BLOGGER PRIHATIN | 3 ribu telekung diperlukan!!

12/18/2013

KEMPEN KUMPUL 3 RIBU TELEKUNG dalam masa SEMINGGU!





Tadi saya ada terbaca entry daripada blogger prihatin Mak Dara mengenai rakan beliau yang sedang dalam usaha mengumpul sebanyak 3 RIBU TELEKUNG untuk didermakan kepada mangsa banjir di pantai timur. Boleh tengok printscreen di bawah:




Jom sama-sama kita membantu mereka menjayakan usaha untuk mendermakan telekung bermula 16 Dec hingga 23 Dec 2013. Untuk membantu, anda boleh terus hubungi pm/whatsap Sheta Rahman di talian 0126845088 / 0122965279 atau boleh terus masuk ke event ini dekat FB menggunakan link ini: SILA KLIK --> Event 3Ribu Telekung

Untuk makluman, Mak Dara juga akan turut membuat membuat kutipan bagi telekung ini untuk diserahkan kepada Sheta Rahman. 

Kepada Blogger yang tinggal disekitar Setapak atau Wangsa Maju yang ingin mendermakan telekung anda bolehlah bertemu mereka di restoran NZ Lama (bersebelahan KFC) pada 19hb Disember 2013 (Khamis) pada jam 6 petang hingga 8 malam.  

"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."~ al-Baqarah ayat 261"

Insyaallah... marilah sama-sama kita membantu mereka. JOM DONATE!

You Might Also Like

6 comments

  1. terima kasih share mommie. semoga dipermudahkan urusan mereka ya mommie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..kita sama-sama doakan.. :)

      Delete
  2. Terima Kasih kerana sudi share Projek Prihatin ini.. Moga niat kita mmbantu mangsa banjir ini diberkati dan dipermudahkanNya. aminn.

    ReplyDelete