set berpantang yang mana satu ni??

9/26/2012


Semasa bersalin anak pertama dulu, saya tak berpantang dengan sebetul-betulnya. Seminggu pertama kelahiran safiyyah, si kecik tu kena warded kat NICU selama 5 hari. Saya terpaksa stay kat Hospital Ampang tu untuk temankan dia, dengan sejuk aircond, dengan tak berurut, bertungku, berbengkung dan selalu kena gerak/jalan ulang alik drp tempat tido saya ke tempat safiyyah ditempatkan di NICU tu. Mmg fail pantang sy masa tu. Huhu. Bila balik ke rumah MIL after 5 days kat NICU, lagi sekali safiyyah kena warded dekat Klinik Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Dia kena infection kat seluruh badan dia and kena amek antibiotik 2 kali sehari. 3 hari warded, pastu sy minta nak ulang alik dr rumah.

So seminggu saya dan safiyyah ulang alik pegi wangsa maju dari kota damansara 2 kali sehari. Pagi dan malam. Fail lagi pantang saya. Sebaik sahaja selesai rawatan di Naluri, saya dan safiyyah balik ke kampung utk teruskan berpantang kat kampung. Masa tu baru sy start berpantang yg betul-betul. Berurut, bertungku, berbengkung. Tapi pantang dengan mak moden (tak reti sgt bab jaga org pantang, cuma drp pengalaman dia je), sy jadi malas nak pantang betul-betul pulak dh. Huhu. 

Kemain sebelum bersalin sy beli set berpantang Nona Roguy, tapi satu pun tak habis. Huhu. Saya tak suke bau minyak herbanika tu, buat rasa tak selesa dan rimas. Saya tak selesa nak susukan baby lepas sy berurut dgn minyak herbanika tu. Rasa rimas sgt. Saya juga tak suka pil pyhtonatal yang org gembar-gemburkan sgt bagus tu. Saya minum 2kali je tea NR tu sbb sy risau anak kena jaundice sbb sy mmg breastfeeding safiyyah. Lgpun masa sy beli set tu dulu tak banyak sgt pun brg2 dia, tp harganya mak aiihh mahal.. huhu serik dh nak pakai set NR lagi...


Kenapa saya tak suka pil pyhtonatal NR?

Semasa sy berpantang, sy kena sembelit. Katanya pil tu boleh membantu melawaskan perut, tp tidak berkesan utk sy. Bila makan pil tu (wpun hanya sebijik), perut saya akan memulas, kdg2 sampai 1 hari suntuk, tp sy tetap kena sembelit jugak. Mmg serik sgt, perut memulas beriya-iya, tp takde hasil gak yg keluar. Huhu. Nasib baik ayah sy belikan pil dekat klinik utk bantu melawaskan, pil tu nama novolax rasanya kalau tak salah sy. Sejak dari itu, saya dh tak makan lagi pil pyhtonatal NR tu dan mmg dh taknak beli NR lagi utk next pantang….huhuhu… :(

Oleh itu, kali ni, utk persediaan berpantang, saya mungkin akan pilih produk lain. Produk yg bermain2 di fikiran sy ni ialah set bersalin Tanamera. Hehehe… harga set ni satu set RM360. Ada 11 barang dlm set tu, spt kat bawah ni:

set bersalin Tanamera


· Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml)
· Feminine Herbal Wash (10gm x 14 sachets)
· Herbal Bath (10gm x 14 sachets)
· Herbal Massage Oil (100ml)
· Firming Herbal Blend Paste (15gm x 14 sachets)
· Bengkung / Abdominal Wrap
· Herbal Tea (2gm x 14 sachets)
· Calming Herbal Blend Paste (3gm x 4 sachets)
· Boreh Body Scrub (20gm x 4 sachets)
· Brown Formulation Soap (125gm)
· Lavender Floral Water (70ml)

Tapi sy bercadang macam nak beli loose item. Review pasal Tanamera Brown Formulation Soap drp pengguna adalah sangat-sangat bagus, sy bercadang nak beli 2,3 ketul sabun tu. Lepas habis tempoh berpantang pun boleh pakai lagi utk buang daki-daki dan stretch marks ke ape ke..kan??hehe… 

Dalam set tu yang mungkin tak perlu atau mungkin sy tak pakai; Calming Herbal Blend Paste (pilis), bengkung (sbb dh ada 2), Boreh Body Scrub dgn Lavender Floral Water. Tp tgk dulu la mcm mana. Nnti kena fikirkan balik ni. Review ttg tanamera ni rata2 mengatakan set bersalin ni sesuai utk org yg melahirkan anak secara normal, so boleh guna semua brg2 tu. 

Kalau czer, katanya tak boleh nak pakai sgt bahan-bahan tu. Kawan sy yg bersalin czer cuma guna sabun, vco dgn herbal tea tu je katanya. yg lain-lain tu dia mmg tak guna lagi. Hmmm….tgh tgg quotation harga drp dia, manalah tahu kut2 dia nak let go brg-brg yg dia tak pakai tu murah2 ke…kikiki :) but still kena beli juga 2,3 ketul sabun tu, tp nak beli loose item kena buat pembelian at least RM100. Satu ketul sabun tu baru RM15. Takkan nak beli seploh ketul kut, kan? (Update: Rupa-rupanya memang berbaloi beli sabun tu 10 ketul)

 Brown Formulation Soap

 Cold Pressed Virgin Coconut Oil


 Herbal Massage Oil

Herbal Tea

Sebenar-benarnya, 4 brg kat atas ni je yg benar-benar menarik minat saya untuk mencuba Tanamera ni... hehehe :)
ada sape2 pernah cuba set bersalin ni tak? boleh kasi review sikit? tp saya rasa most probably, mmg 99.9% sy mmg akan gunakan produk Tanamera utk berpantang kali ni. cumanya dalam dilema...nak beli loose item ke full set ke..tp mcm lebih kepada loose item je ni......

UPDATE!!

Tapiiii... akhirnya saya ambil set berpantang Shaklee masa pantang anak kedua hari tu, Memang sangatlah terbaikkkk!!

Jom tengok apa kata pengguna mengenai Set Berpantang Shaklee yang memang best giler.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

You Might Also Like

9 comments

  1. Yana makan jamu moden je kot kak utk pantang nt..makan byoung zhulian n pakai tilam cantiago zhulian..so,xd bertungku bertangas bagai semua tu..hehe..tgl baring n selimut..just amik makcik urut utk 7 hari n brg2 mcm pilis,param beli ngan makcik tu jer..utk mandi buat sendiri serai wangi n ada beberapa daun lagi la nak kena cari nt..alhamdulillah la dok felda bole la nak mencari dedaun bagai tu..hehehe..berdebar ni nak tgu baby.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... yana bila due ni? tahniah ye nak dpt baby.. hehe :)

      Delete
  2. salam..macamana ye nak beli loose item tu? kat website official tanamera rasanye jual yg set aje.. kat mane ye ade jual secara loose?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sis... tanamera mmg ada jual loose item. boleh email customer service dia. tp ade syarat, pembelian loose item kena lebih drp RM100. dan ada item yg tak boleh beli loose eg: herbal tea, tapel dgn pilis kalau tak salah saya.. hehe :)

      try email diorang. cs@tanamerapostnatal.com

      :)

      Delete
  3. sabun scrub tu serius best! wangii n segar je rase pas gune. teh herba dia okey la.nak membuang senang,angin pun senang keluar. tapi sy minum 2 kali ke. mase tu anak kuning, dye tak tahan kunyit. herbal tea tu ade kunyit. minyak urut dye pun best gak. kalau lenguh2 sapu2 n urut sikit2, hilang lenguh..oh mandian dia pun best, tapi sy pakai tak habis pun. kes macam awak pantang anak sulung. asyik kene ulang alik p klinik ngan hospital.hilang mood nak berpantang..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ye ke?? tak sabar nak pakai sabun tu... hihihi... tea sy tak beli sbb tak boleh beli loose item. ok la tu, sbb sy pun mmg aim nak breastfeeding baby, so tak payah minum tea tu pun takpe rasanya.. hehe :)

      Delete
  4. Sy berpantang dgn set tanamera..semuanya hampir habis sy pakai..tinggal 2 3 pek e..mmg best! :)

    ReplyDelete
  5. salam, saya nak tanya, kat mana boleh beli set ni selain pos?

    ReplyDelete
  6. puan azeera, sy sendiri pun tak pasti kat mana boleh beli. sbb sy beli melalui website tanamera sendiri, email kepada customer service tanamera dan mereka poskan brg kpd sy, email: cs@tanamera.com.my

    tq :)

    ReplyDelete