Salam kemerdekaan ke-57 buat negaraku tercinta, Malaysia!


Saya, Nurru Adila, serta suami Khairiwan dan juga anak-anak kami, Safiyyah dan Syahmi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 buat semua rakan-rakan yang selalu menyinggah di blog ini dan kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Tema kemerdekaan kita pada tahun ini sangat menyentuh hati, "Malaysia... di sini lahirnya cinta..." Tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. 

Maksud tema itu juga memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.

logo hari kemerdekaan ke-57 yang sangat cantik walaupun ringkas

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Sobs sobs sobs.... sebak rasanya lagu ni. Sangat menyentuh hati dan sangat bertepatan dengan situasi dan kemelut negara kita di saat berlakunya tragedi MH17 dan juga kehilangan MH370 yang masih tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini. Kami doakan semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan dan kemelut ini dapat dirungkaikan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu demi kedaulatan dan keamanan negara kita yang tercinta.

Salam Kemerdekaan ke-57... 

Malaysia...
di sini lahirnya sebuah cinta...


Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!