tawaran kursus menarik untuk anak-anak VETERAN ATM! secara PERCUMA!

4/29/2014

hari ni saya nak share mengenai kursus menarik yang akan disponsor secara PERCUMA untuk anak-anak Veteran ATM. Ye, PERCUMA. Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM akan menghantar anak-anak Veteran ATM yang berminat untuk mengikuti Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) dan ESQ-Future Leaders. Harga biasa bagi Kursus MAP adalah bernilai RM300 lebih dan harga biasa untuk kursus ESQ adalah bernilai RM550 untuk setiap peserta. Tetapi, kami akan bantu anak-anak Veteran ATM ini di mana mereka boleh menyertai kursus-kursus ini secara PERCUMA. 

Jom tengok poster-poster di bawah ini: 

KURSUS MAP

click picture for enlarge

Kursus MAP ini akan dikendalikan oleh penceramah motivasi yang terkenal iaitu Dr. Tengku Asmadi. Terbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun (di peringkat sekolah menengah). 


KURSUS ESQ - FUTURE LEADERS

click picture for enlarge

Kursus ESQ - Future Leaders pula khusus untuk anak-anak Veteran ATM yang berumur di antara 18 hingga 22 tahun dan sedang belajar di peringkat STPM mahupun IPT. 

Pendidikan anak adalah tanggungjawab besar bagi ibu bapa. Anak-anak hari ini adalah generasi masa hadapan. Mereka bukan sahaja perlu cemerlang intelektual, malah harus turut cemerlang emosi & spiritualnya (IQ, EQ, SQ).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Kebajikan, JHEV ATM 03-2050 8000 atau email ke bkjhevkl@yahoo.com atau boleh juga email kepada saya sendiri: nurruadila@gmail.com.

Terima kasih. 

You Might Also Like

0 comments