be part of them | UNICEF | show your support

semalam, semasa sedang dalam perjalanan nak kembali ke ofis selepas habis mesyuarat, saya diminta oleh volunteers UNICEF untuk tandatangan satu board putih bagi menunjukkan tanda support kepada kanak-kanan di seluruh dunia. semasa saya tandatangan tu, saya bertanya "apa yang boleh saya sumbangkan melalui tandatangan ini? support mcm mana?" maka...bercerita lah volunteer UNICEF tu kepada saya mengenai apa itu UNICEF, apa yang diorang buat bagi membantu kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia. Kesimpulannya, UNICEF ni ingin membantu mengembalikan HAK KANAK-KANAK seluruh dunia, hak untuk mendapat pendidikan, hak untuk mendapat kesihatan, hak untuk dilindungi dan disayangi dan sebagainya. 

hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai UNICEF, to create awareness bahawa ada pertubuhan yang bertindak membantu kanak-kanak di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Disebabkan UNICEF adalah UNIVERSAL, mesti ada yg bertanya kenapa nak bg sumbangan kepada 'org bukan Islam?'.. believe it or not, ini adalah mindset sesetengah org di Malaysia ni. tetapi, suka saya nak ingatkan bahawa KANAK-KANAK adalah ahli SYURGA, tak kiralah dia berbangsa apa dan beragama apa. kenapa nak pertikaikan sumbangan yang kita berikan? dan sememangnya besar pahalanya untuk mereka yang berbakti kepada kanak-kanak. sayangilah mereka, walau kita berbeza agama dan bangsa. 





Banyak aktiviti dan program yang UNICEF laksanakan tau, contohnya UNICEF fight utk majikan sediakan bilik nursing room for breastfeeding mothers, UNICEF fight utk organisasi sediakan pusat jagaan untuk kanak-kanak di tempat kerja dan UNICEF juga tidak ketinggalan dalam membantu kanak-kanak di Syria.. Macam mana kita nak menunjukkan support kepada mereka? salah satu caranya adalah melalui DONATION, sumbangan anda sangat-sangatlah dia dialu-alukan untuk menambah dana mereka, tetapi sekiranya tak mampu, boleh jd supporters melalui ruang siber ini, war-warkan mengenai program yang UNICEF laksanakan, yg mungkin sesetengah drp kita tak aware langsung, kan? berikut adalah contoh program yang diadakan oleh UNICEF:

UNICEF sangat menitik beratkan mengenai HAK kanak-kanak.. salah satunya adalah penyediaan kemudahan untuk nursing mothers di tempat kerja. Saya cukup menyokong program seperti ini.. 


UNICEF fight utk program ini




 Tahukah anda? UNICEF juga menyediakan tabung dana untuk membantu kanak-kanak di Syria??


KINI, anda boleh turut sama menyumbang kepada kanak-kanak di Syria melalui sumbangan jenis "one-time gift"... anda boleh lawati website www.unicef.org/malaysia sekiranya berminat untuk turut sama membantu kanak-kanak di Syria, Malaysia, mahupun di seluruh dunia.

sumbangan untuk kanak-kanak di Syria

JOM SAMA-SAMA MEMBANTU, be a part of UNICEF and give full support to them...

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!