Tips mengatasi masalah keletihan badan dan penat ISTIMEWA untuk WANITA

Badan letih dan penat itu datang apabila kerja kita banyak memerlukan tenaga dengan bergerak atau mengangkat beban. Aktiviti harian yang penuh dengan mesyuarat, menyiapkan kertas kerja dan pembentangan juga akan terasa penat kerana menggunakan otak dengan sepenuhnya siang hari walaupun kita cuma duduk je.



Belum lagi kawan-kawan kita yang perlu melayan kerenah manusia seperti bekerja di meja khidmat pelanggan, restoran, guru atau hospital. Memang sangat-sangat memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat bagi memastikan tekanan tidak berterusan hingga ke rumah. Kesian anak-anak dan suami/isteri pula yang menjadi mangsa.
Kalau ikutkan, waktu habis bekerja dan masa untuk pulang adalah hadiah paling istimewa bagi mereka yang begitu penat sepanjang hari bekerja. Tubuh mula lebih rehat apabila menjelang waktu untuk pulang. Otak pun sudah sibuk memikirkan semua perkara seronok selepas kerja. 

Tapiiii.... bila sesampai je di rumah, anak-anak menangis nak itu nak ini, kain menggunung minta dilipat, nak kena masak, siapkan anak-anak, siapkan baju-baju kerja suami dan diri sendiri, siapkan beg nursery/sekolah anak, check itu, check ini, sudahnyaaa jam 12.00 malam baru boleh rebahkan badan..... pukul 5 pagi dah kena bangun pula... adohaii.... penat sungguh rasanya. 


Jom sama-sama tengok apa tips yang kita boleh amalkan untuk merehatkan tubuh badan dan supaya badan tidak letih/penat.. cekidautt..
Tips 1:

Apa kata untuk mencergaskan kembali tubuh sebelum terus tidur, kita amalkan dengan minum air limau. Dapatkan beberapa biji limau dan perahkan bersama secawan air putih. Sebaiknya air suam kerana ia akan lebih memberi keselesaan kepada tubuh apabila kita menikmatinya.
Jangan campurkan gula, hanya perahan air limau saja. Jika tidak suka dengan limau nipis atau limau kasturi, gunakan lemon sebagai alternatif. Amalkan setiap hari, ia bukan saja untuk menghilangkan penat badan bahkan untuk mengempiskan perut juga buat kita yang terasa di bahagian perut agak buncit.

Tips 2: 

Apabila balik dari kerja, cuba amalkan mandi dengan air panas/suam. Sediakan air panas suam untuk anda siramkan ke bahagian badan, tidak perlu kuantiti yang banyak. Air suam juga sesuai untuk rendamkan ke kaki kerana rasa panasnya akan melegakan sakit kaki  selepas seharian mengenakan kasut bertumit tinggi atau berdiri. Pada masa yang sama akan melancarkan aliran darah anda ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala.

Tips 3:

Jom lakukan senaman ringkas sebaik tiba di rumah. Luangkan sedikit masa untuk bersenam, jika tidak berkesempatan hanya lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas dan juga menanam.Pengeluaran peluh ketika melakukan aktiviti seperti ini membantu badan anda untuk berfungsi dengan lebih baik. 

Dalam masa yang sama memberi otak lebih banyak oksigen kerana aktiviti kerja di pejabat yang berhawa dingin boleh mengurangkan penggunaan fungsi otak dengan baik. Jadi dengan cara ini, adalah satu latihan yang baik.

Tips 4:

Amalkan minum air teh hijau. Minuman yang diamalkan oleh masyarakat Cina ini sebenarnya amat baik, air teh yang berwarna hijau dan tidak mempunyai gula. Terdapat banyak antioksida yang membantu untuk menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah. Boleh amalkan minum secawan Cinch Energy Tea Mix daripada Shaklee juga. Biasanya saya akan bancuh dengan perahan lemon dan letak sedikit madu. Yumsss..... 

yummmsss... serius sedap teh ni.. 
Tips 5:

Amalkan juga pengambilan supplement bagi melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan. Ada kalanya, disebabkan kekangan kerja dan waktu yang terhad di pejabat, kita tak sempat nak mengambil makanan yang berkhasiat, kdg-kdg terpaksa skip makan. Saya sarankan kita semua amalkan supplement ini supaya badan tidak letih dan sentiasa bertenaga iitu Vitalea, Bcomplex dan Ostematrix daripada Shaklee. 


Ingin cuba? Anda pasti tidak akan menyesal.. ;)

Hubungi saya:

Your trusted Shaklee Independent Distributor
iR Nurru Adila
ID No: 908460
019-2177110 (whatsapp/sms only)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!