ISLAMABAD ~ PART 2

9/04/2013

[ISLAMABAD, Pakistan – Part 2]

Pakistan sokmo claim Malaysia tiru dia dengan terbinanya Putrajaya tu. Mula2 kita taknak mengaku la kan, tp bila pegi ke Islamabad, anda akan rasa “mcm familiar la tempat ni..” hahaha...mmg nak sama ngan Putrajaya tu wei..dia kumpulkan semua Pejabat Kerajaan kat sana dan Pejabat PM tu dh mcm Istana berdiri gah dgn bermacam2 cerita – corruption yg amat dasat. kalau kat Putrajaya kita guna Presint kan? kat pakistan diorang guna "Sector".. 




pemandangan dari atas - Islamabad, Pakistan


inilah bandarnya, simple sahaja... 

Sepanjang kat sana, kitorang ada rider tentera, biasa kalau kat Negara lain, rider pakai motor besar dan kereta besar2 je kan? Tp kat sana lain, rider dia tu kereta tentera dia tu, yg saiz kecik sikit drp 3 tan, yg ada tentera2 sekali ngan senapang berpeluru siap. Kau gila tak takut?? Hoii mmg horror, pastu sepanjang jalan dia bunyikan siren pulak tu, tp yg magic tu, kereta rider pun boleh kena hon kat rakyat dia! Hahaha... nampak? 

Mula-mula saya pelik, kenapa Islamabad ni penuh ngan lelaki je, mana pergi wanita2 semua? Kalau nak tahu, rakyat lelaki Pakistan ni mmg suka melepak,diorang sgtlah suka buang masa tepi2 jalan, berkeliaran tengok kereta lalu lalang. Kau boleh imagine diorang boleh baring kat tepi2 jalan kat ruang yg berumput/berpasir tu?? Macam baring tepi pantai dah wei.. smbil tengok kereta lalu lalang dan kereta lembu pun byk jugak. dan itulah culturenya, pakaian – pagi petang siang malam, shalwal khamis, putih. Mantop warnanya! diorang mmg malas bekerja, tp kalau yg bekerja pun kita tak nampak mcm pekerja sgt sbb pakaiannya sama - Shalwal Khamis putih, bercapal. pekerja Tenaga Elektrik diorang pun pakai mcm tu tau ms betulkan kable letrik! hadeii... 

Tp capal diorang fully leather, kat sana, leather sgtlah murah, handmade lagi tau. Karpet? Toksah cerita la...

capal leather
So mana peginya kaum wanita? Rupa2nya, kalau org kebanyakan/rakyat jelata yg susah2 ni, kaum wanita cuma duduk rumah, masak capati, aiseh..di pinggir Bandar tu masih ada byk rumah drp tanah liat tu.. siap ada yg kena pukul tau kalau didapati keluar rumah. Itu kaum wanita yg golongan marhaen kan? Kaum wanita yg golongan kaya2 ada kat mana? Haaaa.... mereka ni melepak di hotel! Di hotel la tempat mereka bersosial, pakai baju cantik2, makan2 best2, so kalau kat Marriot Hotel tu mmg boleh jumpa ramai golongan wanita sophisticated. 

Kat sana, majority adalah penganut agama Islam, tetapi golongan wanita mmg tidak bertudung. Dia pakai baju cam Punjabi tu jugak tp versi wanita. Sama. Tetapi cuma berselendang di bahu dan tidak bertudung. Bila saya berada kat sana, ramai Pakistani yg puji sbb dia kata sy sgt bagus sbb bertudung, tak sama macam Pakistani. Mula2 smpai sana ada yg tak kenal Malaysia pun, sedih kan? Kalau jumpa je mesti tanya “are you from Japan? Or are you from China/Korea?” bila bgtau Malaysian, terus diorang blank xtahu kat mana. Parah mereka ni.

Tetapi, apa yg paling sy seronok sekali, semasa kat sana, diorang sgtlah respect saya, diorang sgt respect kaum wanita (bila dlm bidang professional).. so sy dpt byk sourvenir sbb sy sorang je wanita. Haha.. biasa org bagi kat head of delegation je kan, tp kat sana diorang bagi kat head of delegation dan wanita yg ada masa tu. Sy sorang je la masa tu. 

Hehehe..... eh, bercakap pasal electrical supply, kat sana, setiap 1 jam, power supply akan dimatikan selama 10-15 minit (atau lebih lama). hadeiii untunggglaaa kalau org tu ada standby generator kat rumah, dan mmg patut ada generator utk setiap rumah. cam lawak kan? dhla bil elektrik gilos babas tinggiii, tp masih akan dimatikan setiap jam. ini realiti ye. and kat sana, anda tak boleh minum air paip, kena minum air mineral/dlm botol dan brand yg paling femes supply air mineral adalah Nestle. kat Malaysia Nestle tak pasarkan air mineral ke? 

kalau minum juag air paip diorang, boleh ditimpa keracunan makanan.. hoh?


You Might Also Like

0 comments