jaga-jaga, ramai di sekeliling kita ada penyakit Kleptomania....

" Kleptomania (bahasa Yunaniκλέπτειν, kleptein, "mencuri", μανία, "mania") adalah penyakit jiwa yang membuat penderitanya tidak dapat menahan diri untuk mencuri. Benda-benda yang dicuri oleh penderita kleptomania umumnya adalah barang-barang yang tidak berharga, seperti mencuri gula, permen, sisir, atau barang-barang lainnya. Sang penderita biasanya merasakan rasa tegang subjektif sebelum mencuri dan merasakan kelegaan atau kenikmatan setelah mereka melakukan tindakan mencuri tersebut. Tindakan ini harus dibezakan dari tindakan mencuri biasa yang biasanya didorong oleh motivasi keuntungan dan telah dirancang sebelumnya.
Penyakit ini umum muncul pada masa kanak-kanak dan ada sampai dewasa. Ada beberapa kes, kleptomania dideritai seumur hidup. Penderita juga mungkin memiliki kelainan jiwa lainnya, seperti kelainan emosi, Bulimia Nervosa, paranoidschizoid atau borderline personality disorder.[1] Kleptomania dapat muncul setelah terjadi cedera otak traumatik dan keracunan karbon monoksida.[2][3] "

pernah dengar tak penyakit Kleptomania ni? mesti jarang dengar kan? dan ada sesetengah daripada kita tak pernah dengar pun istilah penyakit ni, termasuklah saya. tetapi, korang semua pernah tak berjumpa kawan-kawan atau rakan tempat kerja atau sesiapa sahaja kenalan yang mempunyai ciri-ciri seperti dinyatakan di atas, iaitu suka mencuri tanpa sebab yang musabab yg khusus?? kalau ikutkan latar belakang, keluarga, si pelaku kadang-kadang tidak ada masalah dari segi kewangan tetapi, beliau masih suka mencuri. walau banyak atau sedikit, masih juga mencuri. dan habit ini kadangkala terjadi sehingga umurnya dh makin meningkat dewasa atau dh hampir nak masuk kategori warga emas pun masih ada yang suka buat perkara ini. org-org seperti ini amat cerdik dan licik dalam memanipulasi keadaan. mereka boleh dan mampu menukarkan cerita dengan sangat menyakinkan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. 

skrg ni saya sedang berhadapan dengan manusia yang mempunyai masalah jiwa ini. beliau dh berumur, satu tempat kerja dgn saya dan pernah dulu satu tempat kerja juga. lagi 2 tahun akan pencen 60 tahun, wanita. kalau ikutkan latar belakang, beliau seolah-olah takde masalah dari segi kewangan, anak-anak berjaya dan mempunyai pekerjaan yang hebat-hebat belaka. bukan calang-calang keluarga. tetapi, beliau mempunyai hutang lampau dgn saya sejak tahun 2009 berjumlah RM420 (beli kain batik tapi tak bayar) dan walau apa juga ayat yg saya keluarkan semasa nak minta balik wang saya, dia memang buat bodoh sahaja. bergelar Hajjah dan dh byk kali memunaikan haji, umrah tak payah cerita la, dh mcm kampung ke-2 dia je. sekarang ni kami sekali lagi sama satu tempat keje, but you know what? rupa-rupanya selama ni dia duk jual cerita bahawa saya yang berhutang dgn dia dan tak bayar2?? OMG... Ya Allah, kdg2 terfikir, kenapalah saya ditemukan dengan makcik ni. terkini, dia lakukan penyalahgunaan kuasa dan kat situ la terbongkar aktiviti dia selama ni, bila dirujuk kaunselor, benarlah dia ni mempunyai masalah jiwa dan penyakit seperti di atas. Kleptomania. Satu info menarik tentang penyakit iniadalah gangguan kleptomania ternyata dapat menyerang siapapun, termasuk orang yang sangat rohani. oleh itu, saya tak rasa pelik bila saya diberitahu makcik tu ada penyakit ni walaupun dia ni alim orgnya, selalu ke surau..



punca? mengikut pandangan kaunselor kami, penyakit ni kdgkala berpunca daripada pengalaman beliau sejak dari kecil. mungkin dulu pernah didera, atau kurang kasih sayang. but, seriously, dia ni macam ada byk identiti dan bila buat kesalahan, tak nampak lsng riak bersalah, mcm xde ape je. pelik. tp pasrah je la kan. malas nak layan.... entri ni cuma nak luahkan perasaan sikit dan berkongsi ilmu yg baru saya dapat iaitu pengenalan mengenai penyakit Kleptomania...... semoga kita berhati-hati bila ditemukan dengan golongan ini.. InsyaAllah..

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!