harga barang naik, kita kena cari side income jugak jugak

12/27/2013

seriously, saya memang terasa sangat dengan kenaikan segala mak nenek harga barang. bermula dengan kenaikan harga minyak, lepas tu subsidi gula ditarik balik, ditambah lagi dengan kenaikan harga tol dan semua kenaikan ini telah menyebabkan kenaikan segala barangan dan harga makanan juga tidak terkecuali. oh oh, memang terasa sangat. Kalau dulu saya boleh dapatkan air nescafe ais dengan harga RM1.40 je (itupun dekat Restoran Rakyat 1Malaysia), tp sekarang ni Restoran tu pun dh jual RM2.. apatah lagi restoran lain-lain lagi.. alahai... saya percaya tahun 2014 saya akan menyaksikan harga minuman kegemaran saya tu jadi RM3 di kedai mamak! oh Malaysiaku sangat kann.... terasa nak pindah duk negara lain je ni ha...tp yang tak tahan tu, baru gi negara org lain 5 hari dah menggagau cari teh tarik, dh menggagau nak balik Malaysia.. cano la haii... bila duk negara sendiri rasa mcm nak keluar je gi lari jauh-jauh duk negara org yg sejukkk, tp bila dkt negara org, rasa sesak nafas, terus nak balik, kerana tiada yang lain di hatiku, buat masa ni la...xtahu la kut-kut lepas ni terasa nak migrate. hehe. 


ok, disebabkan kekangan kewangan yang sangatlah menyesakkan dada, kami yang berpendapatan suami isteri (bila digabungkan) mencapai 5 angka pun TERASSSAAAA sangat tau... itu anak baru dua org je, kecik-kecik lagi tu, belum masuk sekolah pun lagi.. so saya sangat tak dapat nak bayangkan kalau pendapatan isi rumah bawah daripada RM5k dan ada anak-anak yang bersekolah...terutamanya kalau duduk di bandaraya, macam Kuala Lumpur ni..susah nak bayangkan. kesian rakyat marhaen macam kita ni kan? ....TETAPI...

Alhamdulillah, nasib saya baik dan saya rasa beruntung sangat-sangat kerana ditakdirkan dan diberikan peluang oleh Allah swt untuk gerakkan hati saya buat bisnes Shaklee... walaupun secara sambilan sahaja, cukup bermakna bagi saya, dengan Shaklee la saya boleh bayar gaji Bibik, dengan Shaklee saya boleh bantu suami sediakan barang dapur, bayar itu ini dan tidak terasa sangat dengan kenaikan harga barang... walaupun memang mahal kos sara hidup sekarang ni, saya rasa saya masih boleh bertahan lagi dan masih boleh survive.. sebab tu lah, bila orang tanya "dah ada keje tetap gaji beribu-ribu pun nak berniaga Shaklee?"... ye, memang saya rasa sangat-sangat perlu. dan saya rasa sangat-sangat bertuah kerana dapat tunjuk ajar daripada leaders kami dlm Shaklee yang memang tak putus-putus bagi tips dan motivasi.. Berniaga ni bukan senang, pasti ada cabarannya, pasti ada naik turunnya, tetapi itu bukanlah isunya, tetapi macam mana kita atasi isu tersebut dan bagaimana kita survive.... 

Anda ingin menjana side income dan jadi ahli Shaklee bersama saya?? puan-puan dan tuan-tuan boleh hubungi saya 019-2177110 (Puan Adila), mohon sms atau whatsapp ye, sy jarang jawab call kalau nombor tak dikenali.. atau boleh email ke nurruadila@gmail.com. Saya akan tunjukkan caranya dan sama-sama kita keluar daripada kekangan kewangan yang makin menyesakkan dada ni...






You Might Also Like

0 comments