@37weeks 3days....mild contraction?? atau masih braxton hicks?

assalam dear readers,

hari ni, genap usia baby dlm kandungan 37weeks 3days. kalau ikutkan due date pada 24 January 2013, masih berbaki 20 hari lagi sebelum bersalin. tapi saya dh tak sabar-sabar nak bersalin cepat2. huhu. dalam entry ini semasa 35weeks, kedudukan baby masih breech/songsang. semalam ada appointment dekat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, alhamdulillah baby dh berubah kedudukan ke bawah dan mgkin dh tak lama lagi tiba masanya baby S akan menjengah dunia.. InsyaAllah... 

kedudukan baby skrg lebih kurang mcm ni.. 
nama baby masih belum diputuskan, ada beberapa nama yg menjadi pilihan, tinggal nak pilih betul2 je..sampai masa nnti, biasanya akan jadi sendiri (automatik nama akan finalised, hehe). kali ni insyaAllah saya akan bersalin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dekat Wangsa Maju. dekat je ngan ofis, dan tak la jauh sgt juga drp rumah. 

semalam, balik drp appointment, petang dlm pukul 4 lebih tiba2 saya rasa sgt sakit, sakit dekat bahagian ari-ari, sakit seluruh pinggang dan pinggul...dekat pelvik tu rasa mcm ada tekanan yg sgt kuat, mcm nak kasi terbuka, kembang kuncup. huhu. saya agak cuak, adakah ini yg dinamakan contraction semulajadi?? huhu. utk pengetahuan dear readers, 1st pregnancy dulu sy bersalin secara induce, contraction adalah tidak semulajadi dan dipaksa utk bersalin. sakit dia, Tuhan saje yg tahu, huhu. so kali ni, sy tak tahu mcm mana rasa sakit contraction semulajadi/natural tu.. huhu

tapi sakit yg saya rasa petang semalam sehingga ke malam tu, lain benar rasanya sbb masa 1st pregnancy dulu lnsg takde rasa sakit apa2 sehinggalah dimasukkan ubat induce kat bawah tu.. huhu

skrg ni, sy cuma sangat-sangat berharap dan berdoa semoga saya akan bersalin cepat. semoga segala-galanya selesai dengan cepat dan dipermudahkan Allah swt.

amin... 

1 comments:

along,

semoga dipermudahkan semuanya, dan moga safiyyah dapat adik comel macam dia jugak :)

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!