Kenapa lambat datang bulan bila menyusu badan?? perlu ke risau??

5/15/2013


Assalam dan salam sejahtera dear readers,

Anda menyusu badan, dan anda masih tidak datang bulan selama 3 bulan? 6 bulan? mahupun setahun? KENAPA? apakah kaitan period dengan penyusuan badan?


Sekiranya anda menyusukan anak dan masih tidak didatangi period selama berbulan-bulan, jangan risau. Tapi ini tidak bermakna anda tidak perlu berhati-hati ya, kemungkinan untuk mengandung tu masih tetap ada walaupun tidak didatangi haid. hehe. Kenapa bila menyusu badan, period lambat datang? 
Apabila bayi menghisap puting ibu, hujung saraf deria di dalam payudara ibu akan dirangsangkan oleh kilang pituitari yang terletak di bawah otak. Hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan.

Hormon prolaktin dihasilkan oleh kelenjar pituitari anterior yang terletak di otak. Hormon ini berperanan dalam perkembangan payudara selama kehamilan dan fungsi menyusu.
Dalam keadaan normal, kadar hormon prolaktin akan meningkat pada masa kehamilan dan menyusu.  Kadar hormon prolaktin yang melebihi normal dikenal sebagai hiperprolaktinemia.  

Kadar hormon prolaktin yang melebihi normal akan menyebabkan keluarnya air susu dari payudara, gangguan dalam period menstruasi wanita dan gangguan kesuburan.

Peningkatan kadar prolaktin akan menyebabkan gangguan proses menstruasi dan dapat menyebabkan amenore sekunder (tidak menstruasi selama 6 bulan atau lebih).

Peningkatan hormon prolaktin akan mengganggu keseimbangan hormon reproduksi lain yang berperanan dalam ovulasi (pelepasan sel telur) dan dapat mempengaruhi kesuburan.

Ok, jelas bukan?? Oleh itu, jangan risau kalau anda masih belum didatangi period bila menyusu badan. Sebab itu, menyusukan anak adalah merupakan satu kaedah untuk menjarakkan kehamilan, tetapi harus diingat, apabila kita tidak didatangi period, kita tidak tahu bila masanya kita akan period lagi (waktu subur), dan kalau tidak ada apa-apa protection memang boleh hamil juga walaupun belumpun datang period bulan-bulan sebelumnya. 

Macam saya, semasa anak pertama dulu, saya terus datang bulan sebaik sahaja 2 bulan lepas kelahiran. Manakala, untuk anak kedua ni, saya hanya datang bulan selepas umur bayi dah masuk 7 bulan.

Daripada penelitian saya, anak pertama saya kurang sedikit menyusu berbanding adik. Adik sangat kuat menyusu dan memang asyik nak bergayut sahaja. Ini bermakna hormon prolaktin yang terhasil kali ni adalah melebihi kadar hormon prolaktin semasa saya menyusukan Safiyyah dulu. Anda juga jangan risau kalau period tak teratur bila menyusukan bayi ya, ini juga adalah jawapannya.

HAPPY BREASTFEEDING!

Haaa.... lagi satu, saje saya nak share satu video mengenai pengalaman seorang ibu yang selalu sakit pinggang dan senggugut bila datang bulan. Nak tahu apa dia buat? Kena tengok video ni dulu.

Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

:)

You Might Also Like

2 comments

  1. doh kalu kes kawe nie gano kak long??
    xmari 2 3 bulan. tp kalu mari normal 7 hari. tp gitulah.. tak konsisten.. deba weihh kawe! =(

    ReplyDelete
  2. as'salam..maaf saya nk bertanya..saya baru je dtg period pd bulan puasa yang lepas setelah ank berusia 1thn 4bln..dan selepas 3 kali period (bulan jun - ogos), kini pada bulan september sy masih belom period lagi..adakah hormon saya tidak stabil?bleh tolong jelaskan tak.? (dah buat pregnancy test, keputusan negatif)

    ReplyDelete