A380, satu pengalaman yang cukup berharga!

9/16/2013

30 Oktober 2012, saya telah diarahkan untuk follow delegasi Ministry saya menghadiri satu mesyuarat bilateral dekat Moscow, Russia. wah! sungguh teruja. semasa dalam perancangan ke sana tu, saya cuba dapatkan quotation drp travel agency utk dptkan tiket dan beberapa route perjalanan telah dicadangkan. antaranya KL-Paris-Moscow atau KL-Amsterdam-Moscow atau KL-Heathrow-Moscow... akhirnya, ada jodoh untuk saya ikut route KL-Heathrow-Moscow dan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjejakkan kaki ke kota London. sebagai budak kampung, yang dibesarkan di kampung, tak reti cakap org putih pulak tu, saya rasa macam mimpi je utk ke kota London. tak pernah terfikir pun. saya cukup teruja untuk menghadiri mesyuarat tersebut. teruja untuk ke Moscow, dan lebih teruja utk ke London. sebelum hari perjalanan, saya cuba adjust jadual supaya saya dpt transit di kota London selama 2 malam, tanpa apa-apa bayaran elaun (memang xlayak pun kalau transit lebih drp 24jam). booking di Malaysian Hall, situ je yg saya mampu, caj bilik cuma 16pound. hehe murah kan? kuikuikui..

seminggu sebelum tarikh perjalanan, saya menerima itinerary details drp travel agency. ok, nama Nurru Adila, etc etc..no flight MH 002. kat tepi tu dia ada tulis Airbus 380 (biasa diorang tulis Boeing 747 ke 737 ke kan? tp kali ni, Airbus 380!) OMG! saya terkejut, terus google MH 002 ni aircraft jenis yg mana? and hasil googlean saya menemui fakta bahawa MH 002 merupakan Airbus 380, perjalanan daripada KL ke Heathrow, London. Ya Allah, tak tahu nak describe mcm mana perasaan saya masa tu, mmg sgt teruja. sungguh tak disangka-sangka, saya berpeluang menaiki pesawat kebanggaan negara. 

eh..nanti la sambung.. hehe.. :)


You Might Also Like

0 comments