Punca kurang susu badan - JOM SEMAK!


Assalam dan salam sejahtera dear readers,

Nak tahu apa RAHSIA kurangnya penghasilan susu? Sebenarnya saya nak discuss sikit kenapa ibu-ibu selalu mengadu "susu kurang" "takde susu" "baby tak kenyang"... nanti penyudahnya saya akan berikan tips untuk membanyakkan susu. Jom semak kenapa penghasilan susu ibu berkurangan?  

Sebab kurangnya penghasilan susu ibu mungkin berpunca daripada :
  • Bayi tidak kerap menyusu. Kekerapan bayi menyusu menentukan penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan. Sebaik-baiknya ibu menyusukan bayi setiap 2 jam.
  • Ibu yang mengalami masalah sakit puting atau puting pendek selalunya menggunakan sarung puting (nipple shield). Penggunaan sarung puting menyebabkan lambatnya tindak balas atau rangsangan pengaliran susu setiap kali bayi menyusu.
  • Ada ibu yang menetapkan jadual menyusu bagi bayinya. Penetapan jadual menyusu ini juga menjejaskan penghasilan susu ibu. 
  • Menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja juga mengurangkan bekalan susu ibu. Oleh itu ibu perlu memberikan susu dari kedua-dua belah payudaranya kepada bayi supaya bekalan susu yang cukup dan berterusan dapat dihasilkan.
  • Kesihatan ibu juga penting dalam penghasilan susu. Terlalu letih dn terganggu juga akan menjejaskan tindak balas pengaliran susu ibu. Oleh itu ibu perlu memastikan mempunyai masa rehat yang cukup.
  • Pengambilan ubat-ubatan juga mempengaruhi penghasilan susu. Ubat-ubatan selalunya selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ada juga ubat-ubatan yang mengganggu penghasilan susu. Oleh itu jika ibu mendapat rawatan doktor, maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menyusukan anak. Ibu yang membuat IUD mungkin menghadapi masalah kekurangan susu kerana IUD mengandungi hormon yang menyebabkan susu berkurangan.
  • Kurang air boleh menjejaskan penghasilan susu. Ibu yang menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Amalkan mnum air sebelum menyusukan bayi. Minum air yang tidak mengandungi banyak gula.
  • Makan makanan yang seimbang. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ibu yang menyusukan anak mungkin selalu berasa lapar. Anda boleh kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Ibu terlalu berpantang semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan susu.
Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas, boleh mula muhasabah diri dan perbaiki mana-mana yang kurang. Kalau nak dapatkan tips membanyakkan susu ibu boleh contact saya, email kepada nurruadila@gmail.com atau sms/whatsapp 019-2177110. Saya bersedia membantu anda. 

Ini hasil tuaian saya pada pagi tadi. 

 APA TIPS yang saya amalkan untuk membanyakkan susu??

*

**

***

jeng..jeng..jeng


ESP dibancuh bersama Dutch Lady Strawberry, sebiji B-Complex &
air mineral Spritzer 2L sehari (di pejabat sahaja)

Selain saya mengelakkan perkara-perkara yang menyebabkan kurangnya penghasilan susu seperti yang dibincangkan tadi, saya mengamalkan pemakanan seperti di atas, setiap pagi:

1) Minum satu sudu ESP bersama susu Dutch Lady apa-apa perisa (tapi saya suka perisa Strawberry)

2) Mengambil vitamin B-Complex selepas breakfast (kadang-kadang saya akan ambil juga Vita-Lea dan Alfalfa (lepas lunch), kalau rajin. HEHE) 
- Vitamin B-Complex membantu merembeskan Serotonin iaitu hormon yang membuatkan ibu gembira & tak stres. Untuk menghasilkan susu yang banyak, ibu perlu berada dalam mood gembira & tenang. 
  
3) Saya minum banyak air dan air yang saya minum adalah air mineral, biasanya saya akan minum air mineral Spritzer, mungkin disebabkan kandungan mineralnya melebihi daripada air mineral jenama lain, membuatkan ianya menjadi milk booster yang terbaik untuk saya.

4) Saya akan pam sekurang-kurangnya 3x sehari semasa di pejabat, iaitu setiap 2-3jam sekali.

5) ketika di rumah, saya akan pastikan saya selalu direct feeding baby Syahmi, sekerap mungkin. Sepanjang masa pun takpe. HAHA. Bila baby selalu hisap puting payudara, selain daripada penghasilan hormon prolaktin, hormon oksitosin juga akan dirembeskan. Hormon oksitosin ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu atau Let Down Reflex (LDR).

Ok, jelas ke? Kalau nak dapatkan B-Complex dan ESP dengan harga yang tersangat HEBAT, dan free consultation penyusuan sepanjang masa, boleh contact saya ya. 

HAPPY BREASTFEEDING!

Oh ya, anda nak tak dengar sendiri apa kata pengguna Shaklee yang panik sebab susunya makin merudum?? Video ini wajib ditonton jika anda ingin banyakkan susu badan anda.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

:)

3 comments

Menarik kan.. kalau ada usaha insya-Allah boleh diatasi masalah kurang susu ni.
Dulu tak ada supplement macam ini. Kakak kenalah guna cara tradisi...

Reply

Pengalaman saya menggunakan ESP meningkatkan penghasilan susu badan.

Reply

Sebab-sebab susu kurang ni waji dalam kepala semua ibu-ibu kan....jadi jangan dibuat sebab-sebab itu kalau mahukan susu jadi banyak.

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!