Cara membuang toksin dalam perut dan usus dengan Herb Lax Shaklee

9/11/2014


"Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus. Usus saya sihat sebab saya membuang setiap hari..."

Pernahkah kita terfikir sebegini? Sebenarnya kita silap

Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita yang merupakan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras.

Najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah mungkin disebabkan terdapat banyak najis terlonggok. 

pelbagai penyakit dan jangkitan boleh berlaku pada usus

Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan masalah kulit. Ini adalah kerana mendapan toksin ini akan menyebabkan pembiakan bakteria dan kuman dan terus masuk ke dalam peredaran darah. 

Kajian menunjukkan kebanyakan sumber penyakit manusia (hampir 80%) berasal dari usus (kolon) yang tidak bersih/tidak sihat. Makanan yang dimakan tiap hari akan meninggalkan sisa pada permukaan dinding usus. 

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubat” (H.R. Muslim)

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin kerana mereka berada di mana-mana sahaja. Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. 

  • Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, bahan kimia dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.
  • Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia, bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.
  • Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok, serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.
  • Sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.
Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok.

Tanda - tanda toksin banyak dalam usus:

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. 

Tips pemakanan yang boleh diamalkan:

  • Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
  • Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai dan sebagainya.
  • Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
  • Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
  • Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).

Jom Nyahtoksin / Detox dengan Herb Lax Shaklee!

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan membolehkan penyerapan nutrient daripada apa juga makanan dan vitamin / supplement yang kita ambil, toksin dalam badan terutamanya di usus perlu disingkirkan terlebih dahulu. 

Oleh yang demikian, saya akan cadangkan kepada semua untuk detoks, usus sambil mampu membantu untuk mengempiskan perut dengan cara mengamalkan Herb Lax Shaklee. Sama ada kita ada masalah sembelit atau tidak, sama ada kita rasa sihat, rasa tidak ada masalah pada usus, rasa tidak ada penyakit, semua orang kena detoks usus, kerana hari-hari kita makan bukan? 


Herb-Lax Shaklee
Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.
Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.
 CARA PENGAMBILAN HERB LAX: 
Herb-Lax diambil 2 hingga 4 biji dalam tempoh 3 hingga 4 hari sekali atau sekali dalam tempoh seminggu.

Apa hasil yang kita boleh perolehi daripada proses penyahtoksin ini? 

  • Kesihatan keseluruhan yang lebih baik – rasa lebih bertenaga dan cergas
  • Daya ketahanan badan yang lebih kuat
  • Fungsi penghadaman yang lebih baik – kurang angin dan senak
  • Pembuangan air besar yang kerap
  • Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
  • Kulit yang lebih cerah dan sihat
  • Badan yang lebih langsing
  • Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Berminat nak cuba Herb-Lax? Saya berani jamin ianya berkesan, semulajadi dan selamat. Masalah sembelit akan selesai dan toksin pada usus dapat dikeluarkan dengan sangat baik. Boleh hubungi saya:


Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-626 7110
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran by Pos Laju ke seluruh negara



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

You Might Also Like

0 comments