our 1st Big Bad Wolf Sales experience!! must share! hehe ;)

assalam dear readers,
 
hari selasa lepas, 11 dec 2012, sy terpaksa ambil cuti sebab nursery safiyyah cuti sempena keputeraan Sultan Selangor. sy decide utk pegi ke Big Bad Wolf Sales, aim; nak cari buku utk safiyyah dan juga apa-apa bahan bacaan utk diri sendiri. sy minta tolong adik temankan memandangkan sy berbadan dua (dh 8 bulan ni) dan tak larat nak jaga safiyyah sorang-sorang. apatah lagi kat tempat org ramai mcm tu. pagi-pagi dlm pukul 9 lebih pg kami bertolak ke MIECC, semangat betul rasanya, safiyyah pun semangat gak bersiap-siap nak 'jalan' katanya. kalau ditanya "safiyyah nak gi mana?" "nak gi jalan.." "jalan mana?" "jalan jauuuhh...." hehehe... itu je la standard jawapan dia. :)
 
sampai di MIECC pukul 10.10pg, org masih belum ramai sgt, so tak payah nak beratur panjang dan berebut cari tempat parking. oh ya, ini kali pertama saya pegi ke BBWS sebenarnya, sblm ni dengar cerita kwn2 je. sehari sblm pegi tu sy dh google kat blog mengenai tips2 dan apa yg menarik dekat BBWS kali ni. bermacam tips pengguna lain share dan salah satunya ialah "bawak troli/beg beroda" senang nak bawak buku katanya. dan mmg betul, tips itu sgtlah sesuai! nasib baik bawak jugak troli, memudahkan urusan membawa buku ke sana sini, sebab dewan tu tersangatlah besar. sy tak sempat nak amek2 gambar bagai dekat sana(read: malas), so sila bayangkan sendiri tempat tu. kekeke.. :)) atau boleh google blog org lain yg taruk gambo. hehe.

 
tips kedua yg saya ikut adalah "sila isi perut diri sendiri dan perut anak dulu sebelum masuk hall"..dan saya juga ikut saranan blogger lain yg pegi bfast dekat Mines Shopping Centre. malas nak cerita panjang2 pasal MINES ni, kali last pegi mines masa sy study dulu (kat UKM, abis belajar 2006), so mmg tahun 2006 tu la kali last sy gi sana atau lebih awal lagi. huhu. kesimpulan: mines sgtlah hampeh dgn signboard yg ntah pape. jenuh kami cari baby room sampai ke tingkat2-tingkat lain (dlm directory ada), tp bila sampai, takde pulak, bila ditanya cleaner kat area situ terus jwb 'takde, takde'. terpaksa pegi cari toilet pulak sbb safiyyah buat projek. tgh duk nak buka seluar dia, dtg sorang cleaner bgtau, 'baby room dekat sebelah watson', takde signboard lnsg! huhuhu.... :(( pastu, bila dh setel uruskan safiyyah dan hasil tinggalannya, kami menggagau pulak cari linked bridge ke MIECC. signboard lnsg takleh pakai dan mcm ntah pape je, sy rasa masa tu mmg ada 1 je direction, pastu dh hilang lnsg! huhuhu.... :(( oklah, cukup la cerita pasal mines yg hampeh tu, sy dh takmo pegi lagi dh..
 
kali ni, turn sy pula nak komen pasal BBWS ni. yg paling sy tak suka pasal BBWS kali ni ialah LOKASI. MIECC itu adalahh sangatlahh TAK MESRA PENGGUNA. terutamanya untuk pengguna-pengguna OKU/Ibu Mengandung. kenapa?? dhla tempat tu besar, tp sebesar-besar dia tu, cuma ada 2 lif sahaja! dan lif tu seolah2 TIDAK BERFUNGSI sbb tgg berzaman pun tak muncul-muncul juga (ini masa sy pegi aritu la, hari lain maybe ok or maybe sama juga). terpaksalah ibu-ibu mengandung dan parents yg bawak anak dlm stroller kena usung stroller naik tangga sebab exhibition hall tu kat tempat 1... ok la, satu tingkat je kan... tp mslhnya, parking kete pula kat tingkat B2 ada juga yg smpai ke B3. kena menapak naik tangga tau! huhuhu...dengan tangga yg sempit mcm tu... dan kejadian menapak naik tangga tu bukan sekadar ms nak pegi ke exhibition hall je (tgn kosong melenggang), tetapi juga bila nak balik ke kereta semula (bayangkanla nak kena usung buku-buku yg dibeli tu turun tangga pulak).... huhuhu... :((
 
dipendekkan cerita, pencarian buku-buku pada hari tu tak semudah yg disangka. dan saya sarankan untuk tahun-tahun depan, sila cari venue lain pula ye Book Exxcess....
 
ini buku-buku yang dibeli aritu, utk semua buku-buku tu (18 biji kesemuanya), rabak RM157 (bawak duit RM200 je), tp tak sangka dengan RM157 tu sy boleh dpt byk jenis buku. yg pasti, sy kurang minat novel-novel ni, lebih suka baca buku yg boleh meningkatkan motivasi dan juga buku-buku yg ada info yg kita boleh jdkan panduan.
 
macam nak kena cari lagi je buku safiyyah ni... TAMAK. :P

harap-harap masa dalam pantang nanti dapat luangkan masa membaca buku! ;)


 18 biji = RM157. sekian. jimat belanja! :)
 

buku-buku ni mcm best kan?? yg ni kawan kirim.. 2 biji buku ni baru RM45. harga biasa kat kedai RM100 lebih utk sebiji buku. berbaloi-baloi.. selamat mem'baking' kak Jihati!! ;))
 
memandangkan ada buku yang saya tak jumpe aritu dan rasa tak puas korek buku utk safiyyah, rasanya mcm nak pegi lagi je weekend ni, lgpun sales last smpai 23hb ni...tp org mesti ramai masa tu sbb dh gaji! hehe... tp pegi kali ni tak boleh bawak safiyyah dh, susah nak jalan2 dan lepak2 pilih buku... mari amalkan sifat suka membaca! hehehehe ;))
 
 
 

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!