ESP dan CoQHealth Plus Shaklee membantu susu ibu terhasil lebih cepat?


4 Januari lepas, genaplah usia Khairunnas Syahmi bin Khairiwan yang ke 11 bulan. Ini bermakna, bulan depan beliau akan genap setahun! yeay! Buat masa ni Syahmi dahpun mula berjalan, iaitu sejak dia berusia 10 bulan. Agak cepat jika hendak dibandingkan dengan kakak dia, Khairunnisa Safiyyah.

Kakaknya dulu mula berjalan masa umur genap setahun, iaitu seminggu selepas menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama pada 20 November 2011. 

Maka, genaplah juga 11 bulan saya menyusukan Syahmi sepenuhnya.

Masih belum dicampur dengan susu formula dan Syahmi dah mula makan solid food sejak 6 bulan aritu. Memang terbaik Syahmi kali ni sebab kali ni saya lebih berpengetahuan bab penyusuan susu ibu (maklumlah anak yang kedua), saya lebih confident dan tenang sepanjang tempoh penyusuan dan saya juga concern mengenai bab pemberian air masak kepada baby. sejak lahir sehingga usia Syahmi 6 bulan, Syahmi cuma minum susu ibu semata-mata, tanpa air masak mahupun minuman lain.

Alhamdulillah... :)


Namun, perjalanan penyusuan susu ibu kali ni ternyata lebih mencabar kerana rupa-rupanya baby boy lebih banyak dan lebih kerap menyusu berbanding baby girl. Dahlah lebih aktif kan. Bayangkan, bila saya balik kerja, start daripada pukul 8 malam sehingga ke pagi (sehingga 6.00pagi ok?) Syahmi asyik mengempeng je... (mengempeng ni istilah baby suka menyusu je kejenya).. dan bila berada di rumah, saya memang tak berpeluang langsung untuk pam susu utk simpan stok.

Sebenarnya sepanjang 11 bulan menyusukan Syahmi, saya memang tiada stok simpanan EBM (expressed breast milk). Selama hari ni, saya memang gunakan konsep "pam hari ini utk esok"... "kais pagi makan pagi" la ni kiranya dan saya kena sentiasa yakin susu yang berjaya di collect pd hari tersebut akan mencukupi untuk tampung keperluan si anak yang boleh tahan kuat menyusu untuk keesokan harinya.

Alahai...

So struggle juga sebenarnya.

Disebabkan itulah saya memang amalkan pengambilan ESP dan alfalfa secara istiqamah, kerana kesannya kalau tak ambil ESP tu, susu akan jadi lebih cair dan akan berkurang sedikit berbanding kalau ambil. dan biasanya saya enjoy minum ESP bersama susu Dutch Lady perisa strawberry. entahlah kenapa suka sangat cara bancuhan ini, mungkin sebab kurang manis la agaknya dan pd masa yang sama susu segar juga membantu menghasilkan susu badan yang baik dan berkualiti. 

Sehinggalah saya mula amalkan CoQHealth Plus Shaklee.

CoQHealth ni sebenarnya koenzim10 yang memang sangat bagus untuk kesihatan badan kita dan pada awalnya saya cuba amalkan CoQHealth ni untuk mengatasi masalah cepat penat dan utk kesihatan jantung. Risau bila memikirkan banyak kes kematian senyap di kalangan rakyat Malaysia yang diakibatkan oleh penyakit yang berkaitan dengan jantung ni. 

Tetapi, bila saya amalkan CoQHealth ni, saya menemui penemuan yang terbaru!

Bila saya mula amalkan CoQHealth ni, yang saya perasan, eh, eh, kenapa selalu lebih cepat rasa Let-Down-Reflex (LDR)? Kenapa cepat rasa engorged & breast rasa penuh?

ini tandanya susu lebih cepat dan lebih kerap dihasilkan dan menyebabkan saya kena selalu pam dan hasilnya memang lebih banyak berbanding hari yang saya tak ambil CoQHealth Plus ni. Puas saya memikirkan apa sebenarnya yang terjadi? dan apa penyebabnya CoQHealth ni menjadi milk booster saya pula?

Akhirnya baru lah dapat relatekan. CoQHealth ni sebenarnya membantu melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran darah lancar, makanya lebih senang dan cepat aliran darah disalurkan ke breast dan menghasilkan susu ibu dengan lebih kerap (engorged).

Berikut adalah info mengenai CoQHealth Plus Shaklee:



CoQHealth Plus Shaklee mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan esktrak Teh Hijau. CoQHealth telah ditunjukkan dapat:

  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Perbezaan Shaklee

1) Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.

Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam VitaminE kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

2) Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).

3) CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10nya.

4) Tanpa Gluten.

Haaaa.... best kan? di samping dapat menjaga kesihatan jantung, susu ibu juga lebih galak terhasil. 

SET BREASTFEEDING PREMIUM

Boleh hubungi saya sekiranya anda berminat untuk order set ini ye, saya panggil ini set breastfeeding PREMIUM. kerana fungsinya sungguh luar biasa dan PREMIUM sekali, baik untuk penyusuan susu ibu mahupun utk kesihatan badan kita. 

Hubungi saya:

019-217 7110 (Nurru Adila Ibrahim)
email: nurruadila@gmail.com
COD area: Kuala Lumpur

JOM LIKE PAGE BARU SAYA --> My Breastfeeding Tips & Tricks

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!