macam mana caranya untuk merangsang anak bijak dan berakhlak??

 
sumber: Pa&Ma
 
Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein
. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat. --> haaaa.... nak cuba Omega Guard??? boleh hubungi saya, pastinya harga yg PALING ISTIMEWA utk anda semua...

Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Amalan Bacaan Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.


Rahsia Kebijaksanaan Yahudi:

Yahudi dilahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri??

Pemakanan Ibu Mengandung

Kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la dijelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi digalakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad dan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang memberi sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang.

Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi.  Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar.

kini anda tidak ragu-ragu lagi untuk mengamalkan pengambilan pati minyak ikan yg tinggi Omega-3 kan?? :)) (boleh lihat perbandingan Omega Guard Shaklee berbanding produk jenama lain dekat sini --> OMEGA GUARD)

testimonial utk anak saya sendiri:

semasa mengandung dulu, sy juga amalkan pengambilan pil minyak ikan, tp masa tu belum mengenali Shaklee lagi. yg pasti, bila pegi farmasi sy akan pilih pil yg mengandungi kandungan EPA dan DHA yang paling tinggi. saya percaya, asid lemak Omega-3 membantu dalam perkembangan otak anak dalam kandungan. Hasilnya, saya dh boleh nampak sekarang, anak saya cepat pickup. dia sgt senang nak ingat nama org, kenal org, dan ingat apa yg kita cerita/beritahu dia seawal usianya 1 tahun 9 bulan mcm tu. skrg umurnya baru genap 2 tahun minggu lepas dan dia mampu mengira sendiri (dengan lajunya), 1 - 10 (dlm bahasa melayu dan inggeris) tanpa ada silap. skrg pun hari-hari dia praktis mengira 11 hingga 20 (in both languages juga). and she is just 2 years old 1 week. semalam, balik dr nursery dia mengira, 10, 20, 30, 40 hingga 90. terkejut sy!

selain drp amalan makan fish oil masa pregnant, sy juga menyusukan beliau dengan susu badan sehingga 1 tahun 7 bulan dan semasa menyusukan dia sy mmg makan supplements drp shaklee dan juga royal jelly (susu lebah). lepas putus susu badan apabila susu dh mula mengering ketika saya disahkan mengandung, sy mula memberikannya susu NAN Grow 3. sebagai seorang ibu, sy sgt bangga melihat pencapaian anak saya sehingga kini dan sy percaya ini semua kurniaan Allah swt. saya berdoa semoga Khairunnisa Safiyyah berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..

Thanks.. :)
 

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!