Kenali CoQ10 - apa itu koenzim Q10 dan apa fungsinya?

9/09/2013

Tahukah anda, penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi kematian berpunca daripada kanser. menurut statististik yang dieluarkan oleh WHO, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok! Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini dapat dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil supplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada supplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

Apakah Coenzym Q10??

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan boleh didapati dalam semua bahagian tubuh dan bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisma tenaga. CoQ10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, ia lebih banyak ditemui dalam organ-organ yang bekerja lebih keras seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini. 

CoQ10 hadir secara semulajadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh badan. kekurangan CoQ10 boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosintesi CoQ10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor yang dinyatakan tersebut. Banyak kajian yang telah mengaitkan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan kekurangan CoQ10 di mana masalah ini dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain. 

sayangi  JANTUNG anda!

Manfaat CoQ10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal dan kajian turut mencadangkan agar CoQ10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Untuk makluman, di Jepun, CoQ10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini. Coq10 telah terbukti dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki perdearan darah ke seluruh badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangangi masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini adalah penting untuk menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung. 

Kekurangan CoQ10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap hipertensi (hypertension). Ujian klinikal telah membuktikan bahawa pengambilan CoQ10 di kalangan penghidap hypertension mampu menstabilkan tekanan darah. Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami sekiranya kekurangan CoQ10 dalam badan. 

Perbandingan sel yang dilindungi oleh antioksidan seperti CoQ10

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Berikut adalah jumlah CoQ10 dalam makanan yang biasa diambil setiap hari:

Jenis makanan
Sajian
CoQ10 (mg)

Daging
85 gm
2.6

Ayam
85 gm
1.4

Kekacang panggang

28 gm
0.8
Brokoli rebus
½ cawan, dipotong dadu

0.5
Oren
1 biji sederhana
0.3

Strawberi
½ cawan
0.1

Telur rebus
1 biji saiz sederhana

0.1
Sumber: J Food Comp Anal, 2001:14(4):409-417

Keupayaan tubuh dalam menghasilakan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, janutng kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% berbanding CoQ10 daripada jumlah yang terkandung semasa berusia 20 tahun. pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan ubat-ubat tertentu seperi statin yang digunakan untuk merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen boleh membantu mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting dalam tubuh kita.

kekuranga penghasilan CoQ10 disebabkan faktor usia


kekurangan CoQ10 yang disebabkan oleh pengambilan ubat seperti statin 





You Might Also Like

1 comments

  1. nice blog...dah follow awak... jemput / follow ke blog saya http://umimuiz.blogspot.com/

    ReplyDelete