Catatan Hati...

Petang semalam semasa otw balik keje, saya melihat situasi kemalangan kecil. ada sebuah kereta tiba-tiba membuka pintu kereta semasa berhenti di lampu isyarat dan secara tak semena-mena sebuah motosikal langgar pintu kereta tersebut dan terjatuh, kena pulak kereta sebelah lagi. berlaku pertikaian, yg owner kereta tak mengaku bersalah sedangkan dia yg tak pasal-pasal buka pintu kereta tu dah kenapa. 


Kejadian tu buat saya terus tersentak. Ya Allah, bumi ini milikMu. dan kami semua adalah ciptaanMu. melihat berbagai ragam manusia di muka bumi Allah ini, buatkan saya terlintas di hati, hidup kita sbg manusia sebenarnya sama sahaja dengan ciptaan Allah yang lain. Manusia dan makhluk Allah yang lain seperti pokok-pokok, haiwan dan lain-lain sama sahaja. Kita semua dijadikan oleh Allah dan menumpang di bumi Allah. Jadi buat apa kita sombong? bongkak? riak


Cuma, manusia diberikan kelebihan dengan diberikan akal fikiran, emosi dan perasaan. Kelebihan yang terkadang menjadi ujian untuk kita sebenarnya. 

Pernah lihat budak-budak main askar-askar tak? ala... mainan askar yang patung askarnya boleh disusun beramai-ramai pastu buat-buat berperang tu. 

Tadi saya terfikir kita manusia ni tak ubah seperti askar-askar mainan itu, semua pergerakan dan segala kejadian yg berlaku, adalah kerana tentuan Allah swt. sama juga kan macam askar mainan itu, hidup mati, kalah menang, budak tu yg tentukan. ikut suka dia lah. kan? 

Cuma, yang berbezanya manusia diatur perjalanan hidupnya oleh Allah tetapi manusia dibekalkan dengan guidelines (Al-Quran) dan penunjuk arah (Nabi Muhammad saw). Indah aturan Allah bukan? Hidup kita setiap hari ditentukan oleh Allah. Bangun pagi pegi keje, keje apa, dengan apa, tinggal di mana, semuanya telah tertulis oleh Allah swt. 

Allah juga tidak kejam, Dia berikan pula kita anugerah-anugerah yang tidak ternilai untuk menemani kita hidup di bumiNya ni. Dia berikan kita ibu dan ayah, berikan kita suami dan isteri, berikan kita anak-anak yang comel, berikan kita sahabat yang baik dan berikan kita saudara mara yang sentiasa ada di kala kita susah mahupun senang. 

Tetapi, persoalannya sejauh manakah kita bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk merasa hidup di bumi Allah ini? sejauh mana kita bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan? sejauh mana kita bersyukur di atas segala anugerah Allah untuk kita? sejauh manakah kita ikut segala panduan, suruhan dan larangan Allah selama ini? sejauh manakah kita menghargai pengorbanan Nabi kita Muhammad saw yang berusaha gigih membawa kita ke jalan yang benar. 

Solat itu mudah.
Puasa itu juga mudah.
Tutup aurat dengan sempurna juga mudah
Hanya sekiranya kita SABAR & REDHA

Bila fikirkan semula, apa gunanya pangkat dan harta? Itu yg kita kejar selama ini kan? nak pangkat besar, nak duit byk, nak beli itu, nak beli ini, tapi kita LUPA semua itu tidak akan dibawa ke kubur bila kita mati nanti. Betapa selama ini saya LALAI dan LUPA. Sibuk mengejar dunia, sibuk mengejar penghargaan manusia, tetapi kerapkali lupa kpd Allah swt, lupa untuk bersyukur... 

Peluang hidup di bumi Allah ini hanya diberikan SEKALI. ya, sekali sahaja. Adakah bila diberi peluang sekali, kita terus nak buat benda-benda yg bukan-bukan (berfoya-foya contohnya)? Tidak sahabatku. 

Peluang hidup SEKALI sahaja diberi oleh Allah ini adalah untuk kita manfaatkannya sebaik mungkin. Supaya kita dpt buat kebaikan sebaik mungkin. Tidak bermusuh dan mencari musuh. Tidak melakukan kerosakan. Saling menyayangi sesama makhluk, dan sekiranya mampu, carilah harta untuk memberi kepada yang memerlukan. Bukannya hanya untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. 

Hidup kita di dunia tidak lama. Akhirat jua penghujung ceritanya. 

Semoga kita semua beroleh kejayaan di akhirat. Janji Allah, barangsiapa yang mengejar akhirat, insyaallah dunia akan mengejar mereka. Barangsiapa yang mengejar dunia, dunia akan tinggalkan mereka. 

Janji Allah itu pasti. Mati juga pasti. Akhirat juga pasti. Kejarlah syurga dan sama-sama kita ingat selalu ucapan yang selalu disebut setiap hari "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya kerana Allah swt"... tanpa Allah, tiada kita di dunia ini. tanpa nikmat yang diberikan Allah, tiada kegembiraan di dunia ini. Semua hanya daripadaNya dan kepadaNya lah kita akan kembali. 

--- tiba-tiba sebak diberikan peluang muhasabah diri di atas motor semasa balik keje hanya disebabkan kejadian kemalangan kecil yang berlaku di depan mata itu..... Subhanallah ---

Oleh itu, saya jihadkan penglibatan saya dalam Shaklee hanya kerana Allah. Saya akan mencari kekayaan supaya saya boleh terus memberi, dengan lebih banyak. Membantu saudara mara, rakan-rakan dan umat Islam mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan meringan beban mereka. Itu hasrat saya. 

Salah satu caranya, saya dengan ini melancarkan kempen "Membeli Sambil Menderma", di mana setiap pembelian supplemen Shaklee daripada saya mahupun melalui ESELL Shaklee, sejumlah RM5 akan saya masukkan ke tabung Aman Palestin, bagi membantu mangsa kekejaman zionis di Gaza.



click icon to order & pay online


Hubungi saya: 

Nurru Adila Ibrahim
019-2177110
nurruadila@gmail.com


Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!