Normal ke bayi breastfeeding tidak berak lama?? Bahaya ke?

5/15/2013


Assalam dear readers,

Kali ni terpanggil nak share isu mengenai baby breastfeeding yang tak berak lama. Normal ke? Bahaya ke?


Sebenarnya daripada pengalaman dan nasihat daripada pakar, baby breastfeeding yang tidak berak selama tempoh 1-12 hari adalah normal. Kadang-kadang ada yang tak berak sampai sebulan. Ini adalah kerana susu ibu yang diminum diserap oleh badan bayi sepenuhnya dan takde bahan-bahan yang perlu disingkirkan.

Macam saya, baby saya masih fully breastfeeding sehingga sekarang (3 bulan lebih) tanpa sebarang susu lain mahupun air kosong. Mula-mula masa minggu awal kelahiran dia (1-3 minggu pertama), baby Syahmi sangat kerap berak, almost every 2-3 hours dia mmg akan berak. Kemudian, bila masuk minggu ke-4 sehingga lepas habis pantang, baby Syahmi berak sekali sahaja tetapi tiap-tiap hari. Lama juga macam tu, sehingga dia dah 2 bulan rasanya. Start umurnya 2 bulan, baby Syahmi akan berak setiap 3 - 4 hari sekali. haaa....masa ni cuak juga, tapi sebab ini baby kedua dan saya memang mempunyai pengalaman semasa anak pertama dulu, saya tak risau sangat. Apa yang saya perasan, hasil buangannya tu masih sama warna (warna kekuningan), tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras dan sekali dia membuang memang sangatlah banyak sehinggakan bocor hingga ke belah atas diapers dia. Walaupun baby Syahmi kurang berak, tetapi kencingnya sangatlah banyak, kerap dan selalu kentut. Bermakna, dia takde masalah penghadaman dan tiada masalah kembung perut kerana angin selalu keluar melalui kentut. 

Bila baby anda yang HANYA MENYUSU BADAN tanpa apa-apa susu formula atau air masak mengalami masalah tak berak lama ni, apa yang anda perlu di ambil perhatian?
  • anda kena pastikan bayi anda kencing seperti biasa dan banyak
  • perut bayi anda tidak kembung atau keras
  • bayi anda aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenal pasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
  • susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap. Gambar di bawah menunjukkan contoh susu foremilk & hindmilk. Nanti saya akan kongsikan info mengenai susu foremilk & hindmilk ni ye. 

kiri - FOREMILK (lebih cair) kanan - HINDMILK (lebih pekat)
Sekiranya anda berada dalam situasi ini, bila anda perlu merujuk pada doktor? sila semak tanda-tanda ini dan terus bawa bayi anda jumpa doctor:
  • Bayi sering menangis
  • Perut bayi bengkak dan keras
  • Bayi tidak mahu menyusu
  • Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Kesimpulannya, sekiranya bayi anda tidak berak lama, jangan risau dan jangan panik ya. Apa yang penting, anda terus monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak, tahi berwarna kekuningan, tidak terlalu cair & tidak terlalu keras, biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

HAPPY BREASTFEEDING!   

:)

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam perkenalan..terima kdh atas perkongsian info dgn pembaca

    ReplyDelete
  2. Good sharing, MyNutriBaby is an online community education programme and led by Nutrition Society Malaysia (NSM) and supported by Philips Avent Malaysia, is running a campaign that focuses on the importance of supporting breastfeeding mothers at their workplaces. For detail visit:
    http://kidbuxblog.com/mynutribaby-is-a-workplace-for-working-mothers-who-are-still-breastfeeding/





    Best Regards,
    Split Queen Box Springs or split queen box spring

    ReplyDelete