ISLAMABAD ~ PART 3

9/04/2013

[ISLAMABAD - part 3|

Apa perkara-perkara menarik di Islamabad?


1) Chicken tikka. 

Sy makan chicken tikka ni masa wife defence attaché kitorang bawak jalan2 gi pasar tempat org shopping2 tu, nama tempat tu Jinnah Super. Chicken tikka yang dijual tu sungguh meletup sekali, sedap sungguh. Tp bila nak order minuman, kena order air tin. Even jus buah yg diorang jual pun tidak digalakkan beli, sbb cara penyediaan dia kurang bersih. Kalau nak selamat, minum je air mineral Nestle tu.


inilah dia chicken tikka, memang la sungguh mabelesss!! makan ngan roti dia tu
macam pelik kan Nestle buat mineral water.. hehe tp inilah air yg selamat diminum di sana
Tp ada satu kejadian masa kat kedai tu (kedai tu mcm warung je), tiba2 ada pekerja dia jatuhkan barang, tak ingat dh apa, rasanya mcm cermin pecah ke terbalik ke. Itu biasa je, tp yg luar biasanya, bila dgn je bunyi benda jatuh, SEMUA org pegi berlari tengok kat tempat tu. Weiii..SEMUA org. Pekerja2 dia yg lain pun semua terus tinggalkan keje dan pegi berkumpul kat situ SEMUA. Pdhal cermin terbaik je kut, xdela besar mana. Dekat 15 minit juga diorang stop buat keje. Mmg horror, and kata wife Defence Atatache kami, mmg begitulah culture mereka, ayam bertelur sebiji riuh sekampung!

2) Mangga Pakistan.

Mangga Pakistan tersangatlah sedap dan manisss...kebetulan masa sy pegi tu baru masuk musim buah mangga sbb masa tu baru nak masuk musim panas. Mmg manis dan sedap sgt mangganya tu. Ikutkan hati, nak je rasanya bawak balik buah mangga tu utk family kan, tp policy kapal terbang xmembenarkan apa2 bentuk makanan/buah-buahan dibawa keluar dari sana.






Diorang makan mangga tak buang kulit dan potong pakai pisau tau. Masa hotel bagi satu bakul buah-buahan pun dia tak bagi apa2 pisau pemotong buah, daku confuse sensorang camana nak makan mangga tu. Rupa2nya, org Pakistan makan mangga dgn cara menggigit kat belah hujung dia pastu dia picit dan makan la buah tu, mcm tu je, haha. 


3) Textiles.

 – heaven....shawl yg terbaik, cotton yg lembut dan cantik, berkualiti tinggi, karpet, marvellous gila wei.. harga lebih murah jauhhh drp kat KL. Tp murah2 dia pun kain yg berkualiti tu mencecah RM100+ juga sepasang. Karpet silk handmade yg dijual kat KL ni RM3-5ribu, kat sana boleh la dpt RM800-1000 mcm tu, itupun yg saiz takde la besar mana. SILK & HANDMADE.. siap ada 2nd value lagi, maknanya kita boleh trade in kat kedai karpet KL ni..


boleh tengok contoh karpet handmade silk yg gojes ituuu....ni dekat Muzium dia

4) Leather.

– mmg best leather murah dan yg penting handmade. Cantik pulak tu. Bersepah leather kat sana. Capal diorang yg pakai hari2 tu pun leather dan diorang buat sendiri je. murah murah murah. tp leather takde brand la kan? ada aku kesah? hehe.. 


5) Masjid Al-Faisal.

Masjid Al-Faisal ni kan, sgtlah cantik, pastu dia dekat dengan bukit lak tu, dr masjid tu boleh nampak pemandangan bukit kat belah belakang yg cantik (sbnrnya kat Islamabad takde bangunan tinggi pun, masih byk bukit bukau). Binaan dlm masjid juga sangat cantik, masjid ni mmg tersenarai dlm senarai masjid2 cantik di seluruh dunia. TAPI, apa yg sy nak tekankan kat sini, masjid ni cuma boleh masuk dan boleh solat hanya pasa waktu org azan dan tempoh tu. 

Maknanya kalau nak singgah solat saje2 musafir kan, xleh masuk dlm masjid. Rakyat2 dia punyalah kagum dgn masjid ni, mmg ramai pelawat siap berkelah bagai kat masjid, tapi tak boleh masuk dlm. Nak solat pun xleh, so diorang ni boleh intai2 je drp dinding luar. Ya Allah, kesian.. rasa bersalah pulak daku selamba je boleh masuk melawat, siap ada yg explain bagai, siap tentera escort la apa la kan.. ish ish ish... oh masih segar dlm ingatan rupanya Islamabad ni... hehe


inilah dia Masjid Al Faisal, Islamabad yang tersenarai dalam senarai 20 masjid terbesar di seluruh dunia


boleh nampak bukit yang saya ceritakan tu kan? cantikkk tau.. 

You Might Also Like

0 comments