terima kasih Hadhonah, Sekolah Islam ADNI, Taman Melawati...

8/16/2013

Ingat tak dulu saya pernah post cerita pasal Safiyyah ke nursery?? ceritanya dulu, masa Safiyyah berumur 3 bulan hingga 7 bulan, saya hantar Safiyyah ke pengasuh. tp bermula Jun 2011, saya mula hantar dia ke nursery Hadhonah ADNI... Jun 2011 - Julai 2013, genap 2 tahun safiyyah kat sana. pendek kata, dia membesar di sana, belajar merangkak, berjalan, bercakap, semua kat sana sbb masa kami suami isteri kat rumah dengan Safiyyah sangatlah terhad. 2 tahun tu lama tu.... sehingglah malam 30 Julai aritu, kami berdua buat satu keputusan yang sangat besar....kami terpaksa hentikan Safiyyah daripada nursery tu..huhu sedihnya Ya Allah..mmg terasa sgt, brg2 dia pun saya masih belum ambil lagi kat sana. rasa mcm tak sanggup je nak gi tgk tempat anak saya membesar tu lagi, rasa sebak dan pilu, sbb mcm2 pengalaman Safiyyah lalui kat sana..


Dulu, ofis saya dekat je ngan nursery tu, drp Wangsa Maju nak ke Taman Melawati tu dalam 10 minit macam tu dh sampai. tp bila lepas saya bersalin baby ke-2, saya dapat naik pangkat dan ditukarkan ke Bahagian lain pula, masih dalam Kementerian yg sama, cuma tempat kejenya nun jauh di tengah-tengah Bandaraya. Pening memikirkan mcm mana nak hantar Safiyyah ke Taman Melawati tiap-tiap pagi, pastu adiknya pula mcm mana? nak masuk sana juga ke? pasti payah nak menguruskan 2 kanak-kanak utk dibawa ke nursery setiap hari dan ofis sy pulak dh jadi sgt jauh, sbb rumah kami dekat area Desa Pandan je, seolah-olah berpatah balik jadinya. tetapi, itu bukan penyebab kami berhentikan Safiyyah, tetapi itulah penyebab kenapa kami decide utk ambil Bibik....

Sejak ambil Bibik, lebih kurang 2 bulan lebih yg lalu, Safiyyah masih saya hantar ke nursery tau. pagi-pagi jam 6.45pg kami 2 beranak dh kena keluar rumah, saya akan drive ke taman melawati dan hantar safiyyah, pastu terus drive lagi pergi ke LRT Gombak dan parking kat sana. Sehari kos parking kat situ RM4. pastu drp LRT Gombak, saya akan meneruskan perjalanan ke stesen Dang Wangi. kalau nak cepat, saya akan jalan kaki je menuju ke pejabat. kalau malas jalan kaki, saya naik pulak Monorel, berhenti kat Medan Tuanku, tp drp LRT nak ke Monorel tu pun leh tahan gak jauh dia.. dan mmg tiap2 hari, sy mesti lambat 5-10 minit....pastu, bila petang, sy akan keluar sharp jam 5pm. takleh lambat lnsg sbb nak kejar LRT dan sy perlu pickup Safiyyah before kul 6pm, sbbnya bila dh lebih 6pm kena overtime lagi... letih kan perjalanan saya tiap2 hari tu?? tetapi, itu bukanlah penyebab kenapa kami decide utk keluarkan Safiyyah drp nursery...

Okehhh..rasanya ramai yg nak tahu kenapa kami keluarkan dia drp nursery ni? tak bagus ke nursery ni?? mahal sgt ke?? tak berbaloi dgn harga ke?? sbnrnya, to tell you the truth, nursery ni sgtlah best, wpun harga dia mahal sikit, tetapi tersangatlah berbaloiiii...sbb tu la juga kenapa saya rasa sgt sedih bila keluarkan safiyyah daripada sini....

Tetapi, ternyata, bila bab anak, kita sebagai ibu bapa mesti akan membuat pilihan yang paling-paling terbaik utk mereka..dan kami memilih demi kesihatan Safiyyah... Safiyyah ni antibodinya lemah sikit, wpun dulu menyusu sepenuhnya sehingga 19 bulan, tetapi dia tak kuat sgt. sbbnya sejak kecik dia ada masalah selalu muntah bila minum susu, muntah jenis mcm keluar air paip tu. sejak lahir smpailah 6 bulan dia mcm tu. bila lepas 6 bulan je dh berhenti, tetapi kalau dia batuk atau selsema, mmg dia akan muntah, semuntah-muntahnya. abis keluar segala isi perut bagai. dan...bila selalu ke nursery, Safiyyah sgt2 senang kena jangkitan....pegi 2 hari, balik batuk, selsema, pastu demam..pastu ponteng la sekolah 2,3 hari, tp yuran masih kena bayar full juga.. 

boleh dikatakan setiap bulan sepanjang 2 tahun tu, Safiyyah mmg akan ponteng dlm 5-6 hari...dan the worst, masa Safiyyah kena warded seminggu sbb kena pneumonia. dan sbnrnya itu adalah kali ke-2 Safiyyah kena pneumonia tu, cuma yg 1st time tu tak teruk sgt mcm 2nd time... bila dia warded seminggu, seminggu sebelum warded tu dh start demam (dh ponteng sekolah), pastu lepas keluar wad, 2mgg tak pegi ke nursery...dan bila dh start puasa aritu baru dia pegi semula..tp mcm biasa la, pegi seminggu mcm tu, start balik batuk selsema dan malam 30 Julai tu dia muntah lagi.... semasa Safiyyah admit dulu, specialist tu nasihatkan kami supaya jaga Safiyyah di rumah (sebab dah ada Bibik) dan stopkan pegi nursery sbb walau macam mana bagusnya nursery tu, kesihatan anak tetap yg paling utama. Komen beliau lagi, pembelajaran kanak-kanak (membaca, mengira) boleh bermula semasa dia berumur 4 tahun ke atas...so, buat masa ni, biarlah dia enjoy dulu zaman kanak-kanaknya... 

kami terima nasihat Dr. skrg ni Safiyyah cuma belajar melalui kartun feveret dia je la kat rumah, smbil-smbil boleh tgk2kan adik kat rumah kan. dia skrg dh pandai sgt bercakap, dh reti mengadu, so in case ada benda xbest Bibik buat kat adik dia, dia boleh jd spy.. kikiki kan? kartun2 kat astro 613 tu pun not bad juga, byk improvement utk melatih anak-anak belajar languages, mengira, menyanyi..sbb sy selalu sgt tgk Safiyyah duk bercakap dgn kartun-kartun tu kat TV hahaha.... feveret dia mestilah POCOYO la kan.. :)

soooo......saya pasti Safiyyah merindui sekolahnya....sebagaimana saya pun merindui juga Hadhonah ADNI, all the teachers...TQ so muchhhh kerana menjaga anak saya selama ni dengan baik... TQ3....saya sangat merindui tempat ini....



sobsob.... ;(

You Might Also Like

0 comments