HOT TIPS! Tips menjawab exam PTD - mudah & simple

Assalam, sy nak kongsikan pengalaman dan tips untuk menjawab exam PTD sebab ada ramai kawan-kawan yang minta tips nak jawab exam PTD ni. sy cuba kongsikan pengalaman dan tips sy sendiri ye. org lain maybe ada tips yg berlainan... hehe

PTD emblem. Proud of your own katanya = POYO ;)

Untuk makluman, dulu (Februari 2006), sy cuma ada masa semalaman utk study sbb sy hanya dpt surat utk exam tu pd petang sehari sebelum exam. Kalut sungguh masa tu. So...

Apa yg saya buat??


Saya baca buku Sejarah Tingkatan 5, bab-bab yg belakang2. Buku Sejarah Tingkatan 5 menceritakan mengenai sejarah Malaysia. Jangan baca buku teks, sbb tak cukup masa nak habiskan, and tak ingat pun. Tp cari buku rujukan sejarah ting 5 yg ringkas tp padat. Ada point2 dan ada explaination. Baca je semua, insyaAllah boleh membantu masa nak jwb soalan objektif dan masa buat esei pun boleh guna juga maklumat2 tu..

Utk soalan pengetahuan am, soalan dia sgtlah terlalu am. Anda mmg takkan tahu dan dpt jwb semua. Haha. So bantai je kalau tak tahu, janji jwb. Antara soalan masa saya dulu, "berapakah bilangan pemain kriket?"..."Filem apakah yg memenangi anugerah Cameronian Boh" anugerah pebenda ntah, sy pun xtau. So mmg sy jwb salah! Tp takpe.....hehehe...

Bab Sahsiah Diri, ini paling penting. Kita kena jujur dan jgn menipu. Utk pengetahuan, mmg ada panel yg ditugaskan utk membaca karektor kita sama ada kita menipu atau tidak, melalui tulisan. Sbb tu adanya soalan esei tu, panel boleh tahu sama ada kita menipu atau tidak dgn membandingkan tulisan pd esei dan jwpn kita kat bab sahsiah diri tu. (ini ex-bos sy cerita dulu2, hehe)

Utk soalan maths, percayalah, anda mmg takkan cukup masa! Hahaha....so jwb je apa yg sempat dijawab, kalau payah, skip dulu, pastu terus jwb yg lain, tp ikut pengalaman sy, mmg kita tak sempat nya nak gi buat balik yg skip tu, kekeke....so tembak je, janji jwb semua!  level maths tu biasa2 je, lebih kepada maths yg jenis uji fikiran tu, yg jwpn dan soalan dia tu akan menyebabkan kita berfikir dan confuse. Takdenya soalan yg nak kena guna formula bagai! Hehehe... Kalau anda pernah jwb exam kpli, soalan maths kpli tu lg rumit sbb kena guna formula, mcm luas bulatan la apa la...huhu. Tp exam ptd takde soalan jenis mcm ni.. 

Utk soalan esei bahasa melayu & english. 

Sy sarankan anda jwb soalan yg berbentuk pandangan/pendapat. So anda akan bebas utk memberikan pendapat, sbb soalan yg berbentuk pendapat ni takde betul atau salah. Kat sini juga anda boleh tonjolkan ketegasan anda utk mempertahankan pendapat. Jangan jwb soalan fakta, cthnya mcm "huraikan punca-punca peningkatan jenayah"..bunyi mcm senang kan?? haa..mcm tu je soalan dia.. so anda pun hurai mcm budak spm jwb esei. tapi sbnrnya utk soalan mcm ni, anda kena beri lebih. Cthnya, anda kena ada bukti, kena ada statistik. "Berdasarkan statistik kejadian jenayah yg makin meningkat drp 16% pd tahun 2011 kpd 32% pada 2012...." Haaa...nampak simple kan? Tp fakta tu kena betul. Tp kalau anda mmg konfiden tahu semua fakta2 tu takpe la.. Hehehe...so kalau nak selamat, jwb je soalan pandangan/pendapat. Kalau tak setuju katakan tak setuju dan huraikan kenapa anda tak setuju. 

Utk esei english pun sama, pilih tajuk yg anda selesa. Utk esei english ni diorang tak tgk sgt kpd isi kandungan, tp dia tgk mcm mana kita olah ayat dan huraikan. Utk esei english, tak perlu ayat bunga-bunga, panjang-panjang, guna ayat pendek-pendek pun xpe, tp yg paling penting GRAMMAR KENA BETUL. Kalau ada masa, semak byk kali esei anda dan betulkan grammar. Anggap je anda tibe2 jd cikgu pastu tgh betulkan karangan anak murid. So anda akan jumpa kesalahan yg anda buat.. Hehe.

Ok, itu je tips yg sy nak share. InsyaAllah dpt membantu.. 

Tips paling mudah dan ringkas saya kongsikan daripada pengalaman sendiri. Tapi dengar kata sekarang ni dah mula exam secara online, so tak pasti lah pulak macam mana untuk soalan esei tu. kena menaip ke ape? hehehe...

Akhir kata, selamat maju jaya buat yang nak exam okey. Welcome to the club. :)


5 comments

Terima kasih admin atas perkongsian ini. Sangat berguna! Terutama buat calon exam PTD tahun 2014 ini. Kami pun mampu bantu sedaya upaya mana yang patut.

Yang paling penting, jangan lupa rujuk beberapa contoh soalan PTD yang kami kongsikan :)

Reply

tips yang berguna.. terima kasih dengan perkongsian ini

Reply

Terima Kasih Admin atas perkongsian. Ada lagi tips exam PTD?

Reply

Bagus tips ni cik kak.. Section soalan math tu sgt betul..hshaha.. Kelam kabut jugak :p

Reply

Exam ni untuk naik pangkat ke

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!