Sorotan Tahun 2012 & Azam Tahun 2013... :)


Assalamualaikum wbt... 


2012: byk kenangan manis tak kurang juga perkara yg menyedihkan. 

2012: sy tidak dpt dinaikkan pangkat seperti kwn2 yg lain. permohonan HLP juga tidak berjaya. sedih. tp mungkin masih belum rezeki sy dan sy masih belum layak. Allah Maha Mengetahui. 



2012: byk juga pengalaman manis, dikhabarkan dgn berita gembira; sy mengandung lagi buat kali ke-2; sy juga berpeluang untuk ke luar negara, dpt pegi Islamabad, Pakistan pd bulan Julai, ke Moscow, Russia & London pada bulan November, berpeluang merasa business class A380, mmg takkan dpt sy lupakan, shopping dekat Oxford Street mcm org gila, naik tube cari Harrods sorang2 diri dgn tgh pregnant 28 weeks! berbaloi. 

di penghujung tahun 2012: sy cuba rehatkan diri dan cuba utk fokus kpd urusan persediaan nak bersalin, beli brg2 baby. saya ingat, bila dh habis meroyan brg2 utk baby baru, sy akan duk diam2 tgg nak bersalin je, rupa2nya sy mmg jenis tak boleh duduk diam. sy mula melibatkan diri dgn SHAKLEE dan sejak itu, sy mulai berubah. sy menjadi lebih POSITIF dan sentiasa bersemangat, rajin membaca dan mencari maklumat. sy berkenalan dgn org-org POSITIF, dan tiada lagi istilah mengkritik dlm hidup sy dan sy mula belajar menghargai SETIAP ORANG DI SEKELILING SY. tanpa mereka, siapalah kita di dunia ni.

utk tahun 2013: 

sy berazam utk berubah menjadi insan yg lebih positif dan sentiasa belajar memperbaiki segala kelemahan, semoga dgn itu, Tuhan akan permudahkan urusan sy dlm segala urusan. sy bakal bergelar ibu kpd seorang lg anak. sy berdoa semoga sy berjaya untuk keluarga, berjaya dgn perniagaan sampingan sy dan yang paling penting, berjaya dlm career hakiki sy yg amat sy sayangi ni. Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (PTD) mmg tetap terbaekk di hati sy!! ;)

jika inilah hikmahnya (sy berubah menjadi lebih +ve dan bersemangat setiap hari) kenapa sy lambat dinaikkan pangkat dan tidak berjaya dlm HLP, alangkah indahnya penantian ini... :))

doa sy, semoga sy akan jd insan yg cemerlang utk keluarga, diri sendiri dan perkhidmatan awam, khususnya. 

amin ya rabb... :)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!