Kenali Vitamin Anda

7/17/2014


Hari ini saya ingin mengajak saudara saudari cikebom cikebom berkenalan dengan jenis-jenis vitamin, supaya kita semua tahu mengenainya dan mudah untuk kita mengatur pengambilannya. 


Vitamin ada 2 jenis; larut-lemak (fat-soluble) & larut-air (water-soluble)

================
Vitamin larut lemak:
================


Vitamin larut lemak disimpan di dalam badan anda, kebanyakannya dalam tisu lemak anda dan di dalam hati anda.


Apakah contoh Vitamin larut lemak?

Vitamin A, D, E & K adalah larut lemak - iaitu, mereka larut dalam lemak tetapi tidak di dalam air.

Oleh kerana badan kita boleh menyimpan vitamin ini, kita tidak perlu mendapatkan bekalan daripada mereka setiap hari. Sebaliknya, terlalu banyak vitamin ini boleh membuat mereka terkumpul di dalam badan dan mungkin boleh menyebabkan masalah. 






=============
Vitamin larut air:
=============

Manakala, vitamin larut air tidak dapat disimpan di dalam badan anda dalam tempoh yang lama. Kadar vitamin larut air yang berlebihan akan dibawa keluar dari badan anda.

Vitamin C dan vitamin B adalah vitamin larut air.

Oleh kerana badan tidak boleh menyimpan vitamin ini, kita perlu mendapatkan bekalan segar setiap hari. Dos vitamin larut air yang berlebihan hanya akan dikeluarkan melalui urin dan tidak akan disimpan dalam badan.

Jelas?
.
Kemudian, bagaimana pula cara pengambilan vitamin larut lemak dan vitamin larut air ini? Bolehkah saya mengambil Vitamin E setiap hari dan apa bezanya Vitamin C dengan kadar 500mg, 1000mg yang ada di pasaran?
.
.
Stay tuned...... nanti saya kongsikan ya.

You Might Also Like

0 comments