Day 5: what are your top 5 songs of all time??? | 30 days entry challenge

yuhuuuu..... day 5! dan sepatutnya entry ni ditulis pada hari Jumaat lepas, bertarikh 13 Disember 2013.. dan seperti biasa, saya akan setkan date entry ini pada tarikh berkenaan, hehehe..

apa cerita topic untuk Day 5 ni ye? jomm terjah.. 

day 5: what are your top 5 songs of all time???

untuk makluman semua, saya adalah merupakan seorang yang sangat-sangat gemar menyanyi dan sangat-sangat gemar menghayati lagu dan arrangement muzik lah yang biasanya akan menangkap telinga dan terus melekat di hati saya..kemudian, barulah saya akan terus menjurus kepada liriknya... dan biasanya lagu dan arrangement muzik yang bagus pastinya akan mempunyai lirik yang sangat bagus dan sangat mendalam... chewaah... ok tanpa membuang masa, jom kita tengok 5 lagu favorite saya. bila dengar lagu-lagu ini pastinya akan buat saya "terkedu" dan akan terus "teringatkan seseorang" tak kiralah siapa je, suami tersayang, anak-anak, ibu bapa, kawan-kawan...dan bila hayati lirik dan lagunya tu mmg boleh buat menitis air mata.... jiwang rupa-rupanya saya ni, di mulut je selalu ckp "jiwa kental"..rupa-rupanya "tangkap lelehhhh"... 


TOP 1# A Thousand Years - by Christina Perri 

lagu ni soundtrack untuk movie Twilight, sebagaimana saya sangat-sangat sukakan lagu A Thousand Years ni, saya juga sangat suka tengok movie Twilight.. lagu ni buat saya terbayang wajah suami saya dan akan buatkan saya tersenyum sendiri.... oh i'll love you for a thousand year...siap letak lirik kat bawah, hehe :)




Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow
One step closer

I have died every day
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

Time stands still
beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this
One step closer



TOP 2# Sedetik Lebih - by Anuar Zain

I love bang Nuar Zen!!! sebenarnya semua lagu Anuar Zain saya tangkap jiwang, tapi yang paling-paling menusuk kalbu adalah lagu ini! Sedetik Lebih... entahlah kenapa, bila dengar lagu ni, saya akan terbayangkan anak-anak saya dan betapa saya sangat-sangat menyayangi mereka berdua...sehingga akhir hayat saya.... uhuk uhuk... sebakkk... cuba korang dengar lagu ni dan masukkan wajah anak-anak dalam minda masa dengar tu...agak-agak "terkesan" tak?





TOP 3# Terukir di Bintang - by Yuna

Saya kagum dengan Yuna. Bakat dia semulajadi dan tak dapat disangkal lagi. Saya suka kesemua lagu Yuna yang unik dan best utk didengar. Ringan arrangement muziknya dan buatkan kita rileks... lagu Terukir di Bintang ni buat pertama kalinya saya dengar ketika Yuna mempersembahkan lagu ni masa majlis perkahwinan adik lelaki saya tahun 2011 lepas. Masa tu lagu ni belum ada dalam album lagi dan kata Yuna, itulah pertama kali dia persembahkan kepada audiences. Mula-mula dengar lagu ni mmg terus suka. niceee sangat... btw, Yuna ni roomate adik ipar saya ketika study di UiTM Shah Alam, lawyer dia ni sebenarnya.. so bila dengar lagu ni, saya akan teringat majlis perkahwinan tu dan semua ahli keluarga kami.. :)




TOP 4# Tentang Kita - by Peterpan

Lagu Tentang Kita ni sangatlah evergreen, kalau dengar memang akan teringat kat semua org, memang akan terkenang semua peristiwa, dan biasanya mmg akan terkenang peristiwa baik yang best mahupun yang tak best dan kekal dalam memori..... huhuhu sedih pun ada bila dengar lagu ni...




TOP 5# Wishing & Hoping - soundtrack movie My Best Friend's Wedding

Movie yang paling-paling saya suka adalah My Best Friend's Wedding dan saya sangat-sangat suka lagu Wishing & Hoping yang diorang nyanyi ketika permulaan movie ni.. boleh tgk link yang saya sediakan kat bawah ni.. soooo cuteee and bila saya dengar lagu ni, saya akan teringat akan movie ni dan rinduuuuu nak tengokkk.... walaupun dh bertahun, tetap menjadi favourite ever! seriusss! :)




OK tak list kat atas ni ye? hehehe... apa-apahal pun masing-masing ada taste yang tersendiri dan saya memang kurang gemarkan lagu rancak sangat atau bunyi muzik yang lebih drp 3 alat muzik... cool is it? hehehe... :)

sampai ketemu lagi utk entry seterusnya...

JOM baca kisah saya:


TQ for reading my entry.. :)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!