BAHAYA tidur malam dengan lampu menyala!

Saya rasa ramai di antara kita yang tidur malam dengan lampu menyala. Baik kanak-kanak, mahupun dewasa.

Berlainan dengan saya, disebabkan sejak berumur 13 tahun saya sudah menetap di asrama sekolah, saya telah terbiasa tido dengan lampu gelap.

Jam 12.00 malam, semua bilik kena lights off dan kalau nak study, pandai-pandai la prepare lampu membaca dan ada sesetengah asrama sediakan bilik khas untuk mereka yg stay up untuk study malam.

Bila dh berkahwin, syukur alhamdulillah kerana dipertemukan dengan pasangan yang tido dalam gelap juga.

Bila mula ada anak, saya biasakan baby tido dalam gelap, sejak dia masih dlm pantang lagi, sebabnya, saya sendiri tak boleh tido kalau lampu menyala. Sehingga sekarang, anak-anak saya takkan tido kalau lampu menyala, kena matikan semua lampu dulu, dh gelap, baru diorang akan tido, sama la juga baby kedua saya tu, Syahmi.

Sebelum ni, saya tido tidak menyalakan lampu kerana saya tak biasa tau, tapi rupa-rupanya saya baru dapat tahu bahawa sangat BAHAYA bila tido malam dengan LAMPU MENYALA. Huh?


Berikut adalah bahaya dari tidur dengan lampu menyala. Jom semak dan pastikan anda tak buat lagi demi kesihatan anda terutamanya anak-anak anda:

  • Kajian mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia iaitu hormon melatonin bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan hormon melatonin

  • Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan hormon melatonin tersebut akan menyebabkan asid lemak menjadi tumor. 

  • Tidur dengan lampu menyala akan menurunkan produksi hormon melatonin dalam tubuh anda. Hormon melatonin adalah hormon yang berkaitan dengan kekebalan tubuh kita. Adalah disarankan bahawa lampu perlu dimatikan ketika kita tidur agar hormon melatonin dapat berproduksi di dalam tubuh. 

  • Hormon melatonin ini dapat mencegah berbagai penyakit dalam tubuh anda termasuk kanser payudara dan kanser prostat. Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin akan menurun”.

  • Tidur dengan lampu menyala akan merangsang pembentukan sel kanser. Oleh kerana itulah, mematikan lampu saat tidur di malam hari merupakan langkah yang paling mudah untuk mencegah penyakit kanser. 

  • Untuk makluman semua, anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemiaJumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

  • Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur. 

  • Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara. 

  • Kita juga tidak digalakkan untuk menyalakan lampu saat terjaga di malam hari. Ini adalah kerana, cahaya jangka pendek dari lampu menyala tersebut dapat dikesan oleh otak, seterusnya menurunkan penghasilan melatonin dan meningkatkan risiko penyakit kanser.

Bertepatan dengan Firman Allah:

"Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan."

Wallahu’alam


Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!