tidur sekejap di waktu siang mampu memberi manfaat yang BAIK untuk anda!

Anda bekerja di pejabat, selalu merasa penat, tetapi selalu merasa bersalah untuk tidur sekejap di waktu tengahari? Tahukah anda, tidur sekejap di waktu siang memberikan lebih banyak kebaikan kepada kita? Biasanya di pejabat, saya akan mengambil masa selama 15 - 20 minit untuk tidur sekejap ketika waktu lunch hour, sebelum masuk waktu Zuhur. Alhamdulillah, badan rasa lebih segar dan fikiran lebih cerdas, cumanya jangan overdose tidur. Jangan pula bantai tidur je sepanjang tempoh waktu rehat tu, nanti anda rasa letih dan pening kepala pula.. :)

Jom kita baca apa kelebihan dan apa faedah tidur sekejap di waktu siang.

syok kalau dapat tido macam ni... hehe

Tidur sekejap pada waktu siang (napping) didapati boleh memberikan faedah kepada fisiologi dan psikologi kita. Tahukah anda, tidur siang selama 20 - 45 minit boleh membantu menyegarkan fikiran, meningkatkan kecerdasan secara keseluruhan, meningkatkan mood dan meningkatkan produktiviti. Tidur sekejap juga boleh memberi manfaat kepada jantung. Dalam satu kajian di Greek, penyelidik mendapati bahawa lelaki yang tidur sekejap di waktu siang, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu mempunyai risiko 37 peratus lebih rendah daripada kematian yang berkaitan dengan jantung! wahh menakjubkan kan? Napping juga boleh melegakan sakit kepala dan satu kajian daripada NASA yang diketuai oleh David F. Dinges, iaitu profesor di Universiti Pennsylvania Sekolah Perubatan, mendapati bahawa napping boleh meningkatkan fungsi ingatan tertentu. 

Kajian sains juga menunjukkan ada banyak kelebihan dalam tempoh napping ini di antaranya ia boleh meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan motor. Tempoh tidur singkat akan meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan motor seperti menaip atau bermain piano. Tidur di antara  30 hingga 60 minit (Slow Wave Sleep) adalah bagus untuk skil dalam membuat keputusan. Rapid Eye Movement (REM) dalam tidur di antara 30-60 minit itu dipercayai membantu dalam pembentukan sel-sel berhubung di dalam otak dan juga membantu menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif. Menarik fakta ini bukan? 

teringat Syahmi, dia memang tidur ngan saya macam ni, siang dan malam. hahaha :)


Berikut ini manfaat luar biasa tidur sekejap di waktu siang untuk kesihatan anda :

  • Tidur siang ternyata mampu meningkatkan daya ingatan otak anda. 

  • Tidur siang ternyata mampu meningkatkan produktiviti kerja. Oleh kerana itulah, bagi anda yang sering mengalami kekurangan tenaga dan keletihan fikiran setelah bekerja disarankan untuk tidur siang agar produktiviti kerja anda meningkat.

  • Tidur siang ternyata mampu mengatasi masalah insomnia atau gejala susah tidur. Kajian yang dilakukan pada tahun 2011 menegaskan bahawa tidur siang akan membuat penderita insomnia jadi lebih segar. Ini adalah kerana penderita insomnia dapat berehat secukupnya.

  • Tidur siang ternyata membantu menurunkan kadar stress yang anda miliki. Kajian menunjukkan bahawa hormon stress akan mengalami penurunan setelah anda tidur siang, terutamanya bagi anda yang kurang nyenyak tidur di waktu malam.

  • Tidur siang ternyata mampu mencegah penyakit jantung. Tidur siang selama 20-40 minit setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit jantung serta strok. Kajian yang dilakukan oleh orang Yunani mendapati bahawa orang yang tidur siang selama 30 minit selama 3 kali dalam waktu seminggu mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 37%. Berdasarkan penelitan tersebut, tidur siang yang sihat yang dimaksudkan adalah di antara pukul 1 hingga 3ptg selama tak lebih dari 45 minit. Jika tempohnya lebih dari waktu tersebut akan menyebabkan kepala berat ketika anda bangun tidur. 

Sebenarnya amalan tidur sekejap/singkat di waktu siang ini adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam bahasa Arabnya dipanggil "Qailulah". Dalam salah satu hadis Rasulullah:
"Berqailulah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah" (Abu Naim didalam Al-Tibb).
jom tidur sekejap.. 



Wallahuallam.. :)



Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!