hati saya sedihhh dan terkilann....

10/23/2012

saya sedih....

saya terkilan...

post ni dibuat untuk menenangkan hati dan perasaan sendiri.. supaya diri ini boleh teruskan perjuangan dan terus pandang ke hadapan. bukannya mengalah dan berputus asa. benar, saya rasa demotivated. benar, saya rasa tiada keadilan. tapi siapa saya untuk menidakkan takdir dan ketentuan yang Allah berikan kepada saya. saya kena belajar untuk redha, dan menerima hakikat. bahawa Allah itu Maha Adil, Dia tak berikan apa yang saya mahu dan apa yg saya impikan, tapi mungkin Dia berikan apa yang saya dan family perlukan dalam hidup ini.

dalam batch saya di kementerian (9 org), hanya saya dan sorang lagi kawan yang belum dipertimbangkan. saya antara golongan yang tercicir. antara yang belum layak untuk dipertimbangkan utk dinaikkan pangkat. alasan JPA? markah assessment utk saya yg dibuat 2 setengah hari + 2 malam tu tak cukup tinggi. hmm...cukupkah sekadar penilaian diambil kira masa tu je? dgn kriteria pemarkahannya seperti PERSONALITI, SIKAP, KEPIMPINAN, KAWALAN EMOSI...pada saya, kriteria yang diukur tu sgt subjektif..melainkan semua 360 pegawai diukur oleh penilai yang sama, isunya, penilai adalah berlainan dan masing2 ada pandangan yang tersendiri dalam pemberian markah.. huhuhu.. :(

dlm perkhidmatan kerajaan, rata-rata mengetahui bahawa skim tadbir dan diplomatik cepat naik pangkat. ye, itu kata-kata org, dan pada dasarnya, ianya tidaklah semudah yang disangka. kerana judgement yang dibuat oleh org lain tu kdg2 tidak mencerminkan kredibiliti dan performance kita yang sebenar. cukup ke kita dinilai melalui penilaian yg dibuat selama 2 hari setengah + 2 malam tu?? cukup ke performance kita diukur dgn pemarkahan LNPT yang dibuat setiap tahun, di mana rata-rata mengetahui pemarkahan LNPT adalah tidak selaras. mungkin di sesetengah tempat, mendapat markah 90 (almost perfect) ke atas tu adalah perkara biasa walaupun scope dan bidang tugas adalah biasa-biasa sahaja. atau mungkin juga bagi sesetengah penilai, markah 85-88 tu dh cukup tinggi wpun bidang tugas dia sgt strategik dan perlu berfikir. benarlah, semua itu adalah penilaian yg diberikan oleh manusia, takkan dapat memuaskan hati semua pihak. saya tak salahlan mereka, cuma diharapnya mereka akan lebih kreatif dalam membuat penilaian.

1st batch naik pangkat, sy cuma berkata "takpe la, dh rezeki mereka...." bila 2nd batch bakal naik pula 30 Oktober ni, sy cuma mampu berkata "takpe la, dh rezeki mereka...", sambil cuba untuk pujuk diri sendiri.....huhuhu.. sedihnyaaa hati ini... ;(( dan tarikh itu adalah tarikh yg sama sy akan berangkat ke moscow, jauh saya membawa diri kali ni...

visa dh dpt, punyalah kedekut russian ni bagi visa 5 hari je,
betul2 tarikh kami sampai sana and balik hadeiiii....kejam betul


 

You Might Also Like

4 comments

  1. tak pe lah... walaupun tak ada rezeki pangkat dan darjat kita mungkin lebih bahagia dari orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...terima kasih hasna... ;(

      tp susah nak hilangkan rasa sedihh ni...rasa kecikk je hati ni.. :(
      nak tido malam, rasa sedihh...bangun dari tido pun sedihh... huhu :(

      Delete
  2. rezeki setiap dari kita tak sama...ada org dapat naik pangkat tapi tak dpaat sambung belajar..ada yg dapat sambung belajar tapi tak dapat naik pangkat.. ada jugak berjaya dalam kerjaya tapi bukan keluarga... semua dah ditetapkan dan kita hanya perlu bersyukur padaNya..insyallah akan diberikan rezeki dalam bentuk yang lain pula insyallah...

    ReplyDelete
  3. I considered my comment was too late, however i still wanna give my thought here :)

    Its ok along, as long as u hv a happy family. Ramai yg pangkat besar, harta banyak, tapi tak bahagia. Tak dinafikan, pangkat memberikan gambaran yang kita bekerja kuat tapi penilaian manusia lemah. Sebab tu dalam dunia ni, susah nak cari keadilan dan kita rasa kita tak diadili dengan sepatutnya. Kerana yang Maha Adil tu hanyalah Allah.

    Jangan putus asa, do your best. Sy doakan awak naik pangkat juga nanti, time tu boleh belanja saya hehehehhe :D

    ReplyDelete