Pencarian Tadika untuk Safiyyah bermula semula!


Buat yang follow blog saya ni mungkin boleh tahu cerita Kenapa Safiyyah dihantar ke Nursery dan Kenapa pula Safiyyah dikeluarkan daripada nursery tersebut. Safiyyah dihantar ke nursery seawal umurnya 6 bulan macam tu dan stay dekat Hadhonah, Sekolah Islam ADNI selama 2 tahun juga.. sehinggalah baru-baru ini (bulan Ogos 2013) saya decide untuk keluarkan Safiyyah daripada nursery..demi untuk kesihatan Safiyyah sebab dia mmg sangat mudah dijangkiti penyakit dan 2 x dah kena pneumonia juga pernah kena jangkitan penyakit kuku, kaki dan mulut..

Walaupun Safiyyah dijaga dengan sangat baik dan silibus pembelajaran juga sangat bagus, kami tak mampu nak meneruskannya lagi kerana dalam sebulan tu boleh dikira berapa hari je Safiyyah ke nursery disebabkan selalu sakit-demam-admit ward. Memandangkan kami memang hire Bibik dekat rumah untuk jaga adiknya, Syahmi dan lokasi nursery juga jauh daripada rumah dan tempat keje, menguatkan lagi keputusan kami untuk mengeluarkan Safiyyah daripada sana secara drastik juga la..

Safiyyah lahir pada 20 November 2010, boleh tengok entry ini --> lahirnya Khairunnisa Safiyyah ke dunia... dan baru-baru ini genap usianya 3 tahun. tetapi, memandangkan Safiyyah ni lahir akhir tahun, menyebabkan bila masuk Januari 2014 secara automatik umur dia akan dikira 4 tahun kerana ikut tahun (adoii pening byk perkataan tahun). dan, kebiasaannya Tadika di Malaysia ni bermula utk kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Setelah berbincang dengan suami, akhirnya kami buat keputusan untuk mula mencari Tadika untuk Safiyyah memulakan pembelajaran pada Januari 2014 nanti dan kali ini pencarian kami lebih spesific dan berbeza dengan pencarian nursery dulu. 

Kalau sebelum ni, masa nak cari nursery tu seboleh mungkin kita cuba nursery yang terbaik yang boleh jaga anak kita dan saya suka nursery yang ada 'parent'.. cthnya macam Hadhonah, ADNI tu, sebab dia ada parent dia iaitu Sekolah Islam ADNI yang merupakan sekolah islam swasta yang ada pelajar di peringkat rendah dan menengah. Pada pandangan saya, nursery sebegini lebih dipercayai kerana sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini, kita sebagai ibu bapa ada tempat untuk dirujuk dan berbincang.. 

Berlainan pula kali ni. Pencarian tadika kali ni kami lebih fokus kepada perkara-perkara yang lebih spesific, cthnya silibus pembelajaran, prestasi dan review pengguna, lokasi, tempoh masa dan yuran yang berpatutan. Pada saya, umur 4-5 tahun ni umur utk membentuk kanak-kanak belajar lebih banyak perkara. Sekiranya stay di rumah, Safiyyah ni macam kebosanan sedikit dan dia cuma setakat tengok kartun dan main dengan adik dia. So saya memilih untuk mencari Tadika yang dekat dengan rumah, tempoh masa bukan fullday (cukup smpai tengahari je) dan menggunakan silibus yang besesuaian dan Islamic. 

Kami tinggal di kawasan Desa Pandan dan office saya pula terletak di tengah-tengah ibu kota. Untuk memilih lokasi Tadika, saya perlu menimbangkan bermacam perkara terutamanya macam mana nak hantar? pukul berapa nak keluar rumah? pukul berapa nak kena balik? jalan jem ke tidak? berbaloi ke tidak? Macam dulu, saya memilih Nursery Hadhonah ADNI sebab dia dekat Taman Melawati dan ofis saya masa tu dekat Wangsa Maju. Memang boleh kira sehala je dan sy tak ada masalah lewat nak ambil Safiyyah atau alami kelewatan sampai ke pejabat. tetapi bila saya bertukar ofis ke Maju Junction, KL, haluan jadi berubah, saya kena keluar seawal yang boleh, Safiyyah tiba di nursery sebagai budak yang pertama sampai, saya parking kereta dekat LRT, naik LRT dan ketika waktu balik, saya rushing pula balik dan Safiyyah menjadi budak yang terakhir tinggalkan nursery. Situasi itu pada saya sangat tidak sihat, terutamanya untuk pembesaran kanak-kanak, bonding time dengan parents dan juga boleh mengganggu perjalanan career ibubapa juga..

Mula-mula pencarian, saya cuba survey IIUM Montessori dan diorang ni ada banyak cawangan. dan kami cuba pegi ke cawangan yang terdekat dengan rumah di Lembah Keramat AU5 (tetapi masih jauh dan lain hala dengan pejabat) dan pegi juga survey di Danau Kota. Setelah menimbangkan lokasi, suasana dan kepayahan yang bakal kami tempuhi, saya memilih untuk survey lagi tempat lain... tidak berbaloi rasanya sementelah yuran juga boleh tahan mahal, lebih mahal daripada Hadhonah ADNI rasanya... kelas bermula 8pagi sehingga 3 petang. dh satu hal pula nak kena gi ambil Safiyyah dgn lokasi pejabat yg jauh dan jem, kalau lambat pickup akan dikenakan overtime, bayar lagi. 

Kemudian, memikirkan semua perkara, akhirnya kami memilih untuk hantar Safiyyah sama ada ke Tadika Genius Aulad atau Little Caliphs, di mana kedua-duanya menerapkan pembelajaran Islamic menggunakan medium English, belajar bahasa Arab, doa dan Iqra' dan aktiviti yang lain... Bila di survey-survey, tiada pula Tadika GA yang berdekatan dengan rumah, kerana seboleh mungkin kami nak cari yang paling dekat dgn rumah supaya senang urusan hantar dan ambil. dan akhirnyaaa.... ketemu juga, Tadika LC yang baru nak buka bermula Januari 2014 di kawasan Desa Pandan... cumanya, tadika ni masih belum siap sepenuhnya dan masih di peringkat renovation untuk memulakan sesi pembelajaran Januari 2014 dan saya dimaklumkan bahawa akan diadakan Open Day Tadika CR pada 28 Disember 2013 nanti...kita tunggu 28 Disember, kalau betul-betul dah confirm nak hantar Safiyyah ke sana, saya akan bagi review sedikit mengenai tadika ini dan silibus pembelajaran LC ni...


Tungguuuu...... :)

1 comments:

semoga jumpa yang terbaik..

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!