day 4: All about your parents | 30 days entry challenge

12/12/2013

haha..dh masuk hari ke-4 tetapi tengok-tengok saya delay update blog.. gagal di situ, tapi takpe, disebabkan adanya teknologi, nnti lepas habis entry ni ditulis, jom kita setkan date 12 December 2013 (keji tak main tipu, haha).. ok, jom kita tgk ape topic day 4 yang saya kena tulis hari ni ye? 
day 4: All about your parents
kenalkan, inilah ma dan abah saya, insan yang melahirkan saya dan membesarkan saya dengan sangat baik!

Ma & Abah MommieSafiyyah

Abah

kali ni giliran untuk saya bercerita mengenai kedua-dua ibu bapa saya yang disayangi. Bapa saya bernama Ibrahim bin Mat Ali, dilahirkan pada 5 Jun 1956 dan sekarang ni berumur 57 tahun. Abah saya ni seorang guru, mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, Besut, Terengganu. Tahun depan abah akan mula berpencen dan katanya bolehlah dia melawat cucu-cucu dia yang makin ramai tu tanpa ada kekangan "sekolah" kerana akan bercuti sepanjang tahun. Abah saya ni sgtlah tegas orangnya. Masa kami adik beradik kecik-kecik dulu, memang takut dengan abah. Kalau ma kejut bangun tido berpuluh kali pun masih tarik selimut, tp kalau abah kejut, dia cuma perlu panggil "kak long!", terus saya akan bingkas bangun terjun katil siap. haha.. mmg takut perit dgn abah masa kecil-kecil dulu.


Abah saya

Dulu masa saya darjah 1 dan darjah 3, abah saya pernah mengajar saya dekat sekolah. Kenangan yang paling xdapat saya lupakan, masa Darjah 1, saya ni nakal budaknya. Ada suatu hari tu, saya kena buat latihan dlm kelas yang kena gunting dan tampal balik dalam buku. nak dijadikan cerita, gambar yang saya perlu tampal dah koyak sebab over letak gam. Pastu, saya pun cuba merampas kwn punya gambar dan tampal dalam buku saya, time tu abah yang mengajar subjek tu, kufikirkan, disebabkan daku ni anak cikgu, mestilah abah tak marah. Tengok-tengok, lain jadinya, saya kena rotan dengan pembaris di tapak tangan dan kena pulas telinga sebab amek org punya! hahaha... itulah pengajaran yang pertama dan sejak itu saya dh tak buat lagi dah.. 

Kenangan yang kedua, masa saya Darjah 3, abah mengajar subjek matematik. Ya Allah Ya Tuhanku, saya ni memang sangatlah 'bengap' sifir masa tu, saya tak dpt nak hafal apa-apa sifir dan setiap kali kelas matematik dengan abah saya, sayalah org pertama yang kena berdiri atas kerusi sebab tak ingat sifir... sifir yang paling susah saya nak hafal adalah sifir 3. haha.. dahlah dekat sekolah kena berdiri atas kerusi, balik rumah siap kena baca dan hafal sifir dan kalau salah, kena rotan dekat betis. Abah sangat tegas mengajar kami adik beradik dan hasilnya, kami jadi insan berguna sekarang ni. 

Bila dah mula masuk sekolah menengah dan saya berjaya masuk ke MRSM, Abah dah tak garang mcm kecik-kecik dulu lagi dah, cuma tegas tu masih ada. dan saya rasa memang saya 'menurun' abah bab tegas ni. Kalau dia kata "no" makanya "no" la jawapannya smpai bila-bila. Masa kita kecik/remaja, kami selalu rasa mcm tak faham kenapa abah sangat tegas dan selalu ada "no". Sejak kecil smpai besar, saya tidak pernah merasa main hujan. Sejak kecik smpai besar, kami adik beradik tak pernah ada mainan. Sejak kecik hingga besar, kami tak pernah berpeluang mandi laut. Sejak kecik kami memang disuruh hafal sifir dan setiap hari abah akan semak buku sekolah.. Sejak kecil hingga besar, kami tidak dibenarkan keluar ke tanah/rumah tanpa memakai selipar..abah kata "nanti cacing masuk ikut kaki", which is saya percaya sehingga ke tua ni ha... 

Abah dengan Safiyyah & Syahmi

Bila dah besar panjang, ada anak sendiri, barulah saya mula memahami betapa abah sayangkan kami adik beradik, kerana dia taknak anak-anak dia ditimpa apa-apa sakit. walaupun dia sangat tegas, tetapi dia sangat mengambil berat tentang kami adik beradik...sehingga sekarang saya mula terikut-ikut dengan cara abah mendidik anak, yang paling ketara ialah, saya sgt3 jarang belikan anak-anak saya mainan. mainan cuma diberi masa diorang umur 6-10 bulan (teething) dan utk melatih kemahiran otak.. dan sama lah dengan abah sekarang ni, tidak pernah dibelikan mainan utk cucu cucunya, tetapi dibelikannya buku dan diajar satu persatu.. :)


Ma

Ma saya

Ok, sekarang cerita pasal ma saya pula. Ma saya bernama Nasipah binti C.Jusoh, dilahirkan pada 11 Jun 1962. Ma tak keje, dia memang surirumah sejak sebelum kawen. Ma saya seorang yang pandai memasak, kdg2 saya selalu bawa dia pergi makan kat mana-mana dan suruh dia try dan cuba masak balik kat rumah. kemahiran dia yang satu ni tidak pula diwarisi oleh anaknya ni, hahaha.... masa saya kecil dan remaja, ma memang xpernah suruh buat keje rumah. masa kecil, alasan saya kecik lagi, masa dh remaja, alasannya sebab saya duduk asrama dan balik rumah adalah utk rehat dan makan sedap-sedap.. kekeke... walaupun saya ni tak pandai memasak dan xmembantu sangat hal ehwal rumah tangga, tetapi saya ada satu habit yang saya suka amalkan iaitu "teman mak saya memasak kat dapur tp tak buat apa-apa selain daripada bersembang"...kahkahkah... ye, saya sangat suka bersembang, bergosip dengan ma saya. macam-macam cerita kami boleh sembang. saya ni anak pertama daripada 5 org adik beradik, so kadang-kadang saya menjadi tempat ma meluah perasaan, lebih-lebih lagi bila dh besar panjang ni... hehehe

Ma juga tempat saya mengadu masalah, kdg-kdg kalau sengkek tak cukup duit pun tanpa segan silu saya bisik dan cerita kat ma saya, kdg-kdg siap suruh ma jadi perantara antara saya dengan abah sebab takut nak bagitau. hihihi.... :) jangan tak percaya, sampai saya besar panjang pun masih pow duit abah jugak, ade aje la halnya tu, nak bayar d/payment kereta, pinjam duit abah, nak bayar d/payment rumah, pinjam duit abah, nak bayar yg adboc tetiba je tu pun pinjam duit abah, dan ma adalah tukang cakap. kahkahkah... :)

Setiap kali nak exam atau nak hadapi apa-apa peristiwa besar, saya akan minta Ma tolong doakan. Kejayaan saya setakat ni bersama Shaklee juga hasil daripada doa ma yang tak putus-putus untuk anaknya ni. Tanpa beliau, siapalah saya dan doa yang paling diterima Allah swt, adalah doa ibu... sungguh! walaupun saya selalu ponteng kelas masa kat Universiti, dekat Sekolah, saya masih lulus dengan baik dan saya sangat yakin ianya adalah hasil daripada doa seorang ibu... kan? 

Oh ya, lupe nak bagitau, mak saya ni adalah pelanggan setia Shaklee saya. Nak tanya apa-apa testimoni pasal produk, boleh tanya dia, sebab dia dh makan dan cuba kesemuanya... hehehe dialah yang selalu memberikan semangat dan dia juga "bahan eksperimen" saya.. hihi.. Ma ada penyakit darah tinggi dan aritu dia bgtau tahap kolesterol dia di tahap membimbangkan.. Alhamdulillah, hasil pemakanan supplemen Shaklee, tekanan darah ma semakin normal dan tahap kolesterol juga telah kembali normal. sebab tu la saya sangat sayangkan Shaklee kerana banyak membantu memulihkan kesihatan kami sekeluarga...

Abah, Ma dan Yuna masa kenduri kawen adik

Saya doakan Ma dan Abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu dan dilimpahi rahmat Allah swt.. kalau nak cerita pasal mereka berdua, smpai esok pun tak habis rasanya entry ni.. sampai ketemu lagi, nanti kalau ada peluang dan ruang, saya cerita lagi berkenaan kedua-dua mereka...Insyaallah.. :)

Day 1
Day 2
Day 3

Jom LIKE fanpage saya: Mommiesafiyyah.com

You Might Also Like

0 comments