Ostematrix Shaklee boleh atasi masalah 'simpul biawak'?

Simpul biawak? Pernah dengar tak istilah ni? Simpul biawak ni sebenarnya nama lain untuk masalah kekejangan otot yang biasanya berlaku di kawasan betis di kalangan wanita hamil. Kekejangan betis ni biasanya berlaku pada waktu malam dan pastinya mengganggu tidur ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Apa punca yang menyebabkan 'simpul biawak' berlaku?
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda. Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
  • Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
Sekiranya anda terkena simptom 'simpul biawak' ini, apa yang perlu anda buat?
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.

Tips untuk elakkan kekejangan betis: 

Jom saya ingin kongsikan mengenai tips untuk mengelakkan berlakunya kekejangan betis atau 'simpul biawak' ni:
  • Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.

Selain itu, puan juga boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix Shaklee sepanjang tempoh kehamilan untuk membantu mencukupkan bekalan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh badan. 

OsteMatrix adalah lebih daripada sekadar kalsium. Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Untuk membantu meredakan kekejangan otot, Ostematrix akan memainkan peranan untuk membekal Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang mencukupi untuk ibu dan bayi yang dikandung. Seperti yang saya katakan di awal entri ini tadi, 'simpul biawak' boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. 

 Anda berminat untuk mencuba Ostematrix Shaklee? 



Hubungi saya: 

Your trusted Shaklee Independent Distributor

iR Nurru Adila (Puan Adila)
ID No: 908460
019-2177110


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!