Kenali Penyakit Radang Sendi atau Rheumatoid Arthritis. Sama Ke Dengan Penyakit Gout?

1/15/2015

Assalamualaikum. Macam dah lama pula saya tak berkongsi apa-apa info mengenai kesihatan. Saya bukan graduan dalam bidang kesihatan, tetapi saya selalu berminat untuk membaca info-info mengenai kesihatan. Lebih-lebih lagi kalau ada di kalangan keluarga saya mengalami masalah atau sakit yang sama. 

Anda pernah tak lihat seseorang yang mempunyai bentuk jari jemari dia sebegini? 



Ini adalah salah satu petanda seseorang mempunyai penyakit radang sendi atau nama buku dia Rheumatoid Arthritis. Sekali imbas, kita nampak macam hampir sama dengan penyakit gout kan? tapi sebenarnya berbeza. Jari jemari kalau disebabkan gout akan nampak macam bengkak-bengkak dekat sendi (bengkak tu berbentuk bulat-bulat biasanya), dan jari pun boleh senget juga.

Gout ni penyakit yang mengakibatkan asid urik mendap dalam sendi-sendi dan lazimnya menyerang ibu-ibu jari kaki. Manakala, penyakit radang sendi ni akan serang sendi-sendi yang mengakibatkan keradangan atau rasa tak selesa / sakit pada sendi-sendi tu tapi bukan disebabkan oleh asid urik berlebihan ke pemakanan ke. Memang berbeza.



Penyakit ini lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Kalau gout tu pulak lebih banyak menyerang lelaki. 

Nak tahu tak?? Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki. Bermakna, penyakit ni boleh serang kita kaum-kaum wanita ni pada usia yang muda. dan kesannya dirasai sampai ke tua. 

Agak-agaknya, apa punca penyakit ini? 

Kalau ikutkan, punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Tapi kebanyakan teori mengaitkan penyakit ini dengan tindak balas autoimun (penyakit yang terjadi pada saat tubuh diserang oleh sistem kekebalan tubuhnya sendiri). Kadang-kadang, genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.

Bagaimana pula simptom penyakit ni? 

Okey, tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung. Tengok gambar di bawah ni. Kalu tengok gambar di bawah ni, boleh nampak juga beza radang sendi yang disebabkan oleh penyakit RA atau sakit sendi biasa (osteoarthritis). Sakit sendi biasa tu disebabkan oleh kurang bendalir dekat sendi-sendi tu, so sendi tu bergesel, kebiasaannya terjadi pada orang-orang tua.





Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Menyebabkan kekejangan sendi-sendi jari, pergelangan tangan dan kaki. Ia akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection)

Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.

Cadangan untuk kurangkan sakit akibat radang sendi:
Saya pernah terbaca satu artikel dalam sebuah buku, alahai lupe pula tajuk buku tu, nanti kalau jumpa balik buku tu saya kongsikan tajuknya ya.

Tapi apa yang saya boleh kongsikan ialah, dalam buku tu tulis sebegini:


In the fight against RA, Omega-3 are a powerful ally. Inflammation in the joints is what causes the pain and stiffness charasteristic of RA. Omega-3 fatty acids contain compounds that help create anti-inflammatory substances, which suppress inflammation in and around the joints.


Makna kata, kalau ada di antara keluarga yang alami masalah radang sendi ni, bolehlah kita cadangkan supaya dia perbanyakkan ambil makanan yang tinggi asid lemak omega-3, ataupun ambil supplement omega-3. 

Apa sumber terbaik asid lemak omega-3?
Sumber terbaik asid lemak omega-3 adalah minyak ikan yang ditemui dalam kepekatan tinggi dalam ikan coldwater seperti tuna, salmon dan mackerel

Ada kajian yang dilaksanakan di Denmark mendapati bahawa orang-orang yang memakan purata 4 oz ikan coldwater setiap hari selama 6 bulan dpt mengatasi kekejangan sendi pada waktu pagi dan mampu melembutkan sendi mereka. Beberapa kajian mencadangkan bahawa minyak ikan yang diambil dalam bentuk kapsul juga boleh mengurangkan gejala Rheumatoid Arthritis ni.


Tapiiiii.... saya nak ingatkan juga supaya berhati-hati juga sebab sekarang ni ikan-ikan terutamanya ikan tuna (ikan tongkol atau ikan aya orang kelantan panggil) berkemungkinan besar dicemari oleh merkuri dan bahan-bahan tercemar yang sangat bahaya untuk kesihatan..... huhu..


Kalau nak selamat dan berkesan, cuba amalkan supplement Omega-3, tapi buat pilihan yang terbaik dan tepat.

Boleh?

Saya berharap entry ini boleh membantu mereka yang ada masalah radang sendi ni. 

Jom saya kongsikan video pengalaman Puan Ida yang dah pernah menggunakan set sendi / tulang Shaklee. Puan Ida ni salah seorang daripada rakan saya juga dalam Shaklee.





Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.

You Might Also Like

0 comments