the REAL Happy Meals | untuk menangani stress dan kemurungan

letih kalau stress kan? bila mana kita stress, otak akan rasa letih, badan terasa penatnya...perasaan, emosi rasa terganggu, rasa nak marah org, rasa nak menangis, rasa nak menjerit, rasa mcm nak lari jauh je drp tempat yang kita berada skrg tu kan? kalau masa tu ada kat KL, rasa mcm nak lari jauh smpai ke London, sorang-sorang, layan perasaan.. betul tak? hehe, biasalah tu, adatlah, manusia mmg akan selalu stress, dengan byk perkara, dgn keje ofis, dgn mslh anak buah kat pejabat, stress dengan dateline, stress dengan mcm-mcm lagi. so apa yang boleh kita buat untuk menggembirakan hati yang sedang stress? 



cara yang terbaik adalah luahkan perasaan dan berceritalah dengan Allah swt.... dgn pasangan, dgn mak ayah, dgn kawan-kawan. kan? pagi tadi saya terbaca satu artikel mengenai makanan untuk rasa gembira. artikel ni ada dalam majalah i Sihat Oktober 2013. artikel ini pula dipetik daripada buku, The Happiness Diet yang diperjelaskan oleh Dr.Drew Ramsay. kata Dr. Ramsey, pilihan makanan akan menentukan kesihatan minda. dan katanya lagi, mengambil makanan berasaskan warna pelangi bukan sahaja untuk awet muda dan tubuh sihat, tetapi juga merangsang sel otak dan rasa gembira. Jom kita semak tujuh (7) makanan untuk rasa gembira!


1. Bunga Kubis Ungu


Bunga kubis ungu kaya dengan vitamin B6 dan asid folik yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamin. Paras serotonin yang rendah sering ditemui pada pesakit yang murung.


2. Kacang Walnut


Walnut tinggi dengan asid oleik yang secara jelas dikaitkan dengan penurunan risiko depresi selain membantu penghadaman.


3. Tiram



Tiram Afrodisiak ini hadir dengan kandungan vitamin B12 yang cukup tinggi berperanan melindungi myelin - bahan yang menebat sel otak. Kehadirannya penting untuk membolehkan neuron berhubungan antara satu sama lain, yang menjadi asas untuk anda berfikir dan membuat keputusan.


4. Kacang Merah



Selain merupakan antioksidan yang lebih kuat berbanding beri biru, kacang merah kaya dengan zat besi yang penting bagi mengelakkan gangguan otak.


5. Ikan bilis


Ikan bilis kaya dengan DHA, iaitu lemak omega-3 yang paling banyak terdapat dalam otak. Otak kita menggunakannya untuk menghasilkan hormon yang mencegah keradangan dan melindungi sel otak sewaktu anda stress. Paras yang rendah dikaitkan dengan kemurungan, gangguan bipolar dan ADHD.


6. Ubi manis



Akar yang berwarna oren ini mengandungi lebih banyak beta karoten berbanding lobak merah - vitamin yang dikaitkan dengan penurunan risiko demensia (nyanyuk). Ia juga kaya dengan B6, kompaun yang semakin banyak digunakan untuk merawat emosi gangguan emosi.


7. Yogurt penuh lemak



di samping probiotik, yogurt dikesan menunjukkan pengurangan aktiviti sel otak yang dikaitkan dengan kerisauan. Versi rendah lemak ternyata tidak memadai kerana kandungan lemak dalam yogurt akan bertindak sebagai perangsang otak yang sihat.


TETAPI, kalau dalam sehari tu tak dapat nak makan makanan Happy Meals ni, apa cara yang paling mudah untuk mengelakkan stress dan kemurungan?? haaaa...... mestilah nak kena promote produk Shaklee yang sgt best iaitu B-COMPLEX Shaklee!


B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Compleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Salah satu manfaat utama B-Complex adalah melawan tekanan, iaitu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia....
Cara pengambilan: 
B-Complex biasanya diambil sebiji setiap hari dan biasanya disarankan untuk diambil pada waktu pagi iaitu selepas sarapan pagi. Ini membolehkan B-Complex melaksanakan tugas untuk menukar makanan kepada tenaga, membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengatasi masalah keletihan dan kelesuan. Oleh itu, hari anda penuh tenaga dan tiada kemurungan! :)

Walau bagaimanapun, cara yang paling afdal dan berkesan untuk mengatasi stress adalah dengan mendirikan solat, apabila berasa sangat tertekan, maka ambillah wudhu' dan tunaikanlah solat... :)




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!