hati-hati dengan SCAM tawaran FREE MEMBERSHIP SHAKLEE -pendedahan eksklusif!!-

anda semua pernah dengar orang promote untuk dapatkan FREE Membership Shaklee kan? teruja kan nak dapat Free Membership ni kan? Lagipun Shaklee tengah hot sekarang ni, berduyun nak jadi ahli sebab dapat banyak kelebihan menjadi ahli.. nak-nak lagi bila org offer nak bagi FREE membership lagiiii la teruja, terus tak check dah apa agenda si tukang promote, terus setuju dan bagi details..... tapi hati-hati....mungkin anda telah terkena scam!


kalau ada yang belum pernah kena dengan SCAM terkini mengenai Free Membership Shaklee ni, jom saya nak cerita supaya kita semua alert dan tidak menjadi mangsa tipu daya dan mendaftar dengan agen Shaklee yang tidak beretika. 


disebabkan skrg ni Shaklee tengah perketatkan peraturan HARGA AHLI cuma untuk AHLI, ramai pengguna yang menggelupur jugak sebab nak beli dan makan Shaklee tapi nak harga murah iaitu harga ahli. Malahan siap ada yang whatsapp saya, "kalau saya beli Shaklee daripada awak, boleh nego tak harga Vitamin E RM110 dan Bcomplex RM40?"... haiii cik adik, harga yang cik adik nak nego tu bukan harga ahli dah tu tapi harga DI BAWAH harga ahli. kalau cik adik bayar yuran keahlian RM65 utk jadi ahli Shaklee pun cik adik takkan dapat harga sebegitu... 

oleh kerana semua nak harga murah, makanya ramai lah juga pengedar yang buat trick, read: trick dengan gaya offer FREE MEMBERSHIP. Camana tu? 

okey, sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, mula-mula saya cerita dulu bagaimana cara nak jadi ahli Shaklee ya. 

1) Syarat asas untuk mendaftar jadi ahli Shaklee ialah membayar yuran keahlian berjumlah RM65 dan RM10 untuk Shaklee poskan starter kit. So, total jadi RM75 ya kalau pos. Itu cara yang pertama.
2) Cara yang ke dua, nak jadi ahli secara PERCUMA, boleh. BOLEH sangat, tetapi dengan syarat pembeliannya dalam satu invoice tu berjumlah 200 uv/point dengan jumlah pembelian dalam lingkungan RM650 hingga RM680 (ini adalah kerana harga barangan dan uv/point setiap barang tu tak sama). 
3) Kadang-kadang, ada juga pengedar yang memaklumkan anda boleh dpt keahlian PERCUMA kalau beli satu set produk promo yang memang tersedia pointnya tinggi dan satu set tu cukup untuk 200 uv/point ke atas. Contohnya kalau bulan ni anda beli Vitamin E 6 botol, anda boleh dapat 1 botol percuma dan keahlian percuma, sebab pembelian 6 botol Vitamin E tu berjumlah 228 uv/point. Bulan Jun 2014 ada promosi Buy 6 Free 1 untuk Vitamin hot iaitu Vitamin E.  

Itu je cara nak jadi ahli Shaklee sebenarnya.

tapiii... ada juga pengedar yang cuba TRICK anda dengan istilah keahlian percuma ni dan saya minta anda baca betul-betul entry saya ni sehingga habis supaya anda tidak terjebak dalam scam sebegini. 

pengedar yang tidak beretika ini akan menawarkan anda "mendaftar jadi ahli secara percuma", dia akan minta details anda dan memang awal-awal lagi dia takkan sebut langsung mengenai yuran berjumlah RM65 seperti yang saya nyatakan di atas tadi. 

pengedar yang tidak beretika ini akan cuba ajak anda jadi ahli, katanya percuma dan dia akan minta details yang diperlukan, sedangkan anda tidak tahu menahu kena bayar RM65 dan masih belum bayar. kemudian mereka akan key in maklumat peribadi anda sebagai downline beliau dalam sistem Shaklee2u dan secara separuh badan, anda telahpun berdaftar bawah beliau. pendaftaran ini akan memberikan anda no.ID dan anda pun seronok sebab dah rasa mcm dpt jadi ahli PERCUMA kan? ye lah... dia tak sebut langsung bab RM65 itu tadi...

untuk makluman anda, sekiranya maklumat anda telahpun di key in dalam sistem dan anda ada no ID sendiri, makanya anda tidak boleh lagi mendaftar di bawah org lain... 

so... pengedar licik tadi mula memainkan jarum lepas anda dah dapat no. ID dan dia akan maklumkan:

"sis, saya dah daftarkan keahlian Shaklee sis. untuk aktifkan keahlian ini, sis kena bayar RM65 dan lepas tu baru boleh buat pembelian..."

WTFish kan? kata tadi PERCUMA, tiba-tiba baru inform kena bayar RM65 dan lepas dah bayar baru boleh beli barang?....yang paling best lagi, tiba-tiba keluar ayat sebegini:

"sis, jadi ahli Shaklee ni sebenarnya ada banyak pakej...bla... bla..."...


antara yang kantoi.. - tidak benar, bisnes Shaklee takde apa-apa pakej.. :)

jangan tertipu. Shaklee tiada apa-apa pakej dan sebaik sahaja
details anda diperolehi mereka akan daftarkan anda tanpa memaklumkan yuran RM65 itu tadi..

sebenarnya, jadi ahli Shaklee takde apa-apa pakej pun. as simple as bayar yuran RM65 atau beli barang cukup 200 uv/point dalam satu invoice, dapat jadi ahli Shaklee. 

itu je sebenarnya.

So... yang tak best tu, bila anda dah terasa seperti TIPAH TERTIPU, anda pun mula cari kawan-kawan atau pengedar lain yang lebih anda percayai untuk mendaftar bawah mereka pula, tetapi TIDAK BOLEH. dah tak boleh sbb maklumat anda telahpun di key in oleh pengedar licik tadi dan anda kena tunggu dalam sebulan dua sebelum Shaklee clearkan semula data anda dekat sistem pengedar tadi sebab tak completekan payment...

oleh itu, nasihat saya, jangan tertipu dengan helah dan tipu daya mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. mendaftarlah menjadi ahli dengan pengedar yang jujur dan memang yang awal-awal inform yuran sekian-sekian dan brief anda betul-betul mengenai kelebihan menjadi ahli Shaklee. kesilapan anda memilih upline dalam Shaklee ni boleh menyebabkan bisnes entah ke mana (kalau anda plan nak buat bisnes Shaklee) dan guideline segala macam mengenai produk dan cara makan pun non hadooo..... kesian...

jomlah daftar dengan saya je lebih mudah. nak cari saya pun senang je, cuma whatsapp 019-2177110 (Puan Adila) dan inform "akak, adik nak jadi ahli Shaklee..." 

Anda berminat nak mendapatkan produk Shaklee? Order sekarang!


Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!