Saham Akhirat | Hospital Beyond Boundaries (HBB)

9/26/2013

SEDEKAH adalah satu amalan yang amat dituntut dalam Islam namun tidak ramai yang berminat berbuat demikian kerana pelbagai faktor, antaranya terlalu sayangkan hartaBanyak ayat dalam al-Quran yang menerangkan mengenai kebaikan bersedekah dan menginfakkan harta mereka untuk agama. Malah, Allah menjanjikan ganjaran berlipat ganda, cuma kadangkala manusia tidak nampak pahala atau balasan itu, mungkin diberikan segera atau di masa depan. 

Allah berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 3) Orang yang bertakwa itu cirinya yang pertama percaya yang ghaib, kedua mendirikan solat dan ketiga bersedekah dan menginfakkan harta yang Allah rezekikan kepadanya.
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w menceritakan kelebihan sedekah jariah, “Apabila matinya anak Adam, terputus segala amalannya kecuali tiga, sedekah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan.” (Riwayat Imam Muslim) Sedekah mendapat jaminan akhirat iaitu jaminan pahala berterusan kepada pelakunya bukan yang wajib sahaja tetapi juga yang sunat.
Rasulullah pernah bersumpah dengan harta sedekah yang bermaksud: “Tiga perkara yang aku bersumpah atas ketiganya: Tidak berkurang harta kerana sedekah, tidak teraniaya seorang hamba dangan aniaya yang dia sabar ke atasnya melainkan Allah anugerahkan kepadanya kemuliaan dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan (mengemis) melainkan Allah membukakan ke atasnya pintu kefakiran.” (riwayat Imam Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) Allah memberi jaminan kepada harta yang dikeluarkan untuk menderma ini, balasan dunianya bukanlah sahaja kepada orang Islam...

Namun, ramai gagal menunaikan tanggungjawab itu kerana beranggapan ia hukumnya sunat dari sudut fekah iaitu kita mendapat pahala apabila melaksanakannya dan tidak berdosa jika terlepas pandang...
________________________________________________

Pagi ini, saya terbaca mengenai cadangan penubuhan Hospital Beyond Boundaries (HBB) ni daripada blogger famous Fatin Liyana, seorang doktor perubatan di HKL kalau tak salah saya. Mengikut apa yang diceritakan oleh Fatin Liyana, member dia sedang mengusahakan untuk membina hospital di Cambodia. Mengikut cerita FL mengenai cadangan member dia ni, katanya member dia came out dengan idea ni lepas cuba duduk selama sebulan di tempat paling miskin di Cambodia dan cuba merasa sendiri macam mana hidup dengan golongan fakir miskin. Dekat sana tiada hospital mahupun ubat-ubatan langsung, sampaikan kalau sakit, tunggu masa nak mati sahaja. Sedih gila ni, dan alhamdulillah member FL ni membuat cadangan untuk membina hospital kepada yang benar-benar memerlukan. 

review mengenai project ini

boleh terjah website diorang ni: www.hbb.org.my

Mengikut cerita daripada FL, project ni dah berdaftar di bawah NGO. Sekarang ni mereka mempunyai banyak volunteers. Alhamdulillah company besar macam Maybank pon ada bagi sumbangan dalam bentuk wang ringgit. Sekarang ini HBB dah ada satu building di Cambodia, cuma tengah kumpul dana untuk beli bangunan itu.





Oleh itu, saya juga terpanggil untuk spread the words dan menyebarkan mengenai perkara ini dan sekiranya ada di kalangan pembaca yang budiman dapat menginfakkan sedikit rezeki yang diperolehi kepada pertubuhan ini, alangkah baiknya... dan dalam pada masa yang sama kita dapat mengumpul saham akhirat dan pahala yang berterusan. Bayangkanlah, dengan sumbangan yang kita sedekahkan, hospital ini dapat dibina dan beroperasi dengan baik dan berjaya membantu mereka yang memerlukan di sana, insyaAllah pasti ada ganjaran buat kita semua. 

Sumbangan anda boleh diberikan melalui maklumat seperti di bawah:


Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah).

Jom sama-sama mengejar pahala berterusan. InsyaAllah. 


You Might Also Like

0 comments