6 Makanan Bantu Lembabkan Kulit, Elak Kulit Kering dan Kusam


Kita kerapkali terganggu sekiranya kulit wajah berubah menjadi kering, kusam dan tidak bermaya kan? Kadang-kadang tu, bermacam produk kecantikan kita beli dan guna semata-mata untuk atasi permasalahan kulit. 

Tetapi sebenarnya, mungkin kulit kita kekurangan nutrisi dari dalam dan untuk merawatnya, tidak mencukupi kalau hanya bergantung kepada produk kecantikan semata-mata yang ternyata hanya merawat di luar bahagian kulit wajah.



Untuk memastikan kulit anda sentiasa lembut dan lembap, ia adalah lebih baik untuk menjaga badan anda dari dalam dengan memilih makanan yang terbaik

Salah satu punca utama penyahhidratan datang dari kuantiti tinggi natrium (garam) dalam makanan yang kita makan. Makanan tempatan kegemaran seperti mi goreng, roti canai malah makanan tempatan yang lain biasanya mengandungi kuantiti garam yang tinggi. 

Tabiat suka merokok, minum arak dan menggunakan terlalu banyak kafein boleh juga menarik lembapan dari kulit anda.

Walau bagaimanapun, anda selalu dapat ubah diet anda untuk menambah makanan-makanan ini supaya dapat menghidratkan semula kulit anda:


1) Buah oren


Buah oren bukan sahaja berjus, tetapi ia sebenarnya mempunyai 87 peratus air dan penuh dengan lebih daripada 100 peratus nilai yang disyorkan untuk vitamin C setiap hari. Anda boleh minum jus oren setiap pagi atau makan buah ini sebagai satu kudapan setiap hari.

2) Tembikai


Anda mungkin pernah mendengar bahawa tembikai itu menghidratkan lebih baik daripada minum air. Ia mengandungi 92 peratus air dan nutrien lain seperti kalsium, magnesium, kalium dan natrium

3) Tomato


Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita yang makan satu diet kaya dengan tomato telah menambah perlindungan kulit, mengurangkan kemerahan, dan kurang DNA yang rosak akibat dari sinar ultralembayung (UV). 

Sinar UV menyebabkan kedut dan likopena dari tomato melindungi kulit terhadap sinaran-sinaran merbahaya. Tambah beberapa biji tomato dalam sandwic anda.

4) Mentimun


Ia tidak mengejutkan bahawa timun ialah salah satu makanan yang melembapkan kulit. Seperti saderi, ia mengandungi silika, iaitu satu komponen besar yang meningkatkan lembapan dan keanjalan kulit.

5) Salmon


Ikan Omega-3 ini ialah satu makanan yang penuh dengan protein, minyak ikan dan selenium. Selenium baik untuk kulit kerana ia tolong menyingkirkan toksin. Jika ikan salmon bukan sesuatu yang anda gemari, anda juga akan dapat selenium dari telur.

Tapi, ada satu cara yang paling mudah untuk memastikan kulit sentiasa lembab, tidak kering dan kusam serta sihat. 

Saya akan cadangkan amalkan sebiji Vitamin E Shaklee yang diperkaya dengan grape seed extract dan selenium. Vitamin E Shaklee juga bagus untuk bertindak sebagai antioksidan untuk awet muda dan mampu mencegah daripada terjadinya kanser

6) Vitamin E Shaklee


Vita-E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan:


•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.

•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.


Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

TETAPI, yang paling penting, jangan lupa untuk minum air yang banyak untuk menghidrat badan anda juga!

Berminat untuk order? 



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!