ISLAMABAD ~ PART 1

9/04/2013

[Islamabad, Pakistan - Part 1]

Dah lama pegi sana, tpi baru terhegeh-hegeh nak buat sharing. Saje je nak test masih ingatkah pengalaman semasa berada kat sana. Nak-nak pula mmg tak ambil gambar banyak sgt, kononnya semua melekat dlm memori, kui3.. 


pemadangan daripada atas - dibawah adalah BANGKOK, THAILAND
Saya ke Islamabad untuk bersama delegasi MinDef menghadiri mesyuarat bilateral di sana. Utk dptkan visa, saya pegi sendiri ke Pakistan High Commision dkt Jalan Ampang berhadapan dgn Saloma Bistro tu. Cuak! Itulah perasaan masa kat kaunter depan kedutaan diorang tu, haha. Kenapa? Bauuuu badan Ya Allah Ya Rabbi, mmg berdesup menusuk hidung. Awal-awal saya dh setkan impression utk Pakistani, abislah aku kat sana nanti..


Sesampainya di Islamabad ni, saya terkujat kejap tengok Airport diorang. Daifnya. Masih menggunakan kipas siling yang digantung tinggi...dengan habuk yang banyak juga sbb masa tu nak masuk musim panas, berhabuk dan suhu panas, almost 40C. panas dan kering. tak sama mcm panas kat malaysia ni. Kalau ada yg xtahu, Pakistan ni salah satu Negara yg ada 4 musim juga. Cuma kalau musim sejuk, kat Islamabad tu takde la salji, tp katanya suhu boleh menjunam ke negative juga.


nampak kipas yang saya beritahu tu??

gambar google: saya rasa ini ketika musim sejuk ni. yg sy tak faham, kenapa ada kereta kat atas tu?? hadeiii
Suasana dekat airport tu sgtlah havoc, dan ramai org rakyat diorang tau. Kalau kat Islamabad ni, mmg ramai org, maksud sy mmg ramai rakyat2 dia berkeliaran jalan kaki berpakaian yg hampir sama je, baju tradisi diorang yg mcm org Punjabi pakai tu, kain cotton, Shalwal Khamis rasanya nama dia, berwarna putih dan mereka bercapal. diorang tak pakai tshirt atau seluar jeans ke slack ke mcm kita2 kat sini atau mcm bangla2/pakistani yg ada kat sini tau. Tapi, yg paling menarik, kat sana sana, mmg sgt jarang sgt nampak “wanita”.. kebanyaan mereka/almost semua adalah lelaki. Mana pegi semua wanita? nnti saya cerita.

ada nampak kaum wanita dalam gambar ni?? 
Bila berada di jalan raya kat sana, anda akan berasa mcm dejavu tau, anda akan rasa seolah2 anda kembali ke zaman dahulu kala, zaman 70-an/80-an tu. Serious! Walaupun anda masih belum lahir lagi pd zaman tu, tp bila smpai kat sana anda akan rasa mcm anda berada pd zaman tu! Kagum sungguh. Kenderaan yg diorang pakai masih terkebelakang sehingga 20-30 tahun dulu.. kat sana, kereta paling canggih pun Toyota Vios.. 

ini pics drp google ni, saya agak masa ni musim sejuk sbb ada org pakai kot, hehe

Saya menginap kat Marriot Hotel, Islamabad. Pernah ingat tak hotel ni pernah kena bom dulu? Haaaa... hotel tu la, hotel yg sama. nak masuk kena scan bagai, cam nak boarding kat airport. 


Marriot Hotel yang pernah dibom pada tahun 2008 dulu

nampak tak pagar dia camana?? huhu

Semasa kat sana, kami diescort oleh tentera Pakistan. Mula2 rasa mcm “ooo...ok la, selamat la aku sbb tentera escort sana sini even pegi shopping shawl!”.. TETAPI, hakikat sebenarnya, kalau anda diescort tentera la nyawa anda lagi terancam! Haaaa... takut tak? Biasa kita dgr pasal pengeboman di Pakistan kan? Sepanjang masa kami diescort, huhu even kat lobi hotel pun tentera diorang tunggu. org kat sana boleh suka2 je pegi bom berani mati.

Dekat Islamabad ni mmg sempoi abis, sy pegi melawat ke kilang senjata/vehicle, kawan tu buat senapang dan peluru sambil pakai baju tradisi dia yg color putih tu dgn pakai capal je tau! Color kain dia toksah cakap la, putih yg dh tak putih lagi. Wallah weiii kagum mak.. 


You Might Also Like

0 comments