Kisah Pak Mat Stress...

8/15/2014

Stress memang sangat tak bagus untuk kesihatan. Salah satunya boleh menyebabkan kita cepat tua. Hehe. Jom baca kisah Bila Pat Mat Stress ni supaya kita tak stress dengan keje-keje seharian. Petikan ini saya ambil daripada blog KakZakie. Pinjam ya kak.. hehe comel betul Pak Mat yang stress ni..  


Pak Mat stress..

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke hospital.

Pak Mat sedikit stress!

Sampai di hospital, doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah dari bayi dikandung, tetapi gadis itu mengatakan Pak Mat itulah ayah bayinya.

Pak Mat bertambah stress!!

Pak Mat meminta ujian DNA dijalankan untuk membuktikan bahawa dia bukan ayah bayi itu. Pak Mat pun ditahan sementara menanti hasil ujian tersebut.

Pak Mat semakin stress!!!

Setelah ujian DNA keputusan dokor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang. Ketika dalam perjalanan pulang dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

Pak Mat benar-benar stress!!!

Siapa bapa kepada anak-anaknya yang 3 orang itu?  Pak Mat balik rumah dengan muka sugul dan kelat. Dia menuduh isterinya curang. Isterinya membawa Pak Mat berjumpa doktor pakar. Doktor mengatakan Pak Mat mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

Sekarang isteri Pak Mat pula menjadi stress bila melihat Pak Mat stress.


Kui kui kui... seperti biasa, jangan lupa ya, saya adalah Pengedar Shaklee terbaik dari ladang, hehe. Nak order atau tanya apa-apa boleh hubungi saya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019 - 2177110
nurruadila@gmail.com

Happy weekend ya!


You Might Also Like

0 comments