perkongsian saya mengenai ESQ Training

last weekend, bermula Jumaat hingga Ahad, saya telah menghadiri Kursus ESQ - Basic Learning Training (Personal Transformation). Ini sebenarnya adalah kursus leadership, bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bagus baik di pejabat, di rumah atau di mana juga kita berada. Awal-awal sebelum mengikuti training ini, saya telah sematkan awal-awal, ini bukan ceramah agama dan saya sedia maklum, para trainer adalah bukannya ustaz dan ustazah dan mereka adalah sebenarnya motivator yang tugasnya adalah untuk memberi motivasi. 

Sebelum menjejakkan kaki ke dewan kursus, saya telah lapangkan fikiran dan kosongkan minda dan cuba melihat perkara yang positif tanpa terikat kepada apa-apa persepsi negatif. Saya ingin berkongsi, sebelum saya pergi ke kursus ini, saya diingatkan oleh suami saya, "haa pegi la kursus tu, nanti awak tengok la apa yang diajarnya dan balik nanti jangan jadi syiah sudah"... bayangkan betapa anda rasa takut dengar ugutan seseorang yang begitu dekat dengan anda bukan? sedangkan beliau belum pun menghadiri kursus ini dan hanya mendengar daripada rakan-rakan dan apabila google di internet. Namun begitu, dengan hati yang terbuka dan niat untuk mendapat yang baik-baik sahaja, saya ikhlaskan hati pergi ke Kursus ESQ ini dengan hati dan minda yang terbuka. 

Kawan-kawan sekalian, sebelum saya huraikan apa yang saya dapat semasa Kursus ini, izinkan saya bercerita sedikit mengenai situasi kehidupan saya. Saya adalah seorang yang selalu stress dengan tempat kerja, keluarga, kewangan dan selalu berserabut tentang permasalahan hidup. Saya mengejar keduniaan, saya sukakan puji-pujian, saya rasakan saya sangat bagus sebab adanya pujian, saya rasa saya sangat beruntung kerana memiliki jawatan sebagai Pengarah Bahagian, memiliki pekerjaan yang bagus dan gaji yang menyenangkan. Namun demikian, saya selalu berasa tidak cukup, atau tidak puas, saya rasa saya nak lagi, dan lagi, saya cemburu melihat rakan-rakan yang lebih disayangi dan lebih mendapat peluang yang lebih bagus cthnya dinaikkan pangkat lebih awal daripada saya, saya berkehendakkan rumah yang cantik dan besar, saya berkehendakkan kereta idaman dan saya memandang kepada brand dan jenama..... itulah saya selama ini.... saya solat 5 waktu seperti biasa, tetapi ternyata itulah perkara yang saya selalu lengah-lengahkan, itulah perkara yang selalu sy ke belakangkan dan saya cuma akan menangis di hadapan Allah cuma ketika saya bersedih hati dan mengalami krisis kehidupan.. 

Namun demikian, selepas saya menghadiri kursus ini, mohon maaf, saya bukan hendak memihak kepada siapa-siapa dan memuji siapa-siapa, tetapi setelah saya ditunjukkan dengan bukti kekuasaan Allah swt dan perkaitan firman-firman Allah swt dan Ayat Al-Quran dengan kejadian langit dan bumi, perkaitan dan teori-teori sains yang kita guna pakai yg selama ini memang sudah sedia ada dalam Al-Quran, saya baru nampak betapa besarnya kuasa Allah yang selama ini saya tidak sedar.... Hidup di atas bumi Allah, tetapi saya berasa saya besar, sayalah yang betul dan sayalah yang bagus. tetapi, sebenarnya saya cuba ibarat debu-debu halus lagi kecil drp sebesar-besar alam semesta yang diciptakan oleh Allah swt. MasyaAllah. Betapa selama ini saya lalai dan lupa...

Pada saya, ESQ cuma salah satu cara bagaimana kita hendak menyedarkan seseorang mengenai sesuatu hakikat yang tidak dapat disangkal lagi iaitu Allah swt dan Rasulullah saw dan mengembalikan seseorang kepada fitrah... jika selama ini kita kata yakin Allah itu ada, tetapi kita tidak pernah rasa Allah itu ada bersama-sama kita... bagi saya org yang kurang mendalami ilmu agamanya, cuma sekadar solat yang selalu dibuat tergesa-gesa, yang berpuasa di bulan Ramadhan tetapi excited nak berhari raya dan suka habiskan duit membazir di pasar ramadhan, yang mengeluarkan zakat kerana tidak mahu membayar income tax, yang redha kepada segala musibah Allah setelah disuruh oleh saudara mara dan rakan-rakan supaya redha, apa yang cuba disampaikan oleh pihak ESQ adalah seolah-olah satu touch point di hati saya yg dapat menyedarkan siapa kita sebenarnya, di mana kita berada dan kenapa kita diciptakan di dunia Allah swt ini??

Persepsi, mindset, perasaan dan hala tuju hidup saya selepas kursus ini ternyata berubah. Mungkin ramai yang salah anggap mengenai statement ini, mungkin ada yang akan katakan "astagfirullah...bukan kursus itu yang membuat saya berubah"... ye, itu adalah benar, bukan kursus ini yang buat saya berubah, tetapi, Allah swt yang telah membuka pintu hati saya seluas-luasnya untuk menyedari kekuasaan Allah swt dan bersyukur di atas segala apa yang saya miliki selama di dunia ini, rezeki Allah, suami, anak-anak, keluarga, pekerjaan dan kesenangan hidup dan sedikit ujian dan dugaan yang ternyata mungkin lebih kecil daripada org lain. 

Cara ESQ menarik jiwa dan perasaan kita ni sama kaedahnya apa yang selalu dilakukan oleh pihak sekolah ketika aktiviti qiamulai atau aktiviti mengenal diri. Saya pernah dibawa ke pantai oleh pihak sekolah dan duduk di atas tanah dan disuruh melihat langit dan bintang-bintang di atas. supaya dapat melihat betapa besar dan indahnya ciptaan Allah swt. Saya juga pernah disuruh melihat simulasi kematian di dalam dewan yang gelap yang dilatari dengan suara yang kuat (seolah-olah Malaikat sedang bertanyakan soalan di alam kubur). Saya juga pernah dibacakan puisi-puisi indah yang dilatari dengan alunan muzik lembut dan mendayu-dayu untuk mengusap jiwa... Ya, kaedah seperti ini sebenarnya sejak dulu telahpun dibiasakan, tetapi mungkin tidak sampai ke jiwa kerana kita sendiri yang tidak faham atau umur yang masih belum mengerti atau mungkin kerana ketika itu kita masih belum menemui cabaran dan dugaan dalam hidup. 

Saya budak sains dan saya sudah biasa dengan istilah-istilah dan tokoh-tokoh sains yang digunakan di sekolah. Teori Big Bang seumpamanya.. saya juga tahu ada tertulis dalam Al-Quran mengenai kejadian langit dan bumi. saya juga tahu Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah untuk memberi petunjuk ke jalan yang benar dan menyampaikan wahyu Allah swt. Saya tahu itu. tetapi, rupa-rupanya sekadar tahu, kerana saya tidak nampak. Saya tidak ditunjukkan perkaitannya di antara fenomena kejadian alam semesta dengan ayat Al-Quran yang mana satu? mereka (pihak ESQ) cuma meletakkan kesemua fenomena kejadian ini (yang telah diterima teorinya sehingga kini - Teori Big Bang) dan ditulis semula bersebelahan dengan tafsiran daripada Ayat Al-Quran!... saya nampak! betapa selama ini apa yang ditulis dalam Al-Quran itu adalah betul dan tepat dan barulah timbul keyakinan kepada Allah swt yang tidak berbelah bahagi lagi...

Kemudian, kita dikembalikan semula, jika teori Big Bang itu telahpun diberitahu oleh seseorang pada 1400 tahun yang dulu, ketika teori tersebut hanya dibuktikan pada abad ke 19, apakah pemuda itu berbohong?? ternyata hari ini, apa yang diperkatakan oleh pemuda itu (cthnya mengenai teori Big Bang yang telah diterima kini) adalah BENAR! dan bila dikaitkan lagi satu persatu, betapa saya mulai sayang dan rindu kepada Rasulullah saw dan betapa saya ingin menatap wajahnya.....

Susah saya nak ceritakan dengan sini mcm mana pihak ESQ kaitkan dengan zaman ketika Rasulullah menyampaikan wahyu. Betapa kita akan melihat semula dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Muhammad saw dan betapa besarnya pengorbanan Rasullullah saw untuk membawa umatnya ke jalan yang benar, supaya jauh daripada azab api neraka. 

Ini yang saya dapat daripada penyampaian mereka. Semua perkara yang dijelaskan oleh mereka bukanlah perkara baru, tetapi perkara yang sama yang telah diberitahu dan apa yang kita belajar selama ini. Ibarat botol yang ada isi, kemudian, isi dalamnya terkeluar sedikit daripada botol dan apa yang motivator ini buat cumalah cuba untuk memasukkan kembali isi itu ke dalam botol. supaya kita kembali kepada fitrah, kembali kepada Allah & Rasul dan supaya kita sedar betapa Allah swt teramat sayangkan kita dan betapa Nabi Muhammad saw itu teramat risaukan umatnya... 

Bermula di hari pertama, saya berazam dengan diri saya sendiri dan berjanji kepada Allah bahawasanya saya akan patuh segala suruhanNya... di hari pertama, saya berjanji untuk menutup aurat saya dengan lebih sempurna. Jika selama ini saya abaikan suruhan suami saya untuk memakai stokin, di hari pertama itulah saya membeli stokin dan mula memakainya... saya rasa itulah perubahan yang paling ketara untuk diri saya. Saya sedar saya makhluk Allah swt yang sangat berdosa dan saya berdoa semoga Allah menerima taubat saya. Saya mula berjanji untuk sentiasa mengutamakan solat dan solat di awal waktu. 

Saya berjanji dengan nama Allah, segala apa yang saya lakukan di atas muka bumi ini adalah sebagai bukti pengabdian saya kepada Allah swt. Pekerjaan saya, keluarga saya dan tanggungjawab yang saya pikul, segala-galanya kerana Allah swt. yang uniknya, sebaik sahaja keluar daripada Kursus ESQ tersebut, saya tidak lagi memandang apa-apa jenama mahupun kemewahan lagi, saya tidak memandang jawatan dan pangkat yang tinggi lagi. 

Saya bersemangat datang kerja pada hari Isnin, sedangkan kebiasaannya Isnin adalah hari yang begitu tidak disukai. Saya juga disedarkan mengenai tanggungjawab saya sebagai ibu untuk mendidik anak-anak saya ke jalan Allah swt, dan barulah buat pertama kali saya mampu menatap ke dalam mata anak-anak saya dan betapa selama ini saya sebenarnya tidak perasan bahawa mereka adalah tanggungjawab saya. Tanggungjawab saya untuk membawa ke arah yang benar dan mengajar mengenai Allah & Rasul... Syukur Alhamdulillah, Allah berikan saya kesedaran ini dan lebih bersemangat dan termotivasi untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan ikhlas kerana Allah tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan dan pujian... 

Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang kritikan atau cemuhan atau pandangan negatif mengenai Kursus ini, suka saya nak ingatkan kita sebagai manusia diminta untuk tidak terlalu taksub dengan sesuatu perkara, dan team ESQ juga meminta supaya jangan berterima kasih kepada mereka kerana sesungguhnya semuanya adalah kerana Allah swt. Sepanjang 3 hari kursus, kami disuruh solat di awal waktu, dan waktu break adalah ketika waktu solat. Benar, di sini tidak diajar mengenai Fardu Ain dan sebagainya, kerana mereka bukan ustaz/ustazah, tetapi motivator. Menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan belajar di luar sana untuk membetulkan perkara yang tidak betul. 

Pihak Alumni ESQ juga ada membuat kelas mengaji bagi mereka yang hendak belajar mengaji. Kesimpulannya, motivator ini cuma menjentik hati kita dan memberikan satu touch point bahawa kehidupan kita ini adalah milik Allah, kita hanyalah hamba Allah dan kelak kita akan menemui Allah swt dan akan dibalas setiap perbuatan kita di dunia. Bila hati mulai yakin dan beriman sepenuhnya kepada Allah swt, insyaallah segala-galanya akan terbuka luas dan akan dipermudahkan Allah swt. dan nila-nilai murni dan fitrah inilah yang diajar oleh pihak ESQ untuk diadaptasikan dalam pekerjaan dan kehidupan kita seharian. Salahkan jika orang menyuruh kita berbuat baik?? dan salahkan mereka menjentik hati kita untuk mula menyayangi Allah swt yang selama ini kita lupakan atau pinggirkan atau pergunakan?? 

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnah-nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagi-mu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An-Nisaa’ [4]: 59)

Ayat ini mengisyaratkan bahwa siapa yang tidak mengembalikan urusan kepada Allah dan Rasul-Nya, maka bukan seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir. Ini menunjukkan bahwa iman bukan sekedar membenarkan apa yang dibawa oleh Nabi Salallahu alaihi wa salam, bukan pula sekedar ucapan (pengakuan), tetapi harus disertai adanya ketundukkan terhadap syariat, taat kepada Rasul Salallahu alaihi wa salam dan berhukum kepadanya.

Sabda Nabi Salallahu alaihi wa salam, dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Salallahu alaihi wa salam pernah ditanya,” Amal apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Iman kepada Allah dan rasul-Nya.” Ditanyakan lagi, “Kemudian apa?” Beliau menjawab, “Jihad fi sabilillah”. Ditanyakan, “Lalu apa?” Beliau menjawab, “Haji yang mabrur.”

Dalam hadits tersebut tampak jelas, bahawa iman adalah sebaik-baik amal. Hadits ini juga merupakan bantahan bagi orang yang mengeluarkan amal dari definisi iman.


Ketika datang utusan Abdul Qais, Nabi Salallahu alaihi wa salam memerintahkan mereka untuk beriman kepada Allah, beliau menanyai mereka, “Tahukah kalian apa iman itu?” Mereka menjawab,” Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.
Beliau bersabda, “Persaksian bahwa tidak ada ilah (yang haq) kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, membayar zakat, Puasa Ramadahan dan membayar seperlima dari harta rampasan.” (HR. Muslim)



Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!