Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Menyusu Ketika Berpuasa

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi, kerana kurang daripada 2 hari lagi seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Seronok kan sebenarnya bulan puasa ni. Tapi, dalam keseronokan kita tu, apabila berpuasa, antara golongan yang akan akan risau ialah ibu yang menyusukan anak, kerana bimbang pengeluaran susu akan berkurangan kerana tidak makan dan minum ketika di waktu siang hari. 

Jangan risau, saya juga pernah berada dalam situasi yang sama! Saya juga ibu yang menyusukan sendiri anak saya dan sekarang ni anak saya yang no.2 pun dah besar dah. 2 tahun lebih, dah nak masuk no,3 pulak. Ops! Itu entry lain kita cerita ya. Okey kita berbalik semula kepada tajuk entry saya kali ni, iaitu mengenai makanan yang sesuai untuk Ibu Menyusu dan tips untuk memastikan pengeluaran susu badan tidak berkurang walaupun kita tidak makan dan minum di waktu siangnya.

Apa yang penting untuk ibu menyusu adalah pengambilan makanan yang betul dan tinggi dengan khasiat semasa berbuka dan WAJIB kena bersahur. Nak tak nak, tidak boleh tidak, ibu yang menyusukan anak wajib bangun sahur. Jom saya kongsikan beberapa tips pemakanan untuk ibu menyusu sepanjang berpuasa. 


  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan suplemen untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu. Saya akan cadangkan ibu menyusu mengambil supplemen Shaklee yang terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. 

  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter air diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.
 sumber: Pa&Ma

Okey, dekat atas tu tips yang dikongsikan oleh Pa&Ma. Jom saya nak kongsikan pula apa tips saya. Menyusukan anak akan menyebabkan kita dahaga bukan? ya. sangat dahaga. Terutamanya sebaik sahaja lepas menyusukan anak (direct feeding) mahupun sebaik sahaja selesai mengepam susu. Badan juga akan terasa penat dan perlukan tenaga yang lebih. 

hasil tuaian saya ketika berpuasa tahun lepas - 11 hari di bulan Ramadhan (sekali pam)


Oleh itu, apa cadangan saya? Saya cadangkan dan rekemen puan-puan yang menyusukan anak supaya mengambil at least Set 3 Gem (gabungan ESP, Performance Drink dan Mealshakes) atau kami gelarkan juga Set Sahur Instant yang dibancuh bersama fresh milk (saya gemarkan susu Dutch Lady perisa strawberry) dan mengambil 3 hingga 7 biji buah kurma.

set 3 gem: ESP, PD & Meal Shakes

Sebenarnya apa kelebihan set ini untuk bersahur ya? 

SET MIGHTY 3GEM 

ESP - Membantu bagi rasa kenyang, kurangkan rasa kelaparan yang melampau (proteinnya sama dgn hidangan sekeping hirisan ikan sebesar tapak tangan). ESP juga mampu memberikan tenaga.

Meal Shakes - Tinggi dgn serat dan membekalkan nutrien.

Performance Drinks (PD) - Elak hidrasi dan kekalkan cecair dalam badan.

Sebenarnya, gabungan ketiga-tiga supplemen ini adalah sangat bagus berbanding hanya bersahur dengan makan nasi. Ini adalah kerana gabungan ketiga-tiga supplemen ini mempunyai indeks glisemik yang rendah. Apa maksudnya tu? 

Maksudnya, proses pertukaran protein kepada tenaga adalah secara perlahan-lahan dan kita akan berasa kenyang dengan lebih lama. yang paling penting, PD mampu membantu mengekalkan cecair dalam badan dan kita tak rasa penat, buang air pun kurang. Susu, insyallah akan ada supply seperti biasa... 

Saya memang tak boleh miss set puasa ni kalau berpuasa puan-puan, memang saya akan makan nasi lepas tu minum shake set puasa Shaklee ni semasa bersahur. Kadang-kadang, kalau terlewat bangun atau malas nak makan nasi pun, sekurang-kurangnya saya shake minuman ni. Insyaallah susu maintaiiiin.... 

Jom saya nak kongsikan Testimoni daripada ibu menyusu yang mengamalkan set puasa ni sepanjang tempoh berpuasa dan menyusukan anak. 






Cadangan pengambilannya bagaimana pula? Saya akan kongsikan sekiranya puan-puan mendapatkan produk ini daripada saya, sama ada melalui online (pos) atau COD.

Atau puan boleh hubungi saya sekiranya ingin mendapat lebih penjimatan dengan menjadi ahli Shaklee: Oh ya, bulan ni ada promosi tau! setiap pendaftaran ahli shaklee dengan pembelian apa-apa produk akan dapat sebotol Vitalea (multivitamin) secara PERCUMA!! ya! percuma! Nak tahu harga asal dia berapa? RM88 uolls.... jimat banyak.. 

Hubungi saya segera sementara promo masih berlangsung untuk persediaan bersahur dan berpuasa di bulan Ramadhan ni. Percayalahh... anda tidak akan menyesal! :)


Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110
nurruadila@gmail.com

COD Area: Kota Damansara dan Putrajaya 



Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!