Cara Menyediakan Infusion Drink untuk Kurus dan Detoks Secara Semulajadi

Mahu kurus dengan cepat? Penyelesaiannya mudah iaitu senaman. Menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses penurunan berat badan. Namun tidak seronok pula bersenam tanpa diselang-selikan dengan pe­ngambilan makanan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara menyediakan minuman Infusion (Infused water / infusion drink) yang sangat bagus untuk kurus dan detoks secara semulajadi. 

Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbit­kan 25 tahun lalu.
Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pe­ngambilan makananMenurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh.
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan."
“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkat­kan lagi sensitiviti insulin."
“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.

Macam mana resipi minuman ini tersebut??
Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana

1 limau gedang ­(potong nipis)

1 limau nipis (potong nipis)

1 lemon (potong nipis)

1 oren (potong nipis)

1 timun (potong separuh dan nipis)

Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)

Ais

Air kosong

Cara-caranya:

 1. SEDIAKAN bahan.

2. HIRIS nipis semua buah-buahan. Susunkan ke dalam botol.

3. CAMPURKAN setengah sudu kecil madu.

4. PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais.

5. TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh.

6. SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. Sedia dinikmati.

Walaubagaimanapun adalah penting untuk menyeimbangkan senaman dan diet dalam aktiviti harian.
“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak. 
“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.  
Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya.


WOW! sangat mudah dan nampak sungguh YUMMY kan? JOMLAH cuba! saya pun rasa mcm nak cuba juga ni..  :)

##article ni dipetik daripada Harian Metro, 30 Sept 2013.

Tapi... saya ada satu cara lagi yang boleh bantu kuruskan badan selain daripada amalkan minuman infusion ni.. Jom tengok dulu pengalaman rakan saya sendiri, yang dah berjaya kurangkan berat badan sehingga 20kg!!

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.



11 comments

Ibu menyusu boleh ke?

Reply

Insyaallah boleh puan Nurul. Tak ada masalah. Minuman ini tidak menggangu susu badan Insyaallah.. :)

Reply

Salam. Buat hari2 kan? Klau air da minum semua, blh je nk mkn buah2 tu kan?

Reply

tq dear. Ini pun saya ambil drp article lain juga. :)

Reply

Wah..nampak menyelerakan je...

Reply

Lemon n limau tak payah perah ke kak?

Reply

Tak perlu sis sue :) Masukkan macam tu je.

Reply

Cubalah sis Haliza.. :)

Reply

Botol tu kene berape ml?air tu than berape hari?

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!