7 langkah mudah untuk mengatasi keletihan dalam tempoh penyusuan


Keletihan merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh semua golongan ibu. Keletihan adalah keadaan lemah dari segi fizikal atau mental yang mungkin disebabkan oleh stress, pengambilan ubat-ubatan, beban kerja di rumah mahupun pejabat ataupun penyakit. 




Bagaimana caranya untuk mengatasi keletihan dan dapat mengekalkan stamina untuk menjayakan penyusuan susu ibu? Berikut saya kongsikan 7 Tips dan langkah mudah untuk Mengatasi Keletihan dan Mengekalkan Stamina ketika Penyusuan. 

1. Tidur apabila bayi tidur. Jika sukar melakukannya, cukuplah sekadar berbaring sambil menutup mata. Ambil peluang yang ada untuk berehat.
2. Minum banyak air. Cuba minum sembilan hingga 12 gelas air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah yang menjadi penyebab keletihan.
3. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi (kismis, bayam & aprikot). Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ dan otot.
4. Elakkan mengambil makanan dan snek berlemak kerana bakal mengambil lebih banyak masa untuk dihadamkan dan mengurangkan aliran darah ke otak, hati dan bahagian tubuh yang lain. Ini berlaku kerana aliran darah meningkat hanya di kawasan perut.
5. Seimbangkan pengambilan protein.
6. Hadkan pengambilan protein antara 15g hingga 20g protein setiap kali makan. Selain itu, dua kali snek seberat 15g adalah digalakkan. Ketahuilah kekurangan protein akan memudahkan anda letih.
7. Kawal pemakanan. Anda hanya perlu makan ketika lapar dan berenti sebelum kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek. Dalam pada itu, jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ia membuatkan anda lebih mudah letih.

Untuk 7 TIPS ini, saya ingin mencadangkan supaya para ibu mengambil supplemen Vita-Lea yg merupakan multivitamin daripada Shaklee yang telah diformulasikan dengan zat besi. Saya juga menyarankan supaya para ibu mengambil ESP yang membekalkan  protein dan 9 asid amino penting untuk badan yang mampu memberikan tenaga di samping bertindak sebagai milk booster yang terbaik. Bonus yang anda dapat adalah kulit yang cantik, gebu dan cerah. 

ESP yg dibancuh bersama susu Dutch Lady perisa strawberry

HAPPY BREASTFEEDING!

:)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!