5 kandungan BAHAYA dalam MINUMAN BERKARBONAT!

12/10/2013


Saya tertarik nak share mengenai entry Dr.Malinda mengenai Bahaya minum air berkarbonat. Jom sama-sama kita semak apa dia yang dimaksudkan oleh Dr.Malinda mengenai 5 kandungan dalam air berkarbonat yang sangat berbahaya untuk kesihatan.







Apa yang ada dalam minuman berkarbonat ini?


1) Gula yang Tinggi
2) Pewarna & Perasa Tiruan (Caramel colouring)
3) Garam (Sodium)

Umum ramai yang mengetahui bahawa bahan-bahan di atas boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti Obesiti, Diabetes, Hypertension & Cancer.

Perhatikan situasi ini. Apabila kita meminum air berkarbonat, benarkah perkara-perkara seperti berikut akan terjadi??

- rasa perit apabila gas naik ke hidung?
- Gigi rasa macam ada satu 'selaput'?
- Lidah rasa 'masam-masam'skit & bernau menusuk ke hidung?
- Rasa seolah 'mencucuk-cucuk' di tekak bila minum?

Apakah yang menyebabkan perkara ini terjadi?? 




Keadaan di atas disebabkan kandungan :

4) CARBONIC ACID
5) PHOSPHORIC ACID

Kesan kedua-dua asid ini pada tubuh badan:
  • Menghakis Enamel Gigi
  • Mengakibatkan kebocoran calsium dari tulang - Osteoporosis
  • Merosakkan sel-sel buah pinggang
(kandungan Phosphorus yang tinggi)

FAKTA yang sangat mengejutkan:

PHOSPHORIC ACID - adalah salah satu bahan yang banyak digunakan dalam industri pembuatan Baja, Racun perosak, Bahan Pencuci & Ubat-ubatan.

Tahukah anda, ia juga digunakan dalam Industri Steel - sebagai bahan pencuci dan bahan kalis karat! Huh??

Taknak sayang diri sendiri tak mengapa...tetapi sayangilah diri sendiri untuk mereka yang tersayang. Jaga kesihatan kita untuk membolehkan kita menjaga mereka yang tersayang dengan sebaik mungkin. Pesanan saya lagi, jangan berikan anak-anak anda MINUM BAHAN PENCUCI ini!

You Might Also Like

3 comments

  1. Kanak-kanak memang mengemari air dalam tin berkarbonat ni...saya melarang anak2 minum, tapi semua tahu kanak-kanak memang tak boleh disekat apabila mereka mahu. Terpaksalah mengalah, tapi minum bukan untuk setiap masa tapi bagi mereka sekali-sekala aja.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tinggalkan minuman bikarbonat ni , gula tinggi kan ...

    ReplyDelete
  3. Sakit hatinya kita tak nak bagi, tegas, tapi orang 'luar' sebok nak bagi juga..kuang ajar kot

    ReplyDelete