah, solat 5 waktu jangan ditinggal, kerana kita berpeluang untuk mencuci muka setiap kali mengambil wudhu’.. :)
  • Jangan sesekali memicit kulit yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik pada kulit. Memicit kulit yang mempunyai jerawat akan memburukkan lagi keadaan kulit anda kerana boleh menyebabkan berlaku jangkitan!
  • Elakkan kulit terdedah kepada cahaya matahari. Pancaran sinar UV (Ultra lembayung) boleh merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari sila memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV apabila berada di luar.
  • Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit.
  • Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Guna bedak baby je okey.. :)
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran, elakkan makanan bergoreng, berminyak dan pedas. 

Ada ke produk Shaklee yang boleh membantu membersihkan kulit untuk remaja? 

Ya, ada sayang-sayang sekalian. 

Untuk masalah jerawat ni, saya akan cadangkan pencucian dan pembersihan dari dalam, bukan sekadar bergantung kepada produk pencuci semata-mata. Untuk set remaja, harganya tersangatlah berbaloi dan saya pasti ianya lebih menjimatkan daripada kos dikeluarkan untuk membeli produk kecantikan atau membuat rawatan di pusat rawatan kulit. Set bajet untuk jerawat remaja ini terdiri daripada: 

set jerawat untuk remaja: vitamin C, Zinc & Garlic

  1. Vitamin C Chewable yang akan bertindak selaku antioksidan, ia mengelakkan terjadinya pengoksidaan pada sel kulit, hasilnya kulit cerah sekata, tiada lagi black heads.
  2. Zinc Complex akan bertindak untuk merawat dan memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat luka dan keradangan. 
  3. Garlic Complex pula bertindak selaku antibiotik semulajadi dan akan membantu menghapuskan bakteria yang boleh memburukkan lagi keadaan jerawat.
Gabungan ketiga-tiga produk ini saya berani jamin, pasti akan berkesan. Harganya sangatlah berbaloi untuk ketiga-tiga produk ini dan adik-adik akan mendapat kulit wajah yang lebih bersih dari dalam, jerawat hilang dan kulit sihat cantik. Atasi jerawat pada usia remaja ni, supaya nanti bila dah besar macam akak ni dah tak payah nak sibuk-sibuk cari ubat untuk hilangkan parut pula. :)

Jom dik, tengok video dekat bawah ni. Mengenai pengalaman kawan akak sendiri yang berjaya menghilangkan jerawat dan parut-parut jerawat dengan menggunakan produk Shaklee.

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi akak ya..


Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 (sms/whatsapp sahaja)
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kota Damansara / Mutiara Damansara / Putrajaya 
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

You Might Also Like

2 comments

  1. Bila dah tahu kebaikan kenapa tak nak cuba betul tak?
    Yg baik kita kongsikan.

    ReplyDelete
  2. Blogwaking ke blog awak. Visit blog
    saya pula.. http://atrix96.blogspot.com

    ReplyDelete