Happy 2nd Birthday Safiyyah!! :)

Happy Birthday Comments Pictures

Happy 2nd Birthday buat my dearest princess,
Khairunnisa Safiyyah binti Khairiwan.
Mummy berdoa semoga Safiyyah akan dipanjangkan umur,
diberikan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki,
dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat
dan menjadi anak yang solehah...
 
Mummy masih terbayang-bayang lagi
pada saat ini, pada waktu ini, pada tarikh ini di tahun 2010 yang lalu
Mummy menanggung kesakitan yang tak terhingga untuk melahirkan Safiyyah
 
Kuasa Tuhan, sebaik sahaja Safiyyah selamat dilahirkan
hilang segala kesakitan, keperitan dan kepayahan yang Mummy lalui
hanya yang tinggal, KEBAHAGIAAN yang tidak terhingga
yang tidak mampu Mummy ucapkan dengan kata-kata
 
Mummy & Daddy berusaha sedaya upaya
untuk memberikan yang terbaik buat Khairunnisa Safiyyah
Maafkan Mummy kerana tidak dapat menjaga Safiyyah sendiri
kerana Mummy & Daddy perlu keluar bekerja mencari rezeki utk kita sekeluarga
Mummy & Daddy cuba carikan nursery yang terbaik buat Safiyyah
supaya Safiyyah dapat belajar dan berkawan
ayat Mummy tiap-tiap hari bila hantar Safiyyah ke nursery mesti Safiyyah akan selalu ingat
"Safiyyah pegi school ye, petang nanti Mummy dtg ambil"
dan Safiyyah hanya mengangguk, tanda faham
 
Khairunnisa Safiyyah
genap 2 tahun Safiyyah ada dalam hidup Mummy & Daddy
tapi hakikatnya Safiyyah sudahpun ada dalam hidup Mummy sejak 2 tahun 38 minggu yang lalu
dari mula-mula Mummy merasa gerakan Safiyyah dalam perut
sehinggalah sekarang,
Safiyyah dah pandai berlari dan lincah (kdg2 hyper terlebih gula!)
Safiyyah makin petah bercakap dan suka mengajuk cakap org (awk mmg macam2!) 
 
Mummy & Daddy sayangkan Khairunnisa Safiyyah
dan kami sentiasa doakan kesejahteraan Safiyyah
 
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-2 buat Khairunnisa Safiyyah
buah hati Mummy & Daddy
serta keluarga....
 
Khairunnisa Safiyyah binti Khairiwan
20 November 2010
7.41pm
2.81kg @38 weeks 1 day
 
 

2 comments

Happay 2nd birthday Safiyyah. Moga segala doa dan impian mummy/daddy dan keluarga akan menjadi kenyataan.

Comel/cute.. geram auntie tengok:)

Reply

"thank you aunty zakie..." (mami dia tolong bgtau, bagi pihak safiyyah) hehehe... :))

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!