@35 weeks.. baby BREECH... hmmm

assalamualaikum...
 
semalam genap 35weeks kandungan saya ni. semalam juga pegi checkup kat Klinik Nadia, Kota Damansara. walaupun jauh gile ngan rumah kat Desa Pandan, KL, ku sanggup gagahkan diri pegi jumpe Dr.Hafizah kat Klinik Nadia tu sbb dia mmg sgt best!! berbalooiiii consultation lama gila, caj pun takdela mahal mana.. kalau pegi scan biasa2 je, bil baru dlm RM60 mcm tu. semalam untuk complete checkup (MOGTT, cucuk kancing gigi, scan, ambil darah utk test result 3x, ubat-ubatan, surat referral ke hospital, MC dan consultation yg terbaekk tu berjumlah RM261!).... terima kasih Dr, semoga Dr dimurahkan rezeki sokmo. ngeh! :)
 
sejak 1st pregnancy dulu sy suke sgt pegi Klinik Nadia ni, dekat Seksyen 4, Kota Damansara. kalau dulu, kami mmg duk kat Kota Damansara, so dekat je jaraknya dari rumah. tp skrg dh pindah ke Desa Pandan duk kuarters and apartment dekat KD tu saya sewakan. pengalaman pegi KKIA Desa Pandan yg padat dengan org, klinik yg sempit dan staf yg sikit, mmg mengambil masa yg sgttttt panjang nak setel. itupun jumpe nurse je pun, bukannya jumpa dr. haiihh... sbb tu sy lg sanggup drive and keluarkan duit sikit pegi jumpa dr hafizah kat kota damansara... hehehe
 
baby sihat...alhamdulillah... dan dr juga dh confirmkan baby saya kali ni baby boy! wahhh teruja juga sbb dpt sepasang. sy juga suka kalau anak sulung perempuan, pastu adik dia lelaki. tak tahu la pasal apa, tp dr segi pengamatan sy, lelaki yg ada kakak ni lebih ada sifat menghormati sikit, sbb dlm hidup dia ada mak dan kakak. biasanya kakak akan lebih menjaga adik berbanding abang. kan? hihi.. harapan saya semoga anak lelaki saya ni tak nakal sgt, kalau tak, penat la nak mengurus 2 budak kecik sbb safiyyah boleh tahan buasnya... hadesss... :)
 
hasil scan semalam, didapati, baby saya dalam keadaan breech/songsang. huhu. tak tahu nak express sama ada terkejut ke, panik ke apa ke, sbb rasanya 35weeks mcm awal lagi kut, masih berbaki 5 minggu sebelum bersalin. harap-harapnya ada la harapan dia untuk masuk parking betul-betul dan engage.

sepatutnya baby saya dh berada dlm posisi macam ni skrg ni... kepala ke bawah dan engage... sbb dh 35weeks

 
 
tp lain pula ceritanya, skrg ni @35weeks kedudukan dia lebih kurang mcm ni, kepala di atas, kaki ke bawah... masih terapung2 lagi...hmmm
dulu, saya lahirkan safiyyah secara normal, wpun kena induce sebab pecah air ketuban awal. bersalin juga awal 2 minggu daripada tarikh due date. saya berdoa semoga kali ni saya boleh lahirkan baby boy ni secara normal juga. aminnn...  masa pregnantkan safiyyah tiada komplikasi sgt, takde masalah kedudukan baby ke apa ke..cuma dugaan tu datang lepas bersalin, safiyyah kena warded dekat NICU 5 hari, balik rumah 2 hari, pastu terpaksa warded lagi 5 hari.. kes infection sbb air ketuban pecah lebih drp 24jam. itulah yg org kata, setiap kali pregnant, takkan sama. mesti ada perbezaannya.
 
semalam juga dr hafizah buat referral letter, cdgnya kali ni saya akan bersalin di hospital angkatan tentera tuanku mizan. lokasi: wangsa maju. mungkin ramai yg tak tahu ATM pun ada hospital sendiri, dan sy selaku penjawat awam di MINDEF mmg boleh gunakan semua kemudahan yang ATM ada ni, termasuklah hospital dia ni (baru siap je hospital ni). kat sana, tak ramai pesakit mcm hospital gomen biasa, dan kat hospital ni mmg ramai specialist. sbb tu in case ada apa2 emergency, takdenye dia nak pass-pass kita kat hospital mana-mana sbb kekurangan specialist. biasanya mmg diorang handle sendiri. kat sana juga dikatakan dr dan nurse lebih ramai drp pesakit.
 
3 Januari 2013 (37 weeks) tarikh appointment saya dekat sana. harap2 masa tu baby engage dh. kalau tak engage juga, maybe kena ECV or apa2 la yang dirasakan perlu. saya cuma mampu doakan yang terbaik untuk anak dan diri sy sendiri... hehe :))
kaedah ECV, iaitu memusingkan baby supaya berada di kedudukan yang sepatutnya..
bila dh jadi mcm ni, sy rasa sy mmg kena siapkan beg hospital secepat mungkin, in case terberanak awal ke ape ke, kan?? hehehe....
 
 
 
 

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!